Wednesday 23 October 2013

Tahniah BRUNEI, Malaysia bila lagi?

{Bismillah...}

Alhamdulilah, baru dengar berita yg sangat mengembirakan kita semua bahawa dengan ini Malaysia akan menguatkuasa HukUm Hudud iaitu hukum yg telah termaktub dalam al-Quran. Eh, silap taip la ...Bukan Malayisa la ! tapi BRUNEI...

TAHNIAH !



"Dengan izin Allah juga, Akta Perintah itu mula digazetkan hari ini, 22 haribulan Oktober 2013, dan akan mula berkuat kuasa enam bulan selepasnya secara berfasa.

“Dengan ini Alhamdulillah, pada peringkat ini tanggung jawab kita di hadapan Allah telah pun tertunai,” titah Sultan Hassanal Bolkiah.



~Nampaknya awak smua kecewa disitu,sebenarnya saya pun bergitu (sebagai rakyat Malaysia la) .. ..SEDIH ~  huhu, takpa sabar-sabar~, sabar itu indah kan ?

Saye pun tak tahu kenapa, apa masalah nye yg payah sangt 'Kera jaan' kita nak laksanakan HUkum HudUd seperti Brunei... Nak diikutkan sama-sama pemimpim negara sudah beragam Islam ! *marOh la

Dari artikel yg pernah saya baca, ada ustaz (tak ingat dah sapa) mengatakann kita sentiasa DIZALIMI OLEH KERa JAAN tanpa sedar ataupun tak kerana kita tidak dapat  menjalankan Islam itu secara keseluruhannya dalam kehidupan kita iaitu tidak meletakkan hukum Allah itu ditempatnya (dilaksanakan).


*HUKum Allah yg sepatutnya menajdi perundanngan negara, bukan HukuM manusia !


Kita sebenarnnya  DIZALIMI dan mungkin juga MENZALIMI orang yg bersalah walaupun dia orang disabit kesalahan tapi dia tetap manusia ! 
Oleh itu apa tindakan kita ? Berdiam diri? Redha ja? Asalkan keluarga kita bahagia, biarlah nak jadi apa dengan negara?

Kehidpuan kita sebagai seorang muslim semestinya perlu mengambil Islam itu secara syumul (keseluruhan) 
Tak silap sayalah ,ada ayat al-quran yg memerintahkan kita melakukan demikian.tapi,tak ingt dah surah ape... ermm..

".....Masuklah kedalam Islam itu secara keseluruhannya, janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan...."

Kita sepatutunya memgamalkan Islam itu dalam kehidupan kita seharian dari segi kekeluargaan, politik , ekonomi, sosial,  perundangan dan sebagainya dan  memastikan semuanya berlandaskan ajaran al-quran dan assunnah.

INGAT!

Jangan..

KIta ambil agama ISLAM  sebahagian-sebahgian sahaja. Ambil yg kita suka, Abaikan apa yg kita tak suka. Contohnya: zakat, haji kita ikut cara Islam kononnya itu menunjukkan Malaysia sebuah negara Islam, tapi bagaimana pula dengan perundangan negara ? kenapa masih tidak melaksanakan perintah Allah? kenapa  susah sangat memenuhi suruhan Allah? Ini tidak lain selain faktor tidak paham Islam itu sendiri , faktor takut diri sendiri dihukum juga mungkin la. Sedangkan kita sedia maklum didalam al-quran al-karem itu sendiri banyak menyentuh tentang hukum Allah @hukum hudud, Hukum Qisas dan sebagainya.

dan
Jangan ...

Kita menyempitkan pemikiran (JUMUD). Janganlah Kita anggap Islam itu hanya pada Masjid, ustaz ustazah, sekolah agama,pakai serban kopiah,tudung labuh ,solat ,puasa, zakat, haji , pelajar lepasan universiti Al-Azhar sahaja.
Jikalau begitu, kita boleh digelar sebagai seorang yg SEKULAR ! Tau ke sekular tu ape?..harap2 tau la..  Takpe, tak sanggup pulak tak bagi tau maksud sekular tu ape kan...Sekular tu macm kucing yg bergerak-gerak, eh2 bukan...SEKULAR ITU BERMAKSUD MEMISAHKAN AGAMA DALAM KEHIDUPAN !. Misalnya, memisahkan agama Islam dengan politik(pemerintahan)...



