Thursday 27 October 2016

Ceramah Isu-Isu semasa

Bismilah 😉

Penceramah 1:
YB Ustaz Nasaruddin Tantawi
(YB Temerloh)

€3 Perkara penting:
1)Aqidah
2)Sahsiah
3)Akhlak

#3 elements seimbang
-Tarbiah
*Generasi pelapis
-Dakwah
*Turun jumpa semua orang
-Sahsiah
*Hantar wakil ke parlimen

#Semua perlu bekerjasama buat kerja, bukan bergantung kepada individu tertentu Sahaja 😃

# Serangan musuh pelbagai arah

*ramai orang dah respect PAS
~Budaya Politik Matang  Dan Sejahtera
~Negara bayangan
-7 ciri: antaranya,
#Pertahankan  Prinsip Islam 💪
¥ Jangan taat pada pemimpin yang  pentingkan diri sendiri
•Hadi seperti  pengikut Nabi USA,  Adah Kena blah dengan Gergaji,  Ada yg Kena solat best, Ada Yg Kena Paul dipalang salon.... Kerana mempertahankan  Islam😭

√Mati kerana taat adalah lagi baik daripada hidup dalam maksiat

🎩Sejarah PAS...
Memperjuangkan ISLAM
*Siapa yang keluar dari PAS, sebab rasa berjuang dalam PAS lambat  menang 😔

📡PAS tetap mempertahankan Kerusi yang  pernah bertanding.

#Pertahankan Prinsip, Orang Hormat 😎

Penceramah 2:
Ustazah Hajjah Salamiah Mohd Nor

¤ Sampaikan maklumat kepada masyarakat ¤

¢Muslimat Kena mempersiapkan diri untuk berdakwah

~Bajet 2017

#Bidang pendidikan

*Peruntukkan untuk University dikurangkan sebanyak 19.6%

*Bajet tak adil!
#Bajet urusan pertadbiran ditingkatkan
#Bajet50 juta untuk sekolah cina, sekolah agama tak Ada Bajet😐
-Biarkan rakyat jahil,  supaya dapat kekalkan pemerintahan 😤

¥ Wawasan 2020...
* Lain pemimpin,  lain objektif
*Tak disebutkan dah.

¢Usahakan Tanah Terbiar di Pahang📢
¢Masalah anak Muda Yg leka dengan hukuman📢

😠Jangan tertipu dengan Bajet.

Selagi BN berkuasa,  hak  rakyat  susah nak dipenuhi 😤

#Bila ada kesedaran, Ada tanggungjawab untuk buat  penjelasan. 📢

*Kalau tak Kita siapa lagi? 🙆

√Dekati orang Islam
😮

Kuliah mahgrib

Bismilah ๐Ÿ˜‰

Oleh: Yb Ustaz Nasaruddin

(YB parlimen PAS  Temerloh) ๐Ÿ˜Š

- RUU356 1994
*3 tahun Penjara, 5 Rubi ringgit, 6 Kali sebatan ( maksimum)

#Qazaf
80 Kali  rotan๐Ÿ˜ฏ

Sokong RUU 355 √
-Menarik taraf  mahkamah syariah ๐Ÿ˜š

• satu satunya akta  yang  dibincangkan di  seluruh negara ๐Ÿ˜…

•RUU355 ini, Perkara kecil sahaja,  tak melibatkan hukuman mati

* Hukuman kepada pencuri,murtad Dan bughah ( pemberontakkan kepada negara Islam) tak  dapat dilasanakan kerana melibatkan mahkamah sivil๐Ÿ˜ฏ

# Sepatutnya ahli agama beri penjelasan supaya orang awam dapat memahami hukuman  Islam ini  secara jelas๐ŸŽ“
Bukan menambahkan lagi kekeliruan๐Ÿ™‡

*Orang Bukan Islam tak dipaksa untuk dihukum dengan hukuman Islamhanya  orang Islam Sahaja ๐ŸŽฉ

¤Malaysia  tak meletakan Islam secara  perlembagaan, Maka tak perlu ikut pandangan Yg mengatakan hukuman perlu dilasanakan kepada seluruh rakyat  Tanpa mengira  agama, kerana negara Kita hanya meletakan Islam sebagai agama persekutuan,Bukan sebagai Perlembagaan ๐Ÿ“œ

๐Ÿ’ฃKalau tak dapat dilaksanakan semua hukuman Dalam Islam,  Jangan  tak Ada usaha nak jalankan langsung ๐Ÿ’ช

๐Ÿ“šPendakwah
-Kena bersabar ๐Ÿ˜”
-Kena menerang, Bukan menyerang๐Ÿ˜Ž
-Tenang, beri Masa untuk dia paham๐Ÿ™‹
-Kita macam doctor, tugasnya  merawat pesakit ,  bukan membenci pesakit๐Ÿ‘ฐ
-Iktibar dari kisah Nabi dengan orang kafir Yg buta๐Ÿ˜ข
-Jangan terlalu melampau ๐Ÿ˜ค

* Insya-Allah, RUU355 Akan dibahaskan pada akhir sidang  parliament.
Doakan supaya terbuka hati -hati ahli paelimen untuk menyokong pindaan ini. Aamiiin ๐Ÿ™Œ

Wallahua'lam ๐Ÿ˜‰

Tuesday 25 October 2016

Pemantapan Ibadan Dan Akhlak

Bismillah ๐Ÿ˜

Disampaikan oleh:
PU Izzat

Apa yang nak  dalam  hidup?
√Mendapat redha Allah!
๐Ÿ˜Š

-Perubahan ke Arah kebaikan,
Baik diri jadi lebih baik supaya dapat yang baik ๐Ÿ˜
Berubah  kerana Allah -Ikhlas

Barangsiapa yang Hari ini lebih baik Dari semalam maka  dia  di  dalam  kalangan orang  yang beruntung  . Manakala  barangsiapa  yang  Hari ini dia lebih buruk  daripada  semalam maka dia di dalam kalangan orang yang rugi.

Point 1: Agama
1) Solat
-Bagaimana solat Kita?
-Surah Al-Maun -ayat 7
Lalai dalam solat

- Surah Al-Mukminun -ayat 1&2
Khusyuk dalam solat

-Merasakan Allah Ada dalam solat
Kalo jaga Allah, Allah jaga kamu

2)Al-Quran

-Cinta yang paling  indah islam cinta kepada yang Maha Pengasih
*Allah beri banyak nikmat kepada kita
๐Ÿธ๐ŸŒน๐ŸŒน๐Ÿธ๐ŸŒน๐ŸŒน๐Ÿธ
๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน
๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน
๐Ÿธ๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐Ÿธ
๐Ÿธ๐Ÿธ๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐Ÿธ๐Ÿธ
๐Ÿธ๐Ÿธ๐Ÿธ๐ŸŒน๐Ÿธ๐Ÿธ๐Ÿธ
๐Ÿธ๐Ÿธ๐Ÿธ๐ŸŒน๐Ÿธ๐Ÿธ๐Ÿธ
๐Ÿธ๐ŸŽ๐Ÿ˜Š❤☺๐ŸŽ๐Ÿธ

#Syarat mati islam hidup
๐Ÿƒ๐Ÿš„๐Ÿ’จ๐Ÿ’จ๐Ÿ’จ
coming!

* Tak ramai yang Boleh menangis waktu  mintak ampun๐Ÿ˜ข
-sebab hilangnya kemanisan dalam beribadah

-Surah Al-Mukminun -ayat 5-7
~ menjaga kehormatannya/maruah

Perkara kene buat...
1) Selepas Solat, istighfar lepas solat๐Ÿ˜”
-Bersihkan hati yang kotor

Point 2: Berbudi
Sesama Ibu bapa Dan guru -guru

√Khidmat
-ambil berat
- menghormati
-membantu

*Buat benda yang tak baik,  tak kan seronok

- Telefon  mak  Dan Ayah

Point 3 : Masa
1)Diri
2) Belajar
#jaga Masa ibadah

*bekerjasama buat baik@berjemaah

Falsafah Telur Ayam

Telur Ayam vs Telur Mata
Mana lagi bernilai ?
#Berubah dengan kesedaran diri  sendiri.๐Ÿ’ช
# Selagi masih hidup,  peluang  berubah  masih  Ada๐Ÿ˜‰

Wallahua'lam ๐Ÿ˜Ž

Monday 4 July 2016

Bagaimana Ramadan mu ?

Bismillah,

Assalamalaikum dan Hi!

Alhamdulilah, masih diberi ruang masa untuk menulis untuk kali..acah2 buzy je.

Pada petang yang berbahagia ini, suka aku share sedikit coretan .

Tajuk : Muhasabah Cinta. Eh, silap, Muhasabah Ramadhan kita . Jom!

Kepergianmu Ramadhan semakin dirasai,
Sedihnya rasa hati,

Aku tak tahu,
Berkesempatan merasai nikmat ini lagi,

Kerna hidup ini tidak dapat diduga.
Samada esok lusa atau bulan seterusnya,
Nyawa ini kembali kepada Rab-Nya.

Ramadhan...
Kenapa aku sentiasa sia-siakan mu?

Ramadhan...
Kenapa kedatanganmu tidak ku sambut ?

Ramadhan...
Kenapa aku menidakkan kelebihan padamu ?

Ramadhan...
Kenapa perkara keduniaan lebih aku pentingkan ?

Ramadhan...
Kenapa aku tidak merasakan kewujudanmu ?

Ramadhan..
Mungkinkah aku dapat lagi bersamamu ?


Aku tahu dan sedar, Ramadhan bulan yang penuh kemulian, kerahmatan, pengampunan dari Allah. Mengapa diri ini masih melakukan perkara-perkara yang lalai dan leka dari mengingati Allah?

