Wednesday 15 August 2012

MUTIARA RAMADHAN 27

Assalamualaikum.....

" Manfaatkan hari-hari terakhir Ramadan"

Saudara-saudari yang dirahmati Allah,

Sesungguhnya bulan Ramadan itu bulan yang berganda kerana segala kebaikan yang dilakukan akan diganjarkan olah Illahi dengan pahala yang berganda-ganda.

Tetapi ada kalanya kita terlupa atau mungkin kita sengaja buat-buat terlupa dengan dugaan dan ujian Allah swt kepada kita kerana di dalam bulan Ramadan itu juga, nafsu kita berganda.

Berganda dengan tamaknya ketika membeli lauk pauk berbuka, berganda dengan sifat tidak sabarnya ketika menghadapi sewaktu berbuka dan berganda dengan sifat membazir ketika membuat persiapan Aidilfitri. Dari sifat buruk dan tidak terkawal kita itu, adakah kita sebenarnya telah mencapai erti sebenarnya KEMENANGAN yang Allah swt. janjikan khusus buat mereka yang diterima 100 markah puasanya?

Bulan Ramadan yang Allah swt. perkenankan hanya kepada umat Muhammad saw. yang bakal kita tinggalkan lagi beberapa hari lagi, hanya datang sekali dalam setahun. Tanya diri kita sendiri sahabat, di dalam 30 hari Ramadan itu tidak semuanya benar-benar menghayati Ramadan. Orang awam seperti kita adakalanya telah memendekkan waktunya selama seminggu sehingga menjadi 23 hari Ramadan sahaja.


Kerana pada waktu penghujungnya, kita hanya sibuk mengejar-ngejar persiapan menyambut Aidilfitri yang sepatutnya persiapan itu boleh kita lakukan sebelum Ramadan lagi. Mana perginya kita ketika amalan beribadah seharusnya dipertingkatkan khususnya di hari-hari terakhir Ramadan tetapi kita sibuk di gendung-gendung dan di bazaar-bazaar pada siangnya.

Malamnya pula kita sibuk dengan mempertingkat jumlah dan jenis kuih-kuih, biskut-biskut dan kudapan raya sehingga kita terlupa dan sengaja meninggalkan malam-malam yang sepatutnya kita menambahkan saham beribadah kita.

Masjid dan surau semakin kurang dan semakin susut bilangan safnya. Kita sibuk meniru orang lain, bercerita tentang rahsia dan rahmat malam seribu bulan tetapi hakikatnya kita sendiri tidak pernah untuk cuba menggapainya. Memang secara teorinya senang, pelaksanaannya yang sukar.

Allah swt. mengharamkan jasad umat-Nya yang gembira dan senang dengan ketibaan Ramadan daripada api neraka. Begitu juga kepada mereka-mereka yang sangat berat hatinya meninggalkan Ramadan. Kerana itu, kalau kita dapat lihat siaran langsung solat di Masjidil Haram di Makkah Mukarramah, ramai di antara orang-orang alim dan soleh menangis meninggalkan bulan yang penuh dengan keberkatan ini.

Bagi mereka, tidak ada bulan lain yang menyamai bulan Ramadan.Adakah kita termasuk dalam golongan orang yang bersedih dan dukacita meninggalkan Ramadan atau sebaliknya?

Sementara masih ada sisa Ramadan ini, sama-samalah kita cuba mempertingkatkan nilai permarkahan puasa kita agar dapat kita menikmati kerberkatan dan hikmah berpuasa dan cuba menghidupkan malam Lailatul Qadar, jika mampu.




Biarlah Ramadan yang cuma sekali dalam setahun itu benar-benar memberi kesan yang keinsafan dan ketakwaan terhadap diri kita.
-Prof. Dr. Omar Yaakob

"Ramadan...Bermulanya Suatu Perubahan" 



semoga bermanafaat~

SEKIAN

Assalamualaikum......

Saturday 11 August 2012

ALLAH itu Wujud..

Assalamualaikum...

Entri kali nie cerita seorang penggunting rambut yg mempersoalkan ke'wujud'an Allah....



Ikuti ceritanya..

Pada suatu petang, seorang lelaki datang ke kedai gunting rambut untuk memendekkan rambutnya yang agak panjang dan tidak terurus. Seperti biasa, si penggunting rambut menyambut pelanggannya dengan mesra dan mempersilakannya duduk.