Jikalau begitu yg menjadi persoalan kita ialah adakah negara kita 'releven' dilabelkan sebagai  negara Islam sedangkan Islam itu belum dilaksanakan secara keseluruhannya dalam negara lagi-lagi aspek perundagan? adakah cukup dengan mahkamah syariah? adakah cukup dengan masjid-masjid yg dibina megah ? adakah cukup dengan sistem yg teratur untuk zakat dan haji ? adakah cukup dengan sekolah-sekolah agama? adakah cukup dengan Universiti Islam Antarabangsa ?

Sudah cukupkah Islam hanya setakat itu ?

Ada pernah dengar seorang ustaz cakap,Ustaz Abi* cakap name pon bukn kenal kan..lalala :
Negara kita digelar negara Islam kerana majoriti rakyatnya beragama Islam sahaja. Kalau nak ikutkan dari segi Islam, negara Islam itu negara yg berpegang teguh dengan ajaran Islam(al-quran assunnah menjadi sumber perundangan),undang-udang juga undang-undang Islam, sistem negara pun berlandaskan syariat Islam...Itu barulah digelar NEGARA ISLAM !

Bukan kita tidak bersyukur dan hendak menafiakn usaha kearah negara Islam, tapi benda-benda seperti ini boleh dilaksanakan dengan cukup baik, cukup teliti  dan kenapa susah sangt nak ikut undang-undang Islam?

Yang sedihnya negara kita yg sudah diiktiraf sebuah negara MERDEKA lagi BERDAULAT lebih setengah abad, kenapa sampai sekarang masih mengekalkan undang-undang penjajah(Lord Reid)? Masih takutkah  dengan penjajah ? Tak takut pula dengan Allah?

Kesannya kita tengoklah sendiri dengan mata kepala....
Buka luas pandangan, 
Pandanglah segala kerosakkan nyata,
Insafilah apa 'kecuaian' yg kita telah lakukan,
Renungilah apa dah jadi dengan negara kita.


Tidak dinafikan sekarang ini sungguh PARAH ! masalah sosial semakin berleluasa , rasuah menjadi-jadi, penjenayah bermaharajalela! Adakah Negara kita masih 'aman'?
Inilah dikatakan Allah telah memberikan PERINGATAN untuk kita untuk kembali kepada Dia, kembali kepada peraturan yg ditetapkan-Nya  ! Tapi Manusia masih angkuh! Tak sedar diri !

Mari kita dengar apa yg dikatakan oleh Ustaz Azhar Idrus (UAI) ni
Meh tengok ni..



Siapa kita nak menentang Hukum Allah? Siapa kita nak perlekehkan Hukum Al-quran? 

-Kita hanya hamba Dia je kot...diulangi HAMBA !


Apa pula kata pemimpin-pemimpin kita tentang InI..~



Kenapa dan kenapa itu lah sampai sekarang menjadi persoalan saya....
*sunyi tiada jawapan..

*Alhamdulilah.. tetibe je semangat nak tulis bab nii....dah lame dah geram nk tulis sebenarnye, tapi idea tak de waktu tu ....

*Ermm..panjang lah pulak...
*Harap sudi membaca,kalau ade salh, tegur lah ~...

Dalam hati ini masih mengharapkan sesuatu iaitu : 
- Melayisia melaksanakan undang-undang Islam satu realiti!

Assalamualaikum....^_^

Tuesday 22 October 2013

Antara cara nak murnikan hati ^_^

{Bismillah...}

Apa kabar semua? anda sihat? 
ALHAMDULILAH, nikmat sihat tu biasanya akan dihargai apabila kita sakit nanti ~

Nak tanya boleh ? bagus angguk pun..(Y)

Bagaimana dengan kesihatan fizikal dan mentel dan bagaimana dengan kesihatan rohani dan emosi anda semua ? ? .. krik2

Betul tak ni? tanye lagii.. lalala~


Alhamdulilah, terjumpa tips ni kat FB..

Renung-rungkan dan selamat beramal ~..