Andai ini Ramadan terakhir bagiku..

Adakah Ramadhan ini telah aku lakukan sebaiknya?

Adakah kebaikan yang dilakukan diterima?

Adakah dosa-dosa yang bertimbun diampnkan?

Adakah pahala puasaku dihisab kelak?

Adakah doa- doaku panjatkan penuh perngharapan ?

Adakah solat- solatku penuh kekusyukkan ?

Adakah puasaku dilakukan hanya menahan lapar dan dahaga ?

Persoalan itu jawab sendiri-sendiri lah, muhasab diri kita sama-sama...


Ya, Aku mengharapkan sesuatu yang lebih baik , aku mengimpikan perubahan yang istiqamah dan aku berimpian ingin ke syurga Ilahi.

Ya Allah, terimalah segala-galanya.

Ramdhan bakal peri meninggalkan kita,
Aku boleh jamin mungkin Ramadhan tahun hadapan masih ada,
Tetapi kurisaukan, aku yang tiada pada waktu itu.



Semoga Ramadhan dapat mentarbiah diri kita untuk menghadapi ujian pada 11 bulan yang akan datang.

Tahniah, Anda telah berjaya diterima sebagai graduan  Universiti Ramadhan !

Walllua'lam.
Assalamualaikum~

Wednesday 4 May 2016

Hijrah

Sekolah yang gah dengan nama di daerah Temerloh itu nun letaknya di atas bukit sudah berpuluh tahun menjadi tumpuan penduduk di sini untuk menjamin generasi yang bertakwa.
Besar sungguh sekolah ini. Ya, bagi menampung kira-kira 1000 orang pelajar. Di celah-celah bangunan sekolah, terdengar suara-suara pelajar yang riuh apabila guru tidak masuk kelas.
Namun, yang lebih menarik perhatiannya ialah suatu perbualan tersebut.

" Betul ke kau nak pindah, Muna " Tanya Najwa.

" Mana pulak kau tau ni, Najwa? " Muna cuba nak mengelak soalan yang ditanya.

" Adalah dengar-dengar orang cakap, orang tanya dia, dia tanya orang balik. Bukan nak jawab soalan" Najwa tidak berpuas hati.

" Bangun semua ! Assalamualaikum, ustazah. Terdengar suara Usamah selaku ketua kelas 4 bukhari memberi salam apabila Ustazah Anis.

Kedatangan ustazah secara tidak langsung menyelamatkan Muna daripada menjawab soalan maut Najwa tadi. Huh, lega.

Kalau boleh, aku nak pindah senyap-senyap je. Tak ramai tahu lagi bagus. Memang ada alasan yang tersendiri untuk berpindah sekolah. Mula-mula memang rasa nak teruskan belajar dekat sini ambik SMA, lepas tu STAM. Macam adat kakak-kakak dan abng-abang aku lah. Tapi, aku rasa memang susah sangat nak hafal 10 subjek ni. Tambahan, ustazah dekat sini ramai yang kuat bagi 'ancaman'.

" Kalau kamu semua tak nak hafal semua ni boleh, tapi satu je kena buat, isilah borang pindah sekolah". Fuh masih tengiang-ngiang lagi kata ustazah tu. Seram betul.

Alhamdulilah, apa yang aku tak sangka ialah ayah aku setuju aku nak pindah sekolah. Yelah, adik-beradik aku yang lain mana lepas nak pindah. Kesian dekat kakak aku yang nak pindah sangat lepas dapat result PMR, tapi, disebabkan tak dapat 9A, dia tak boleh pindah. Padahal lagi 1A je dah penuhi syarat ayah aku. Punyalah payah kan ? Allah lebih tau yang terbaik, kakak aku yang tu dah sampai dekat Jepun, bidang ekonomi tajaan JPA-MARA, rezeki dialah. Berkat dengar cakap mak dengan ayah juga katanya.

Mak aku macam tak ada masalah nak bagi kebenaran pindah, cuma aku tak rujuk adik-beradik aku je mintak pendapat. Macam dah tau je jawapan . Confirmlah tak bagi. Diorang tak boleh, mana boleh aku boleh. Lagipun dulu, aku pergi sekolah, penuh satu kita tu adik-beradik aku, minyak kereta pun tak lah membazir sangat. Tapi, aku tinggal sorang je naik kereta dengan ayah aku sekarang ni, rugilah kan. Mana taknya, setiap Form ada je adik-beradik aku, cuma kau dengan kak aku tu selang 2 tahun. Adik aku sorang tu biasa naik motor takde lesen, sebab kes bangun lembat lah. Jarak rumah pun bukannya dekat. Logiklah aku pindah sekolah berasrama.

" Muna kau nak pindah sekolah kan, samalah lah kita", Adibah kawan sekelas tahun lepas ada rancangan sama dengan aku. Dia kelas Sains, aku Akaun. Yang penting, ada geng nak pindah, yes. Suara dia pun macam teruja sangat nak pindah sekolah ni.

" Nanti kita sama-sama pergi pejabat ", aku dah mulakan langkah pertama untuk teruskan hasrat berpindah.

" Ok, rehat nantilah ", kami dah berpakat.


"Cikgu yakin korang akan pindah semula dekat sekolah ni tak sampai dua minggi nanti, tengoklah. " kata-kata cikgu Seh tu buat aku terkejut. Yakin betul cikgu ni.

Kitaorang apa lagi, tersengih-sengih jelah mampu. Dalam diam, aku  cabar diri sendiri supaya tak berpatah balik ke sekolah ni.

Selesai tandatangan guru Kokurikulum , cikgu Seh tadi, kita orang cepat-cepat nak keluar dari pejabat, tak nak jumpa cikgu lain dah. Lagipun, masa rehat dah habis, kenalah cepat naik, kalau tak jadi kes ponteng pulak, tak pasal-pasal je.


BERSAMBUNG...(ikut mood la)










Saturday 23 April 2016

Sekuat Hajar

Assalamualaikum,

Alhamdulilah, pada malam yang indah ini masih diberi kesempatan oleh Allah untuk membuat coretan yang baru.

Sebenarnya, nak sambung catatan "aku dan sekolah'. Ingat nak tulis tentang sekolah rendah dan sekolah Khairiah yang tak tertulis lagi. Mungkin skip sekejap topik tu.

Setelah berfikir seketika tadi, hatiku terdetik untuk membuat coretan tentang perjalanan hidupku di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang (SMAPK). 

Apa yang menarik sangat dengan SMAPK . 
Banyak sangat PENGAJARAN.
Satu,
Sebab First Time aku belajar duduk asrama.
Dua,
Sebab First Time aku belajar pergi Prep & DM
Tiga,
Sebab First Time aku belajar tegangkan katil.
Empat,
Sebab First Time aku belajar baca Al-Mulk
Lima,
Aku orang First dalam adik-beradik yang 
dapat pindah sekolah Form 4 :P

.......................................................................................................................

Apa kaitan dengan tajuk ?
Kerana aku perlu belajar banyak perkara. 
Kalau tak susah payah bukan belajarlah. 
Kalau tak ada dugaan bukan belajarlah.

Jadi, aku kena kuat sekuat Hajar. 
Siapa Hajar ? Semestinya bukan kawan aku.
Beliau adalah isteri kepada Nabi Ibrahim A.S = Siti Hajar.

Umum mengetahui, perjalanan hidupnya sangat mencabar dan getir.
Sejarah menceritakan bahawa,beliau ditinggalkan oleh suaminya tercinta di tengah-tengah padang pasir yang kering kontang hanya sehelai sepinggang bersama anaknya yang dikasihi, Nabi Ismail. 
Bayangkanlah, kalau kita ditinggalkan sebegitu. Sudah tentu tak sanggup. 
Lihatlah, kuatnya iman insan yang bernama Hajar ini.

Namun, segalanya ditempuhi dengan tenang dan sabar kerana mentaati perintah Allah.
Hati ibu mana yang tidak tersentuh dengan tangisan anak kecil. Dengan kudrat yang ada, beliau berikhtiar mencari air. Dua bukit, Safar dan Marwah menjadi saksi kejadian itu. 

Segalanya telah tersedia hikmah. Ya, Allah tak tentukan yang sia-sia untuk hambanya.
Berkat kesungguhan dan kecekalannya. Allah kuniakan air zam-zam yang keluar hasil hentakan kaki nabi Ismail A.S. Air zam-zam air yang terbaik di dunia kerana paling tinggi kandungan mineralnya. Subhanallah~

Sungguh, bumi yang dulunya tiada berpenghuni, tandus dan panas terik itu,
Akhirnya, menjadi pusat ibadat umat Islam seluruhnya dam kiblat utama kita semua.
Kini, Mekah menjadi tarikan kerana tanahnya subur yang menjana pendapatan ekonomi rakyatnya dan didatangi oleh manusia dari seluruh dunia untuk menunaikan haji. 

Inilah hikmah dari peristiwa Siti Hajar dan anaknya, Nabi Ismail.
Allah tidak akan menzalimi hambanya yang bertakwa. 

Daripada peristiwa tersebut, aku belajar untuk menjadi sekuat Hajar.

...............................................................................................................................

Mungkin cerita yang akan ditulis tak cukup untuk siap dalam satu malam. 
Maka, aku bahagikan kepada 18 topik bersamaan dengan umurku . hihi..
Cerita ini secara umumnya berkisar tentang perjuangan, persahabatan, kekeluargaan, pengalaman, kewangan, pengurusan, dan kematangan yang aku pelajari di SMAPK. 
Secara khususnya pula, pada umurku ketika 16 tahun 17 tahun.

