Alhamdulilah, dapat lagi kita merasai dua nikmat terbesar iaitu nikmat IMAN + ISLAM.
Baiklah, ana tidak mahu penjangkan 'muqaddimah'. Ana mahu straight to the point pada apa yang hendak ana sampaikan.
Apa yang dimaksudkan dengan buka hati? Kenapa hati perlu dibuka? Perlu dibuka untuk apa?
Sebagai seorang yang bergelar muslim, kita sering dedahkan dengan 'terbiyah'(pendidikan), tazkirah, ceramah, nasihar dan macam-macam lagi peringatan.
Tapi kenapa masih ramai lagi yang masih melakukan maksiat? Ini disebabkan, hati itu tidak dipenuhi dengan tarbiyah yang kita dapat @ tidak mengamalkan apa yang kita sudah tahu. Bagaimana nak penuhi atau hendak amalkan? BUKALAH HATI.....
Pelajar yang paling cerdik pun, kalau dia tidak membuka hati untuk menerima nasihat daripada orang lain, sikapnya tidak akan berubah juga. Tapi pelajar yang diketegorikan sebagai seorang yang lemah dalam pelajaran, nakal dan jahat sekalipun, jika suatu ketika dia membuka hatinya untuk menerima nasihat, sikapnya pasti akan berubah dan menjadi lebih baik dari sebelumnya....INSYA-ALLAH..
ANALOGINYA : HATI =CAWAN
TARBIYAH = AIR
Keadaan yang pertama
Cawan dibuka, air akan masuk dan memenuhi ruang dalam cawan tersebut, kemudian air tersebut boleh digunakan bagi menghilangkan dahaga.(ada kegunaan @kabaikan)
Keadaan yang kedua
Cawan ditutup, air tidak boleh masuk dan air tersebut tidak boleh digunakan.
_________________________________________
Karya oleh: CAHAYA SRIKANDI
Disunting oleh : BERNAMA ..Muna..
.*Erm..Alhamdulilah...dia bagi nak salin kt blog..:D
ada la sikit 'ejas-ejas'..alaa...mesti 'korang' da pernah bace punye...kan
*SEDIKIT PERINGATAN UNTUK KITA SEMUA!
Assalamualaikum...
^___________________________________^