*Tips dari Dato' Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah

Antara cara nak murnikan hati:




1. Jaga solat dgn sempurna,

2. Solat taubat setiap mlm sebelum tidur,

3. Istighfar sekurang-kurangnya 70X sehari & bykkan zikrullah,

4. Baca Quran setiap hari,

5. Minta maaf drp org lain & maafkan semua org,

6. Bisikan kendiri yg positif,

7. Muhasabah & refleksi diri & berterusan perbaiki diri,

8. Cuci pinggan, tandas, dll,

9. Berpuasa sunat,

10. Sentiasa ingat mati & bersedia menghadapi kematian setiap hari,

11. Kekalkan wudu' sepanjang hari mengikut kemampuan,

12. Bykkan bersedekah,

13. Beri orang makan,

14. Jaga makanan (halal & yg baik2),

15. Berkawan dgn org 'alim & org yg baik2,

16. Sentiasa berpesan pesan ke arah kebaikan,

17. Jaga setiap panca indera (mata, telinga, hati, anggota tgn & kaki & deria hidu).



- Mari kita sama2 berdoa agar Allah sentiasa rahmati kita dlm usha utk sentiasa memurnikan hati. Wassalam


~Untuk renungan kita semua~







SINAR CAHAYA AYAT KURSI

{Bismillah...}

Alhamdulilah, masih diberi pelaung untuk hidup dimuka bumi Allah ini

-"Aku dihidupkan hari ini bukan untuk menyambung maksiat semalam...." 

Okeh, berbalik pada tajuk kite ye ~
*macam biase la, copy .. lalala~

~Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah.
Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah 
dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah 
tidak akan masuk rumah sehingga Baginda mendengar jawaban salam dari isterinya. Di saat 
itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.~


Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:



1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap solat fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang 
benar, pahala nabi2, serta Allah melimpahkan rahmat padanya.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.


~Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

"Utamakan SELAMAT dan SIHAT untuk Dunia-mu, utamakan SOLAT dan ZAKAT untuk Akhirat-mu"
Subhanallah. ..


~sEMOGA BERMANAFAAT`

~Jom Amalkan..

Untuk renungan kita semua~




ASsalamualaikum ^_^

Malasss..

{Bismillah..}

Assalamualaikum semua, Apa kabar semua ?  saya harap awak semua sihat dan bahagia selalu dibawah lindungan dan kasih sayang Allah....*tetibe rase nak muntah

*Hari ini sekolah, tapi saya cuti,awak semua jangn jeles dengan saya ye...huhu...no point kan..

Okey2...series ni.

Sebenarnya saya rasa pelik dengan kadang-kadang  keadaan diri sendiri dan juga mungkin 'awak' dah jadi  'geng' dengan saya..?

Awak semua pernah rasa tak macm ni :

~MalaS ~

Apabila....
-nak belajar walaupun nak dekat peksa dah
-nak menghafal walaupun tau benda tu penting.
-nak update blog walaupun dah dekat setahun tak post
-nak mengaji walaupun sedar diri dah jauh dengan Allah.
-nak menuntut ilmu walaupun itu kan suruhan agama Islam itu sendiri.
- dan lain-lain seperti dalam gambar berikut:



Malas tu takde dah  ubat lain dah selain daripada RAJIN bak kata mak saya la..... tu je kunci dia!
Insya-Allah, Allah sentiasa bersama kita!

Kadang-kadang kita sedar dah diri sendri tu sedang malas, tapi masih ikut perasan tu juga, masih ikut nafsu juga  dalam kehidupan seharian. Tu lah perlu dielakkan oleh kita sebagai Umat Islam. Umat Islam sepatutnya tiada lagi mengamalkan perkara negetif seperti ini. *cite pribadi ..hihi
Umat Islam mesti cemelang, hari ini lebih baik dari semalam. tibe je kan..

Insya-Allah, nasihat ini untuk diri sendiri dan orang lain juga. ^_^

Jadikan nasihat dan saling berpesan sesama manusia tu satu amalan.
supaya kita tak jadi orang yg rugi.

" Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali orang yg BERPESAN dengan kebenaran dan BERPESAN dengan kesabaran.."
[Surah Al-Asr :1-4]

~Kita nasihat orang, kita tegur orang, kita dakwah orang, bukan bererti kita baik atau sempurna tetapi kita cuma ingin mengamalkan ajaran yg dituntut Nabi S.A.W

"Sampaikan dariku walau sepotong ayat". Teruskan BERDAKWAH wahai teman!...

-"Baiki diri dan ajak orang lain"

*Lepas ni ,nampaknye saye kene RAJIN update blog da...Lawan MaLAs tu kan ..:)

okeh tu je la...

Assalamualaikum.^_^

Kau suke?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...