1) Hijrah
2) Abu Ubaidah
3) F 07 
4) Pantang
5) Sihat
6) Tukar- tukar
7) Bahasa Cina
8) Fly
9) 4 Utarid
10) Bintang
11) MATh!
12) G 11
13) Trial
14) Fajar Menyising
15) Ukhwah
16) Bekalan
17) Pasrah
18) Kenanganku di SMAPK ( Gambar je)

Watak yang digunakan mungkin berkaitan atau tidak berkaitan dengan individu tertentu. Terpulanglah kepada tafsiran masing-masing.
Jalan cerita ada ditokok tambah atau ditolak bahagi, sebab tak semua benda aku ingat lah. 

Harapan aku, supaya dapat habiskan penulisan kesemua topik yang dirancang.
Insya-Allah.. cuba je~

Bismillah...




Monday 18 April 2016

Keliru

Assalamualaikum,

Alhamdulilah, kembali lagi menulis , setelah sekian lama menyepi
Sunguh Istiqamah itu sungguh payah bagi orang tak bersungguh.

Alhamdulilah,
Pertama dan selamanya, marilah kita bersyukur kepada Allah kerana masih dipinjamkan nyawa yang tak tahu bila akan dipulangkan ini sehingga kita berada di bulan Rejab yang mulia ini.

Sebelum terlupa, marilah kita amalkan doa ini, Insya-Allah, diberi peluang sampai ke Bulan Ramadhan yang Berkat.





Tulisan kali ini nak bawakan tentang 'Keliru'


Memang, Keliru,
Seperti tiada hala tuju
Hidup tak menentu,
Hati sentiasa ragu
Apakah penyelesaiannya ?

Memang, Keliru
Apa yang perlu
atau ikutkan hawa nafsu
Aku tak mampu
hadapi segalanya begitu
Apakah penyelesainnya ?

Memang, keliru
Bisikan jahat sentiasa ada
Apakah hidup ini tanpa cita cita
Atau memang sudah tidak berguna
Bertapa nilainya nikmat nyawa

Jangan kau sia-siakan masamu
Jangan kau biarkan umurmu
Jangan kau ragu dengan kemampuanmu
Jangan sisihkan tuhanmu


Kembalilah kepada Tuhan Yang Maha Penyayang.
Agar segala yang keliru yang meragukan takdir itu
dapat dibuang terus dari hatimu.
Inilah jalan penyelesaian yang terbaik
bagi dirimu yang begitu lemah

Indahnya,
Apabila hati bersih dari segala kekotoran,
Kekeliruan dapat diatasi dengan iman
Rohani menangkis segala bisikan jin dan syaitan
sungguh indahnya hidupmu teman

Sentiasa pasrah dengan ketentuan-Nya,
Sentiasa sabar dengan ujian-Nya.
Sentiasa yakin dengan pertolongan-Nya
Sentiasa bersangka baik dengan makhluk-Nya
Sentiasa bersyukur dengan nikmat-Nya

Ketahuilah,
Hatimu...
Subur dengan ketakwaan
Tenang kerana dibajai Iman
Kuat kerana keyakinan

Hanya pada-Mu  tempatku bergantung, YA Allah.
Hanya mengingati Allah, hatimu akan tenaang !( ra'd :28 )



Alhamdulilah, selesai sudah coretan kali ini.
Tidak lain tidak bukan tulisan ini untuk diri penulis itu sendiri....

Wallahua'lam.
Assalamualaikum.

Sunday 13 March 2016

Cara Hadapi orang yg suka mengumpat

{Bismillah }

Assalamualaikum dan salam pertemuan.

Alhamdulilah, berkesempatan menulis akhirnya. (macam buzy sangt)
Untuk kali ini, aku berminat untuk berkongsi ucapan Tuan Guru.


Kalam Murobbi ...
Tuan Guru Dato Tuan Ibrahim Tuan Man
"Jika ada orang bercakap mengenai kita di belakang , itu tandanya kita sudah ada di depan . 

Saat orang bercakap merendahkan diri kita , itu tandanya kita sudah berada di tempat yang lebih tinggi .

 Saat orang bercakap dengan nada iri mengenai kita , itu tandanya kita sudah jauh lebih baik dari mereka . 

Saat orang bercakap buruk mengenai kita , padahal kita tidak pernah menusik kehidupan mereka , itu tandanya kehidupan kita sebenarnya lebih indah dari mereka .

Payung tidak dapat menghentikan hujan tapi dapat membuat kita berjalan menembusi hujan untuk mencapai tujuan"...

Biar orang nak cakap, asal hidup mendapat diredhai-Nya.


Pasal result, SPM tu, 
Alhamdulilah, bersyukur sajalah ..
huhuhu~
Doakan untuk perjalanan hidup seterusnya. ye~

tahniah kawan-kawan ku

Wallahu'alam.

Monday 22 February 2016

Aku dan Sekolah

{Bismillah....}

Assalamualaikum, semua . Dah lama rasanya jari ini tak menaip di sini. Masa sungguh tidak mengizinkan. Tetapi, Alhamdulilah, aku kembali menekan keyboard ini.

Sebernanya, aku ingin mencoretkan kembali cerita zaman persekolahku. Ya, sungguh menarik untuk dikongsi kepada yang sudi dan tidak sudi membacanya...ada aku kisah, orang bace ke tak? huhuu

-P.A.S.T.I  AL-HIDAYAH-
Bermulanya disini,
Aku belajar segala ilmu.
Ilmu dunia dan akhirat.
Sukarnya,
Kerana ku baru
mengenali erti hidup
Sungguh, segalanya
menjadi memori indah.

Tanpa belajar aku tak pandai
Tanpa belajar aku tak paham
Tanpa belajar aku tak berfikir

Alhamdulilah,
Allah takdirkan aku menimba ilmu
Di tempat yang sungguh damai
aku belajar banyak perkara
Bukan hanya membaca,
mengira dan mengaji
aku bernasyid sama

Hari ini, aku rasa sangat bertuah
Tanpa menjejaki kaki disini
aku mungkin tak menjadi
insan yang diharapkan

Aku bukan orang yang pandai sangat
Aku perlu memahami banyak ilmu
Aku sentiasa perlukan guru
Aku perlu ditunjuk ajar lebih

Supaya ilmu dapat dihadam
Supaya pengetahuan senang difahami

Sebenarnya,
Aku sudah ketinggalan 1 tahun
Aku bermula dengan 6 tahun
Rakan lain seawal 5 tahun

Walaupun sebegitu,
Aku perlu belajar
Aku tekat ingin berjaya

Akhirnya,
Saat yang paling manis
Bila aku berjaya naik pentas
menerima anugerah kecemerlangan
syukur padam-Mu tuhan.

Masihku ingat,
setiap pagi,
ada seorang insan mulia
datang ke rumahku
untuk membawaku dan adikku
pergi ke PASTI.
Bagiku, beliau amat berjasa
sangat penyabar dan penyayang
Aku memanggilnya dengan gelaran
MUALIMAH
Beliaulah guru PASTIku,

Pulang sekolah pun sama,
Beliaulah yang menghantarku juga
Begitulah rutin sepanjang tahun lamanya.

Semoga Allah memberkati umur guruku
sangat besar pengorbananmu.

Nama rakan-rakan PASTI yang masih aku ingat:
-Ibrah Hanis
-Solehin
-Ihsan
-Hidayah
-Syuhada
-Ihsan
-hadi (adik..)

Yang tu je yang dapat ingat ..sedihnya.

Nama Mualimah : Ustazah Rosmaizan.(naseb baik ingat)
Siap add friend lagi kat FB..hihi :P
Mualimah bersama suaminya tercinta..hihi


Coretan yang seterusnya akan menyusul
kalau ada masa dan peluang
SJKC Mentakab punya cerita pula
Insya-Allah, ketemu lagi lah kita.

Wallahua'lam.

Thursday 4 February 2016

0

{Bismillah..}

Kosong, kosong, kosong...

Apabila disebut kosong,
otak kita ligat membayangkan bentuk bulat seperti donat.
Erm..
Kenapa mesti donat?
Makanan je yg bisa dibayangkan apabila perut kosong . kan?

0,
Angka ini tiada nilai?
apabila terletak di hadapan,
Apabila gandakan sebanyak 5 kali
dan disusun angka 0 dibelakang
Bertapa bernilainya

0,
Ramai orang tidak mengiktirafnya
Kerana kehadirannya tidak akan disedari
Tetapi, ia sangat berguna
Bila menunjukkan kehilangan

Aku ingin memperbandingkan
antara kosong dengan kekosongan

Kosong beerti tiada
Kekosongan ditakrifkan sesuatu ruang yg tidak diisi
Sebenarnya kosong bersangkutan dengan kekosongan

Diibaratkan tidak lengkap aur tanpa tebing
Perlunya kombinasi antara kedua-nya.

Tika hati kosong, wujudlah kekosongan hati
Disini bermulanya kecelaruan dan kekusutan
Hidup dirasakan sangat terhimpit
Dek ujian dunia yang amat getir

Maka, hadir Iman dalam mengisi ruang kosong itu
Iman itu membawa ketenangan
Hati akan damai bersama cahaya hidayah Allah

Hati ibarat tanah ladang
Jika seekar tanah itu tidak ditanam jagung,
Maka rumputlah akan tumbuh dengan mekarnya
Namun, jika seekar tanah itu ditanam jagung
Rumput juga akan tumbuh di sisi tanah tersebut

Anda mungkin tidak sedar akan kehadiran rumput itu
Kelihatannya indah dan seronok dek nafsu sendiri
Maka, jagung tadi mungkin akan layu dengan sendiri

Marilah kita,
Jangan biar kosong itu wujud dihati
Dekatkan diri dengan Rabbi
Rebutlah sesuatu kebaikan
seakan kau nampak pahala
Iblis syaitan tidak akan berputus asa
untuk mencari penemannya di neraka

Sekadar itu,
Wallhua'lam..

PELAPIS 2016

Assalamualaikum semua, Alhamdulilah, Alhamdulilah, Alhamdulilah(33x)


Entri kali ini nak kongsikan je cerita PELAPIS BADIB SMA AL-KHARIAH....

Berminat nak tahu lebih lanjut sila la:

Klik!

-BADIB KHAIRIAH

Erm, Harapnya BADIB tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.
Dapat Istiqomahlah, adik-adik....

Andai anda tidak hargai apa yang anda dapat sekarang,
Anda akan menyesal kerana tidak akan dapat apa yang pernah dapat.

Semoga lakukan yang terbaik kalian !

Pesanan~

Wallahua'lam.

Wednesday 3 February 2016

Tulis tu penat ?

Assalamualaikum,

Setelah lama menyepi, akhirnya aku kembali..

Dengan semangat yg berkobar-kobar..katanya.. Rasa 'rindu' nak update blog.

Ermmm.. kali ini, cuba nak tanya?

Adakah menulis itu memenatkan ?

Penat ke agak2?

Mungkin ya, dan mungkin tak...bergantung pada persepsi masing-masing kan.

Baru tadi, aku terdetik nak bukak blog kawan-kawan aku, tau apa yg belaku ?

Kebanyakkan mereka dah DELETE blog...dan ada masih bertahan .
Tapi, tak update pun....

-2 tahun lalau,
-4 tahun lalu..

Sedih juga...Ingat nak tahu juga perkembangan mereka sekarang ni, rupanya semakin 'kempis'...

Husnuzon la...mingkin dorang buzy kan, masa tak ade, nak fokus dengan perkara yg lebih penting...
MUNGKINla...

Payah nak ISTIQOMAH, perlu ada kekuatan dalam penulisan ni...
Harap aku tak terhenti seperti mereka.

dan mngkin menulis itu sesuatu itu memang memenatkan ?

Wallua'lam..

Harap saya berterusan dalam menulis !

Saturday 23 January 2016

A Special Dedication From VSAG 1115



Asslamualaikum, kali ini tengok video jela.....:)

*Ada la koi dalam ni..


Layan je la~





Okeh..

Jangan lupa doakan kami..dapat yg TERBAIK

amin



menanti 3/3..tak sabarkot..huhu

Wallahua'lam.

Wednesday 20 January 2016

Masih Adakah ... ?

Assalamualaikum, ana kalau rasa semangat nak update blog, sekali update 1-3 post, kalau rasa malas tu...jangan cakap la, setahun pon tak pe..

Pada pagi yang hening ini, ana nak share je cite dekat FB..

Siapa yang hobi dia suka membaca . Boleh la habiskan baca artikel ni.. Bagus sangat..
Kalau yg malas tu, tak tau nak cakap ape,..tengok gambar je la yee...huhu

Okey, yg nii


MASIH ADAKAH ANAK-ANAK MUDA SEPERTI MEREKA INI LAGI..JIKA ADA..ALHAMDULILLAH....
MUJAHID & MUJAHIDAH yang patut dicontohi.

Masing-masing telah pergi menghadap Ilahi dalam usia 20 tahun pada tahun 2013. Luangkan sedikit masa untuk menghayati kisah mereka berdua. Semoga ia bermanfaat untuk kita bersama.
~Ahmad Ammar Bin Ahmad Azam~
Beliau digelar oleh sahabat-sahabatnya sebagai “Syahid yang tertangguh”. Ahmad Ammar Ahmad Azam telah pergi menemui Tuhannya pada usia 20 tahun di dalam kemalangan jalan raya 2 Nov 2013 di Istanbul, Turki.
Beliau memilih bidang sejarah di Universiti Marmara dengan mendapat biasiswa Kerajaan Turki. Semangatnya untuk mendalami sejarah Uthmaniyyah dan melihat Kerajaan Islam kembali tertegak selari dengan cita-cita ayahanda dan bondanya.
Sememangnya beliau dilahirkan di dalam keluarga yang mementingkan ilmu, ibadah, dakwah dan pengorbanan. Ayahandanya Tuan Haji Ahmad Azam Abdul Rahman, mantan Presiden Abim sudah tidak asing lagi bagi para pendakwah dan gerakan Islam di Malaysia. Ahmad Ammar satu-satunya anak lelaki kepada pasangan Tn. Hj Ahmad Azam Abdul Rahman dan Puan Nur Azlina Aziz.
Sungguh bagi remaja semuda Ammar, untuk mendengar alunan Quran sebagai halwa telinga mungkin menjadi pilihan yang terakhir sekali. Namun tidak untuk Ammar. Beliau dikhabarkan keluar rumah setelah membaca al-Quran dalam tempoh yang panjang.
Malah pada usia semuda itu beliau telah menyertai pelbagai misi kemanusiaan di beberapa negara di dunia. Misi ke Syria begitu menyayat hati, seolah-olah Ammar tertinggal hatinya di Syria.
Meskipun letupan demi letupan meletus di kiri dan kanan malah terlalu hampir dengan hospital tempat penginapan mereka, namun Ammar teguh tidak gentar ingin terus membantu Syria. Allahu Akbar! Sejak pulang dari Syria itulah sahabat-sahabat menggelarnya “Syahid yang Tertangguh”.
Alangkah bertuahnya ayahanda dan bonda beliau kerana dapat menyaksikan sendiri perjalanan terakhir seorang anak dengan pengakhiran yang baik. Ribuan manusia memenuhi Masjid Abu Ayyub al-Ansari, malah dimakamkan berhampiran sahabat agung Rasulullah saw iaitu Abu Ayyub al-Ansari yang berjihad untuk membebaskan Konstantinopel dahulu.
Seorang sahabat menulis, Ammar adalah “Muhajir” dan menjadi tetamu kepada Abu Ayyub al-Ansari. Subhanallah indahnya “tawafuk” yang disusun Allah dan bukan kebetulan. Sekiranya kita masih mengingati sejarah hijrah Rasulullah s.a.w dari Makkah ke Madinah, bukankah Baginda Rasulullah s.a.w menjadi tetamu di rumah Sayyidina Abu Ayyub al-Ansari? Bukankah unta baginda s.a.w dengan hidayah Allah telah memilih rumah Abu Ayyub al-Ansari tidak yang lain?
Secara simboliknya Ahmad Ammar Ahmad Azzam berhijrah menuntut ilmu dari Malaysia ke Turki seperti hijrahnya Baginda s.a.w dari Makkah ke Madinah.
Taqdir Allah menentukan Sayyidina Abu Ayyub al-Ansari terpilih untuk memuliakan Rasulullah s.a.w di rumahnya, begitu jugalah Ahmad Ammar menjadi tetamu kepada Sayyidina Abu Ayyub al-Ansari di permakaman Eyup, Turki. Inilah rezeki beliau yang pastinya amat menggembirakan ayahanda dan bondanya yang kesedihan.Janji Allah amat jelas di dalam ayat 100 surah al-Nisa’:
“…Dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian ia mati, maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan Allah itu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
Subhanallah, pada pagi kejadian, Ammar keluar menuju rumah pelajar-pelajar baru dari Asia Tenggara dengan semangat untuk berkongsi ilmu dan bermuzakarah Rasail Nur karangan Imam Bediuzzaman Said Nursi. Malah catatan terakhirnya dan di masukkan ke dalam beg sandang beliau berbunyi:
“Perlu ada keredhaan Allah dalam amalan kalian. Sekiranya Allah redha sedangkan seluruh dunia berpaling daripadamu, maka itu tidak penting. Jika Dia telah menerima amalanmu sedangkan seluruh makhluk menolak maka ia tidak memberi apa-apa kesan pun… Kerana itu lah sepatutnya hanya redha Allah semata-mata yang menjadi tujuan utama di dalam khidmat dakwah ini.”
Namun seperti yang dicatatkan ayahandanya Tn. Hj. Azam beliau sempat melintasi jalan, namun kehilangan imbangan badan dan terjatuh lalu dirempuh sebuah ambulan. Beliau pergi pada usia 20 tahun, penuntut tahun dua Universiti Marmara.
Beliau amat rindukan syahid. Rupa-rupanya Ahmad Ammar ini telah pun menyaksikan bidadarinya sehingga beliau tidak lagi menoleh ke kiri atau ke kanan dalam mengejar cita-citanya. Beliau terus berkhidmat untuk berdakwah dan tekun beramal sehingga pada tarikh itu berakhirlah tugasan beliau di bumi yang fana ini.
Alhamdulillah kerana Allah dengan kasih sayang-Nya masih memelihara agama ini dengan adanya remaja-remaja seumpama Ammar. Masya Allah Tabarakallah!
"Kematian Ahmad Ammar telah menyentuh satu bahagian dalam diri saya yang tak mampu disentuh oleh tasawwuf mahupun rasional. Bukan hati dan bukan akal. Tetapi sesuatu. Saya yang fakir perkataan, menamakannya sebagai 'ammar'." - Ust Hasrizal

~Siti Hajar Binti Ahmad Sabir~
Mujahidah yang bernama Siti Hajar Binti Ahmad Sabir . Allahyarhamah adalah seorang pelajar UTEM dan telah pulang ke rahmatullah pada 20 Januari 2013 dalam usia 20 tahun setelah bertaruh nyawa selama 2 minggu di hospital akibat kemalangan bersama 3 orang sahabatnya . Di bawah ini kronologi hari-hari terakhirnya yang ditulis sendiri oleh ibunya iaitu Puan Nuraini Che Mat .
6 Jan 2013 (Ahad)
Kami dapat panggilan telefon mengatakan Hajar kemalangan. Segera bergegas ke Hospital Besar Melaka. Ramai pelajar UTEM sedia menunggu berita kemalangan itu.
7 Jan 2013 (Isnin)
Hajar dimasukkan ke wad ICU Mawar. Pegawai HEPA UTEM mula membuat lawatan.Doktor mencadangkan pembedahan segera dilakukan. Masalah kewangan mula berbangkit, wang kami tidak mencukupi’
8 Jan 2013 (Selasa)
Gerakan mengumpul derma utk pembedahan Hajar berjalan lancar. Pembedahan dilakukan pada pukul 1 tengahari. Pukul 6 ptg, pembedahan selesai.
9 Jan 2013 (Rabu)
Kesihatan Hajar baik sebelah pagi tapi merosot sedikit menjelang petang. Tekanan darah mula turun, lalu ubat untuk menaikkan tekanan darah segera diberikan. Muka dan badan mula sembab sebab dah 2 hari hanya drip air tanpa makanan. Sebelah petang, susu disalurkan ke perutnya melalui tiub. Walaupun tulang belakang telah di betulkan kedudukannya, saraf tunjang tetap telah tercedera dan kita menunggu dan berharap kekuasaan Allah Ke atas Hajar berkat doa semua sahabat di dalam dan di luar negara.
10 Jan 2013(Khamis)
Selepas Subuh tadi, kami lawat dia dan bacakan ayat2 suci dan syifa’. Dia tenang je.Kami berbual. Memang dia tak gelak tapi matanya lebih bermaya. Kami ceritakan tentang kawan2 yang datang, yang berkirim salam dan sebagainya. Memang dia tak dapat lawan bergurau, ketawa besar macam biasa tapi dia dengar kami tu pun dah cukup. Langsung tak tunjuk airmata pada dia. Kami usap tangannya, usap pipi dan dahi berkali2 dan bercakap dengan nada yang ceria juga. Tak boleh nak pandang dia dengan mata sayu, cakap dengan suara sebak..tak boleh. Kalau kita positif, kita ceria, aura kita berpindah kepadanya.
Ramai yang bersimpati dengannya lalu mencadangkan pelbagai bentuk rawatan pemulihan. Ada yang mencadangkan pergi kepada sekian-sekian dukun patah jika Hajar telah keluar dari Hospital nanti. Ada juga peniaga air yang menawarkan sebotol air pada harga RM25, dan menjanjikan penyembuhan dalam 10 minit sahaja. Hajar senyum . Pesannya, dia tidak mahu apa-apa rawatan yang menggunakan perantaraan jin dan hanya mahukan perubatan Islam. Dia rela lumpuh seumur hidup atau sanggup mati, asalkan tidak mensyirikkan Allah.
11 Jan 2013 (Jumaat)
Doktor dah benarkan makan bubur. Kami sudukan dengan sup ayam, sup sayur, ikan dan buah2an. Minum air zam zam pakai straw. Memang haus betul dia. Berkat air terbaik di atas mukabumi, dia segera nampak bertenaga. Menitis airmata sahabat2 melihat dia telah makan. Berebut2 mereka nak tolong layan Hajar. Suasana ceria berlanjutan dengan cerita2 lucu mereka.
Solat Hajat dilakukan di merata tempat dari sebelah malam hingga ke siangnya.UTeM sendiri menganjurkan solat hajat di Masjid, melibatkan kerjasama BADAR dan Majlis Perwakilan Pelajar .
Lawatan Naib Canselor, memberikan suntikan semangat luarbiasa kepada Hajar. Dia ingin sembuh. Dia ingin kembali belajar. Dan dia dijanjikan pelbagai kemudahan pembelajaran jika dia sihat dan masih berminat menuntut ilmu.
Sedikit jangkitan kuman mula dikesan di paru-paru menyebabkan pernafasannya tidak stabil.
12 Jan 2013 (Sabtu)
Doa dan kata-kata peransang tak henti2 masuk ke telefon untuk memberi semangat kepada Hajar. Kami perlu kuatkan pernafasannya. Latihan pernafasan mula diberikan supaya oksigen banyak masuk ke badan dan dia dapat melawan kuman2 yang datang menyerang. Hasilnya, kedua dua tangan dah boleh diangkat tinggi. Selepas ini, kami nak teruskan dengan latihan menggenggam. Semua ini menyakitkan, kerana itu motivasi dari sahabat2 amat diperlukan. Peranan saya sebagai ibu adalah untuk mengukuhkan keimanannya dan meletakkan pergantungan harapan sepenuhnya pada Allah.
Sebelah petangnya, Hajar di keluarkan dari ICU Mawar dan diletakkan di wad D3.
13 Jan 2013 (Ahad)
Akhirnya berbekalkan sedikit kekuatan yang diberi oleh Allah, saya terangkan situasi sebenar, kesan kemalangan itu kepada Hajar. The whole truth. Dan sebagai hambanya yang patuh, dia Redha dengan apa saja Qada dan QadarNYA. Pendapat doktor itu berdasarkan pengetahuan manusia. Yang mana ia hanya ibarat setitik air di lautan yang luas. Terlalu kecil kemampuan manusia berbanding dengan kekuasaan Allah itu sendiri. Baginya hidup mesti diteruskan, ada banyak lagi nikmat tuhan yang sedang dinikmatinya. NIKMAT TUHAN YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN?
Setiap hari Allah menuntut perjanjian kita dengannya sebelum kita dilahirkan. Iaitu untuk mengakui DIA itulah tuhan kita yang layak disembah. Dia yang maha berkuasa, yang memiliki segala2nya. Sedang kita inilah si fakir yang tak punya apa2…dan sentiasa meminta2 darinya. Kalau dah lidah kita mengakui Allah itu maha berkuasa, maka ikrarkan pula dihati..yang DIA mampu mengubah nasib Hajar lantas menyembuhkannya sekalipun.
Takada rahsia lagi. Dia dah tahu dirinya lumpuh sementara. Dah tahu situasi tulang belakangnya, saraf tunjangnya yang cedera dan juga pembedahan yang telah dilaluinya. Tanpa setitik airmata, tanpa keluhan, tanpa menyesali nasib, tanpa mematahkan semangatnya untuk terus hidup, katanya kalau mak dan ayah boleh redha, dia juga akan redha. Banyak lagi tanggungjawab untuk digalas, ramai lagi diluar sana yang perlukan bimbingan dan kerana Allah masih selamatkan nya, dia akan bersyukur. Pasti ade hikmahnya.
Malam itu, sedang saya membacakan ayat2 suci kepadanya, dia kata “Mak dengar tak tu? Suara seruan tu?” Saya terdengar seruan bersahut2an dua atau tiga kali dari arah yang tak pasti. “Orang azan kot” tingkah saya. Dia jawab “mana pulak, azan mana ada SUBHANALLAH.. orang tu sebut SUBHANALLAH berkali2. Akak dengar, Cuba tengok jam, bukan masa azan, kan?.”akuinya penuh jujur. Saya rasa berdebar, “Selalu ke akak dengar?” “Selalu gak, entah siapa lah yang jerit tu gaknya…” jawabnya naif’
14 Jan 2013 (Isnin)
Sebelah siang Hajar demam.Batuk2 Kecil, Menjelang maghrib, cuaca sejuk, batuk makin memberat. Demam semakin tinggi mencecah 39C. Selsema, kahak tersumbat di saluran kerongkong dan belakang hidung. Hajar semakin lemah. Apabila pernafasan tersekat,Hajar menggelepar mencari nafas. Doktor segera bertindak bila kami menjerit meminta bantuan kecemasan diberikan dengan menyedut kahak menggunakan mesin penyedut. Tiup dimasukkan ke saluran kerongkong dan saluran hidung. Prosedur yang menyakitkan dan tidak selesa. Tapi masih tak banyak membantu, selsema mengalir lagi, dan kesejukan malam menyebabkan hidung tersumbat semula. Kami disuruh keluar semasa bantuan kecemasan itu. Keadaan agak membimbangkan. Kami berdua berusaha menolong dengan membacakan ayat2 suci dan zikir2. Menjelang tengah malam barulah dia bernafas selesa dan tidak mencungap cungap lagi. Keletihan yg teramat sangat..tetapi bersyukur terselamat dr situasi bahaya. Stabil.
Bila dah tenang, Hajar bercerita semula, semasa doktor membantunya dan kami memohon bantuan Allah, pertolongan tersebut telah datang. Bagaimana? Secara tiba2 dia sendawa berkali kali. Dan setiap kali angin sendawa itu keluar, terasa hidung yg tersumbat tidak tersumbat lagi dan dia boleh bernafas dgn selesa. Kemudian, dia terasa mukanya dipercikkan air 3 kali. Air yang sgt sejuk dan selesa. Dia yang sedang demam panas dan terasa muka berbahang, tetiba rasa sangat selesa dan demam mula menurun.SUBHANALLAH.
Hari dah jauh malam, suami saya nak pulang menjaga anak2 yang lain di rumah. Suami beritahu Hajar, dengan cepat dia jawab “Ayah percaya Allah tak?”jawab suami”Percaya”. Tambah Hajar lagi, “Kalau percaya pada Allah, ayah baliklah..Allah ada jaga akak kat sini.”Sesekali dia tersenyum manis. Kami tanyakan” kenapa senyum?” Dia jawab…”ada bau wangi sangat”.” Selalu ke akak terbau macam tu?”Jawabnya, “Kadang2 aje, kadang2 masa nurse datang, kadang2 waktu sahabat ziarah” Hati kami mula rasa sesuatu. Suami saya tak jadi balik. Kami berdua tertidur kepenatan menemani dia malam tu. Dipihak dia pula, terasa sangat aman dan damai. Malam yg sejuk dirasakan nyaman. Langsung tak rasa lapar dan dahaga. Menurutnya, sepanjang malam, dia memerhatikan kami berdua tidur dan mensyukuri apa saja nikmat yang sedang dinikmatinya.
15 Jan 2013 (Selasa)
Sebelah pagi Hajar masih tak bermaya. Semakin naik matahari, hidung semakin kurang tersumbat dan kesihatan mula beransur baik. Perjuangan untuk hidup diteruskan lagi. Bila demam berkurangan, Hajar akan kembali ceria, makannya akan berselera, makan pudding, bubur, sup ayam dan buah2an.. Rakan2 pun gembira melayan kerenah dia. Bila dia sebut teringin makan pisang…tetiba ada saja tetamu yang bawakan. Dia duduk tapi kepalanya agak senget – masih tak boleh kawal gerakan kepala. Spontan dia kata, “Kalau ade bantal kecil, boleh letak kat leher” lalu Allah perkenankan hajatnya. Bantal yang diidamkan dibawa oleh sahabat yang prihatin pada hari yang sama hajatnya diutarakan. (KUN FAYAKUN)
Tekak Hajar masih terasa sakit – perit. Mungkin sebab guna tiub penyedut kahak sebelumnya. Jadi ubat demamnya perlu dihancurkan dan dijadikan larutan. Saya bancuhkan paracetamol dengan sedikit air zam zam. “Akak, ingat ye, ubat ni alat je, Allah yang menyembuhkan” Dia angguk. Ubat di sudukan ke mulutnya. Pahit. Kecil matanya. Segera saya berikan air zam zam untuk diminum. Lepas itu dia tanya, “Air ape tadi?”. “Ehh..air zam zam lah, mana ade bagi air lain.” Dia senyum lagi. Saya tertanya2. Dia kata “Allah tolong akak, ubat tu memang pahit, tapi bila minum air zam zam tu, rasa macam air tu manis, ia basuh semua rasa pahit dilidah akak, Esok mak cubalah” Macam mana ni….nak percaya tak?
Malamnya, dia kena makan ubat lagi. Tanpa gentar, dia menelan ubat pahit tu dan tinggalkan sedikit untuk saya. Nekad untuk menyampaikan dakwah, saya telan baki ubat itu. Memang pahit. Dan bila air zam zam diminum, rasa pahit itu hilang tak berbekas. Seperti lumpur di lantai yang tertanggal semuanya bila air disiram kepadanya.
Kemudian dia mula bertanya bagaimana dia nak solat dalam keadaannya seperti itu. Saya terkedu. Telefon terus saya capai, meminta bantuan ilmu dari rakan2 yang lebih arif. Dan seperti dijangka, apa yang dimintanya, mudah benar utk Allah tunaikan. Ade saja sahabat yang prihatin dan sudi menolong.
Bila Doktor pelatih datang untuk mengambil sampel darah, Hajar menangis. “Akak dah lemah, makan pun tak seberapa, mana nak ada darah banyak. Doktor asyik ambil darah..tangan doktor tu besar,kematu, tak sensitive. Tangan akak kecil, Sakit tau ditampar2 tangan akak, dicubit2…dah tak jumpa urat darah tu, tak yah lah ambil darah. Akak tak nak doktor tu lagi”. Sayu hati mendengar rintihannya, tapi macamana? Mana boleh pilih2 doktor. Tapi Allah maha mendengar, esoknya doktor lain pula mengambilalih.
16 Jan 2013 (Rabu)
Usai solat subuh, saya dapati Hajar mengadu sakit perut. Macam kembung. Perut mula membengkak dan bergerak2. Saya sapukan sedikit minyak angin dan bacakan rukyah. Dia terasa nak muntah. Ya memang.. dia betul betul muntah. Berlambak2 muntah air hijau keluar dari mulutnya. Kami beri air zam zam kerana muntah tersebut memahitkan tekak. Tapi muntah berterusan…lagi…. lagi… dan lagi…”Akak tak nak pelawat hari ni”. Dan tengahari itu, memang takada pelawat yang datang.
Menjelang maghrib, dia suruh ayahnya solat. Kemudian saya pula disuruh solat. Saya katakan, “nanti siapa nak tolong bersihkan muntah? Mak solat lewat sikitlah…Dia jawab “Allah ada, Allah boleh bantu akak.” Terkedu. Saya pun tinggalkn dia untuk solat. Ayahnya pula pergi menjemput adiknya di Malacca Central. Selesai solat, saya dapati nurse sedang membersihkan Hajar. Bajunya yg terkena muntah digantikan. Kemudian dia kata, “Haa..kan betul akak cakap, Allah ada bantu akak. Mak pergi je, akak muntah, tapi nurse yg sedang rawat makcik kat sebelah tu ternampak akak muntah dan dia datang bantu.
Sepanjang malam, adik Hajar, Nabilah, saya dan suami saya hanya menadahkan kain menahan muntah hajar. Muntah…minum lagi…dan kemudian muntah semula. Bila reda sedikit, kami mula berbicara. “Akak, Nampak gayanya macam perut akak dah tak terima lagi air yang kami beri. Mungkin rezeki minuman akak dah habis. Mak bagi air untuk basah tekak je, tapi untuk menghilangkan dahaga, akak mohonlah rezeki dari Allah.
Ayahnya pula kata “Akak, kalau akak dipanjangkan usia, ayah akan belikan computer yg lebih ringan untuk akak, sesuai dgn kemampuan akak menggunakannya. Tapi kalau usia akak tak panjang, akak jangan sedih sebab akak akan dapat syahid dunia. Pujuk ayah lagi, “Akak, bila dajjal keluar nanti, orang2 yang beriman takkan dapat bekalan makanan sebab tak mahu sembah dajjal. Mereka akan berzikir sahaja, dan Allah cukupkan rezeki mereka. Mereka tak rasa lapar dan dahaga, Akak zikirlah ye”. Angguk.
Walaupun perbualan itu amat menyentuh hati, tapi masih tak mampu menggugurkan air matanya. Dia kata” Kalau mak dan ayah dah redha, takde sebab untuk akak tak redha. Kalau Allah izinkan akak hidup lagi, walau mcmana pun rupa akak waktu tu, akak akan berdakwah untuk beritahu orang tentang adanya pertolongan Allah, besarnya kekuasaan Allah. Mak tulis ye, biar tak lupa . Nanti akak sendiri yang akan ceritakan. Tapi kalau umur akak tak panjang, emak ceritakanlah bagi pihak akak”
Untuk adik2nya, dipesankan agar ubah penampilan berpakaian. Untuk rakan2, dia minta maaf dan memberikan kemaafannya kepada mereka. Adik2 dipujuk agar pakai jubah2 dan tudung dia yang banyak. Dia turut beritahu minta digantikan puasanya dan uruskan solat yg tertinggal sepanjang dia berada dihospital tu. Ada beberapa hutang kecilnya minta dilunaskan.
Kami tanya lagi. “ susah ke rasanya nak muntah tu tadi?” Jawabnya, “Taklah, senang je, Allah tolong.” “Tolong macamana?” tambahnya “Dah badan akak tak boleh keluarkan air2 kotor tu dgn cara biasa, Allah tolong keluarkan melalui muntah. Tak susah pun, rasa macam meludah je” MASYA ALLAH. Hajar sentiasa kaitkan apa saja yang dialaminya dengan Allah. Sentiasa berbaik sangka Allah menolongnya. Benarlah seperti hadis qudsi, Allah bertindak mengikut sangkaan hamba terhadapNYA. Jika kita yakin Allah menolong kita, maka Allah akan tolong.
Keputusan Xray menunjukkan perut dan usus besar membengkak teruk.
17 Jan 2013 (Khamis)
Situasi kritikal. Tak mahu pelawat lagi. Doktor sedang cuba menyelamatkan . Perut membengkak terus. Usus besar tidak menyalurkan najis dengan sempurna. Menurut doktor semuanya ada kaitan dengan saraf tunjang yang gagal menghantar arahan ke anggota badan. Ultrasound pula diambil. Hajar tenang. Berserah pada Allah menentukan yang terbaik untuknya.
Selepas waktu melawat tengahari, demam memburuk semula. Perut yang membengkak menyukarkan pernafasan. Doktor mula gelisah. Satu tiub dimasukkan ke perut melalui hidung bagi menyedut cairan di dalam perut. Lebih 1Liter cairan dikeluarkan. Hajar diarahkan berpuasa sehingga punca pembengkakan itu diketahui.
Demam lagi. Saya sudukan juga tiga sudu air zam zam ke mulutnya dari masa ke semasa. “Akak, jgn bimbang, kita orang Islam dah dilatih berpuasa. Redha ya .. mak bagi air zam zam ni hanya utk basah tekak, memang tak sempat sampai ke perut pun ia akan kering sendiri. Mintalah Allah hilangkan dahaga akak” . Dalam keletihan beliau jawab, “beratnya dugaan Allah ni , mak..” “memanglah…kan syurga Allah tu mahal harganya…sabar ya.. Nabi Ayub dulu pun diuji dengan berat” Dia angguk.. Doktor pasang drip…Dalam hati, saya tak putus2 membacakan ayat2 suci dan selawat untuk menolong beliau melalui kesukaran itu.
Menjelang asar, Hajar mula rasa bahang. Dia minta dimandikan. Panasnya kuat dibahagian dada. Dan terasa semua badan sakit2. Saya terdiam. Saya rasa, dia dah mula nak nazak. Waktu tu saya berdiri membelakangkan tingkap. Dia suruh saya beralih kedudukan. Dia nak pandang keluar tingkat. Saya tanya , nak tengok apa? Katanya : nak tengok Allah. Saya terkedu lagi. Katanya :” Allah marah sebab tak dakwah sungguh2. Tak mahu cari jalan lain, bila dakwah terhalang.” Saya jawab “Mintalah ampun dan banyakkan beristigfar pada Allah,” Angguk.Tak lama lepas tu, dia kata, matanya dah mula kabur. Saya membisikkan agar dia terus mengingati Allah. Angguk.Dalam termengah2 dia berkata”mak, izinkan akak pergi dulu, tapi akak tak nampak jalan” “ Ya, mak izinkan, mak doakan agar Rasulullah datang tunjukkan jalannya. Sekali lagi dia mengejutkan saya, bila dia kata dia dah tak boleh nampak, lalu bola matanya bergerak ke atas. Segera saya talkinkan berulang kali. Doktor dan nurse mula berkejar datang nak menyelamatkan. Saya disuruh keluar. Mereka mula memasang topeng oksigen,dan menaikkan tekanan darah.
Hati saya dah sebu. Saya tahu tadi tu Hajar dah nazak. Persiapan dibuat utk pindahkan Hajar ke ICU semula. Waktu maghrib tu, kami berkejar kejaran tolak katil Hajar ke ICU okid.
Hajar segera dibius dan getah saluran pernafasan dipasang ke mulutnya. Mesin pernafasan mengambilalih proses pernafasan. Itulah kali terakhir untuk dia berkata kata kerana selepas itu dia terus ditidurkan dan tak bangun2 lagi.
18 Jan 2013 (Jumaat)
Kami dimaklumkan ada air yang banyak diluar perut dan sekitar usus. Dikhuatiri usus Hajar telah bocor. Menjelang waktu azan zohor, untuk solat jumaat, jantung Hajar berhenti berdenyut. Doktor segera melakukan CPR. (Satu. Dua, Tiga, Empat, ……)saya nampak prosedur tu dr luar cermin biliknya. Hati saya terguris teruk…cpr dilakukan di dada, betul2 di atas kawasan pembedahan tulang belakangnya. Kalau dia selamat sekalipun, apa nasib tulang belakang tu, kan baru je lepas dibedah.
Walaupun jantung dapat digerakkan kembali, namun jantung Hajar hanya bekerja 1% sementara mesin pernafasan yg bekerja lagi 99% .Hakikatnya carta pernafasan di paparan skrin tu terasa semacam gimik.
19 Jan 2013 (sabtu)
Doktor pakar usus mengesahkan usus Hajar bocor dan perlukan tembukan kecil diperut untuk mengesahkan teori beliau. Sekiranya benar, pembedahan yang lebih besar diperlukan utk memotong usus yang bocor itu dan mencantumkan semula. Serentak dengan itu, kami diberi borang kebenaran pembedahan untuk ditandatangani. Semuanya atas nama nak menyelamatkan nyawa Hajar. Kami buntu. Suami meminta tempuh untuk bertenang dan berfikir. Kami perlu solat. Kami perlu berfikir dengan tenang. Kami mohon pertolongan melalui pertolongan Allah. Pukul 2 pagi, kami dipanggil semula. Terdesak, kami benarkan tembukan dilakukan diperut. Hanya pada Allah kami bermohon pertolongan dan petunjuk.
Belumpun sempat selesai pembedahan kecil itu, seorang lagi doktor memanggil kami. Berita besar yang disampaikan, buah pinggang Hajar tidak berfungsi sepenuhnya atau lebih tepat lagi..dah rosak dan perlukan dialysis darah. Hajar takkan boleh bertahan kalau darahnya tak dicuci kerana toksin dalam tubuh akan meningkat dan meracuni organ2 yang lain. Terdiam. Bermimpikah kami? Lepas satu, satu, organ badannya merosak. Namun begitu, dialysis tidak boleh dilakukan dengan selamat kerana keadaaan Hajar yang tidak stabil. Jantungnya dah pernah berhenti, dan boleh berhenti lagi semasa dialysis. Darahnya dah terlalu cair..dah lama tak makan. Pendarahan juga boleh berlaku kerana tekanan darah yang rendah. Jadi apa yang boleh kami perbuat? Sesudah berbincang, kami ambil keputusan tidak membenarkan cuci darah dijalankan kerana risikonya besar.
Tak lama lepas tu, pakar usus pula mengesahkan yang usus Hajar memang benar2 bocor dan pembedahan besar diperlukan. Kami tanya, adakah Hajar stabil untuk dibedah? Jawapannya TIDAK.Kami Tanya adakah masalah usus itu boleh selesai selepas pembedahan tersebut? Jawapannya. TIDAK PASTI MASALAH SAMA TAKKAN BERULANG LAGI. Lalu kami berikan jawapan yang paling selesa bagi kami iaitu tidak membenarkan sebarang pembedahan dilakukan lagi. Kami juga tidak membenarkan prosedur cpr dilakukan jika jantung terhenti lagi.
Doktor bercakap dengan berhati2. “Kalau itu keputusan Puan, Puan sedarkah apa akibatnya nanti?” Saya jawab, “ya, saya sedar, saya akan kehilangan anak saya, dan saya redha. Malah, kalau boleh , saya nak segala ubat dan mesin pernafasan dihentikan” Doktor menjawab, “Itu tak boleh, menyalahi etika, itu seperti membunuh pesakit. Kami tak boleh membunuh pesakit, tapi kalau Puan tak mahu lakukan semua yg kami dah cadangkan, mesin pernafasan tetap perlu terus dihidupkan. Cuma pesakit takkan mampu bertahan lama kerana toksin yang tinggi akan meracun dirinya sendiri.
Selepas itu, doktor terus mengawasi Hajar, dan pelawat telah dibenarkan menziarah tanpa had masa kerana Hajar hanya menunggu masa untuk pergi meninggalkan kita semua. Semua keluarga telah dimaklumkan, Hajar tak putus2 diziarahi oleh sahabat2 yang mengenali dan bersimpati. Masing2 ingin menatap wajahnya untuk kali terakhir
20 Jan2013 (Ahad)
Pagi itu kami berdua khusyuk dlm doa masing masing, hanyut dalam munajat kami kepada Allah memohon bantuan dan keringanan untuk sakaratul maut anak kami.Tepat jam 9.20 pagi, Hajar melepasi sakaratulmaut dan meninggal dunia dengan tenang dalam dakapan ibu dan restu ayah. Pergilah sayang, TUHANMU yang lebih menyayangimu telah menunggu. Terima kasih YA ALLAH kerana telah meminjamkan kami anak yang sebaik ini. 20 tahun kami berbahagia dengan kehadirannya.Terima kasih kerana menganugerahkan akhlak yang mulia terhadap anak kami ini. Kini kami kembalikan ia kepadaMU YA ALLAH.Dakapilah ia dengan limpahan rahmat kasih sayangMU yang maha Agung. Amin.. amin..amin..ya rabbal alamin.
Siti Hajar selamat dikebumikan di kampung keluarganya dengan lancar.Begitu ramai sahabat, pensyarah, pegawai university dan saudara mara hadir memberikan lawatan terakhir, memandikan, menyembahyangkan dan mengkebumikan beliau. Seluruh alam seakan turut bersedih dan merintih kerana kehilangan seorang mujahidah sejati. Cuaca mendung berterusan dari pagi hingga ke petang, ( tetapi tidak pula hujan), turut menyentap tangkai hati insan2 yang jujur menyayanginya.
selamat berjuang semua !
-Kisah pemuda-pemudi pada jalan Illahi, sedang kita sedang melalui jalan yang bagaimana. Allah.
Wallhua'lam..
Assalamualaikum...

Normal

{ Bismillah... }

Assalamualaikum........

Fuh, rasanya sudah lama tangan ni tak 'menari2' atas keyboard ni....

Pertamanya dan selamanya.... marilah kita merafa'kan rasa syukur kepada Allah kerana masih dipinjamkan nyawa dan usia untuk kta terus bernafas ni atas muka bumi ini...ALHAMDULILAH ~
- ayat femes muqadimah tazkirah ~

N . O . R . M . A . L.

Apa yg menariknya tajuk ni ?
Macam takda ape2 yg menarik ponn..

Sabar , rileks lu ~

NORMAL? Apa yg dapat kita faham dari 6 huruf ini ?

Sesuatu kebiasaan ?
Sesuatu kelaziman ?

Yes, that right !

NORMAL LA...
orang buat salah,
orang buat silap,
orang menyakiti hati kita,
orang benci kita,
orang kutuk kita,
orang sangka buruk,

.......
Apa yang penting ialah, RESPON kita..

Apakah sikap kita ?

Adakah kita membalas apa yg dibuat setimpal dengan kesalahan mereka?

Atau

Adakah kita membalas apa yg dibuat lebih dasyat dengan kesalahan mereka?

Atau

Adakah kita membalas apa yg dibuat dengan kebaikan walaupun mereka membuat kesalahan?


Ingatlah kata-kata ini :

Jadilah seperti pokok di tepi jalan, walaupun orang membaling batu kearahnya, namun dibalas dengan buah yang ranum kepada manusia.

Kita sebagai umat Nabi Muhammad S.A.W. perlulah mencontohi akhlaknya. Cukuplah naginda sebagai role model kita semua dalam kehidupan kita.




Okeh tu je..
Wallahua'lam..
Assalamualaikum..

Kisah Kematian Raja yang Sombong

{Bismillah..}

Assalamualaikum guys, alhamdulilah, kita diberi peluang untuk bertemu secara atas talian sekali lagi.. bersyukurlah !

 Padam malam yang sungguh indah ini, ana teringkatkan satu cerita yang disampaikan oleh Ustaz Ahmad Dasuki di sebuah kuliahnya.

Sebelum tu
Pesan Ustaz Don !


Ceritanya berkisar tentang seorang raja di sebuah negeri yang sangat angkuh dan sombong kepada orang lain termasuklah kepada rakyat jelatanya sendiri. Semua rakyat berasa sangat takut dengan raja tersebut kerana sikapnya itu.

Pada suatu hari, raja tersebut berhasrat untuk melawat sebuah kawasan yang terdapat dalam negerinya.

Sebelum bertolak ke tempat tersebut, raja tersebut telah mengambil masa yang sangat lama untuk bersiap (kalah orang perempuan kot) keran sikapnya yang sangat memilih dan angkuh.

Hampir 99 persalinan baju yang diberikan dayang- dayang istana untuknya, tetapi ditolak serta merta, Sehinggalah ada satu persalinan yang dirasakan raja tersebut selesa dipakainya, barulah dipakainya. Disinilah kita dapat betapa sikap angkuhnya seorang raja terhadap orang lain.

Namun, sekali lagi raja tersebut telah membazirkan banyak masa untuk memilih kuda yang ingin digunakannya .Setelah berjenis-jenis kuda ditawarkan, raja tersebut tetap bersikap angkuh dan amat memilih. Akhirnya, seekor kuda yang dirasakan selesa digunakannya telah dipilihnya.

Maka, bertolaklah rombongan raja tersebut ke tempat yg ingin ditujunya.
Tiba-tiba, pada pertengahan jalan, ada seorang tua dengan beraninya menyuruh raja terseb ut turun daripada kudanya.

Pegawai raja cuba menghalang orang tua tersebut, tetapi dengan segara raja tersebut mengikut arahan tesebut

Pegawai : Sudahlah orang tua, beraninya kau!
Raja : Takpa lah, dia hanya orang tua, ikut sahaja arahanya

Kemudian dengan beraninya sekali lagi orang tua tu menggertak raja tersebut.

Orang Tua: Cepatlah, dekatkan sikit, aku mahu kau hukurkan telinga kau- ingin berbisik
Pegawai : Ah, semakin berani pula orang tua ini.
Raja: Biarkan, dia hanya orang tua yang tidak mampu berbuat apa pada  beta !

Dengan segera raja itu meghulurkan telinganya, orang tua itu lantas berbisik,

Orang Tua : Aku ini sebenarnya MALAIKAT MAUT, ajalmu sudah sampai !

Raja tersebut sungguh terkejut, lantas memohon penangguhan waktu seketika untuknya pulang bertemu dengan keluarganya.

Namun, sekali lagi, Malaikat Maut mengatakan tiada penangguhan kamatian walaupun hanya ketika, selepas itu, Malaikat Maut dengan segera meyabut nyawa raja tersebut dengan sekasa-kasarnya.
Akhirnya, matilah raja tersebut seperti sebatang kayu kering jatuh ke tanah.

Maka, tamatlah cerita ini.

Kesimpulnya, walaupun siapa kita tidak kira sama ada Perdana Menteri ke Raja ke Peniaga ke Nelayan ke Orang Kaya ke Orang Miskin ke Orang biasa ke....kita semua akan menghadapi satu perkara yang sama iaitu - KEMATIAN.


{ Syarat Mati Bukan Tua, Tapi Hidup }

Benarlah kata-kata Imam Ghazali : Perkara yang paling dekat ialah kematian.
Cukuplah kematian itu peringatan berguna bagi orang yang beriman.

Semoga bermanfaat.

Wallahua'lam.



Asslamualaikum.

Monday 18 January 2016

Alkisah tentang Masalah..

{ Bismillah...}

Assalamualaikum,
Apa khabar semua? Harap semuanya sihat selalu.  

Hari ini, ana nak share apa yg telah didengar di Radio IKIM.FM pagi tadi..

Sebelum itu, ada sebuah kisah yang berkaitan dengan tajuk diatas.


Anda seorang pekerja yang berkerja di sebuah ladang milik tuan tanah ladang tersebut.
Pada suatu hari ada sesuatu yang mustahak yang memerlukan anda untuk bertemu dengan tuan ladang tersebut.

Ketika ingin menghampiri rumah tuan ladang tersebut, tiba-tiba ada seekor serigala yg mengawal rumah tuan ladang tersebut mengaum apabila ternampak anda.

Persoalannya disini, apakah tindakah yang terbaik yg anda perlu lakukan untuk berhadapan dengan situasi seperti itu?

Ada beberapa kaedah yang biasa digunakan...

Yang pertama,
Anda lari sehabis tenaga anda.
Tetapi,
Adakah kelajuan anda itu dapat menandingi kepantasan si serigala itu?

Yang kedua,
Anda mengambil sebatang kayu dan memukul serigala itu sekuat hati.
Tetapi,
Adakah kekuatan yang anda miliki mampu menandingi kekuatan si serigala itu?

Yang ketiga,
Anda berhasrat ingin bergantung kepada sebuah pokok yang terdekat dengan memanjatnya secepat mungkin.
Tetapi,
Adakah tiada risiko bahawa si serigala akan setia menunggu anda dibawah pokok sehingga anda turun?

Huh ! semuanya kaedah diatas ada 'tetapinya'..
Bermaksud...
Anda telah menggunakan kaedah yang anda rasa betul, hakikatnya ianya bukanlah yg TERBAIK.

Anda mesti ingin mengetahui kaedah TERBAIK tersebut kan ?
Nanti ana akan nyatakannya. Sabar ye :P

Oleh itu, kisah tersebut sebagai analogi apabila kita mengahadapi sesuatu masalah @ cabaran@ dugaan dalam kehidupan kita.

Sebagai penjelasannya,
Ramai orang yang menggunakan kaedah pertama, cara tersebut yang membuatkan kita lari dari masalah, hakikatnya, masalah akan mengejar kita walaupun kerana kita tidak dapat menyelesaikannya dengan baik.

Kaedah yg kedua pula, tidak kurang orang yang berminat, cara tersebut juga tidak mampu menyelesaikan masalah kerana kita berhasrat menentang masalah yg hadir hanya dengan kekuatan diri kita yg amat lemah ini.

Tidak dinafikan juga, kaedah ketiga juga sangat popular sekarang ini, ramai yang hanya bergantung kepada sesuatu untuk menyelesaikan sesuatu masalah, seperti kepada ibu bapa dan kawan-kawan sahaja. Tetapi, tidak dapat juga mengatasi masalah yg sedang dilaliu.

Jadi, apakah tindakah yang TERBAIK dalam menyelesikan masalah-masalah yg sedang dihadapi?

Tidak lain dan tidak bukan ialah, kita kembalikan semua permasalah kita kepada Allah yang Maha Mengetahui, Allah Maha Pemurah, Allah yang Maha Penyayang.

Jika dalam kisah diatas, caranya dengan memanggil tuan ladang tersebut supaya si serigala tersebut tidak menyerang kita. kan ?

Kesimpulannya,
Apa-apa sahaja yang terjadi kepada kita baik dari segi masalah rumah tangga, pekerjaan, rezeki, anak-anak, kawan-kawan atau sebagai, mengadulah kepada Allah yang Maha Mendengar.
Ingatlah...



Insya-Allah, Allah akan buka jalan kepada orang beriman jalan keluar dari setiap permasalahn yang dihadapi. yang penting YAKIN. 
YAKINLAH, bantuan Allah sentiasa ada untuk hamba-hambaNya.




Harapnya dapat manfaatnya dari kisah tersebut.
Wallhua'lam.
Assalamualaikum...

Sunday 17 January 2016

Yang pertama...

{Bismillah...}

Assalamualaikum  pembuka bicara,
Tahun ini entry  yang pertama.

Walaupun tak berapa sedap 'pantun' diatas, diharap dapat terima seadanya.

Alhamdulilah, bersyukurlah keran terlalu banyak nikmat Allah berikan  yang telah kita kecepi selama hidup ini sehinggalah ke hari ini. Alhamdulilah!


Setelah lama menyepi, jangan anggap aku hanya menyendiri.lalala~

Okey, untuk pengetahuan semua (acah2 ramai bace je)

Tahun ini, ana berharap kepada diri sendiri untuk lebih active dalam penulisan blog. Maklumalah, tahun lepas boleh lah bagi alasan nak SPM. Tahun ini pikir punya pikir nak bagi alasan ape...tak dapat jawapannya.

Insya-Allah, kalau berkelapangan atau ada masa yang 'terlebih-lebih', saya akan mengupdate blog seminggu sekurang-kurang sekali...Insya-Allah.

Seperti kita maklumi, tahun ini cabaran sangat hebat khususnya bagi masyarakat yang berpendapatan rendah dan serdahana dalam menghadapi krisis ekonomi yang sangat menekankan.
Amat menyedihkan ramai yang terpaksa berhenti bersekolah dan bekerja lebih keras. Semoga Allah sentiasa memudahkan urusan kita dan mereka.
Sedarlah wahai 'PENZALIM'. Anda telah membuatkan insan yang miskin berterusan dalam kemiskinan, sedangkan engkau bertambah kaya dan semakin kaya.

Untuk renungan kita semua~



wallahu'alam.
Assalamualaikum.

Kau suke?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...