Sedang si penggunting rambut melakukan kerjanya, mulutnya tidak berhenti bercerita. Macam-macam dibualkan menyentuh isu semasa dan kehidupan harian. Tiba-tiba si penggunting rambut itu bertanya suatu soalan yang agak berat.

Tuhan ni wujud ke?” tanya si penggunting rambut.

Lelaki tersebut terkejut dengan soalan tersebut. Belum
 pun sempat nak menjawab, si penggunting rambut menyambung percakapannya.

“Kalau Tuhan wujud kenapa dunia ni huru-hara, manusia saling berperang dan benci sesama manusia? Tuan tengoklah berita, di sana berperang di sini berperang. Asyik bergaduh sahaja di mana-mana…” adu si penggunting rambut.

“Lihat di negara kita, sana sini buang bayi. Kes bunuh pun selalu keluar di akhbar. Masalah sosial lagi. Rasuah lagi. Teruklah!” sambungnya lagi menyatakan kekesalan.

“Tuhan tu ada.” Jawab si lelaki itu singkat. Risau melihat semangat si penggunting rambut itu dengan gunting tajam di tangannya.

“Kalau betul Tuhan ada, kenapa DIA tak selesaikan semua masalah tu? Dan buat semuanya jadi aman sahaja? Kan senang!” ujar si penggunting rambut yang umurnya 40-an itu.

Selepas beberapa minit berlalu, sesi guntingan rambut pun selesai. Selesai membayar, si lelaki mengajak si tukang gunting melihat ke luar tingkap.

“Encik lihat tak lelaki-lelaki remaja di sana? Dan pakcik tua di seberang jalan tu yang sedang duduk tu?” tanya lelaki itu.

“Ya, saya nampak. Kenapa?” si penggunting rambut bertanya kembali.

“Lelaki remaja tu rambutnya panjang, nampak tak senonoh kan? Dan pakcik tua tu pula misainya tak terurus nampaknya. Setuju tak?” Lelaki itu meminta pandangan.

“Ya, betul. Saya setuju.” si penggunting rambut mengiyakan sambil mengangguk.

“Mereka jadi macam tu sebab tukang gunting rambut tiada kah?” tiba-tiba lelaki itu mengajukan soalan ‘istimewa’ kepada si penggunting rambut.

“Eh, tak. Bukan sebab tu. Ni saya ada ni.” Si penggunting rambut menafikan.

“Habis tu kenapa lelaki-lelaki remaja itu berambut panjang dan pakcik tua itu tidak tersusun misainya?” lelaki tersebut bertanya kembali.

“Tu sebab mereka tak datang jumpa saya. Kalau mereka datang jumpa saya tentu saya akan potong rambut remaja lelaki tu bagi elok. Dan pakcik tua tu pula saya akan trim misainya bagi kemas.” jawab si penggunting rambut.

“Ya, itulah jawapan kepada persoalan encik semasa encik memotong rambut saya tadi. Tuhan itu ada. Tidaklah bermakna berlakunya peperangan, pertelingkahan, jenayah, gejala sosial, rasuah di kalangan manusia itu adalah kerana Tuhan tidak ada. Masalah ini semua timbul kerana mereka semua tidak mahu ‘berjumpa’ dengan Tuhan.” kata lelaki itu.

Si penggunting rambut mendengar dengan teliti sambil mengerutkan dahinya. Berfikir agaknya.

Mereka yang abaikan suruhan dan perintah Tuhan. Tuhan malah telah memberikan pedoman melalui RasulNYA dan juga melalui kitabNYA iaitu al-Quran. Malangnya, manusia memilih cara mereka sendiri. Mereka menjauhkan diri dari ALLAH. Jika manusia mendekatkan diri dengan ALLAH, tentulah keadaan manusia lebih baik dan sejahtera. Lebih kurang macam sayalah sekarang ni. Lebih handsome dari lelaki-lelaki remaja dan pakcik tua tu sebab saya jumpa encik untuk dirapikan rambut saya, hehe…”

“Betul jugak. Kenapa Tuan tak jelaskan pada saya semasa potong rambut tadi” Si penggunting rambut mengangguk setuju sambil bertanya.

“Oh bukan apa. Saya risau dengan gunting di tangan encik tu. Dibuatnya encik marah nanti, tak pasal-pasal saya kena nanti…hehe. Tapi, alhamdulillah encik tak marah, malah dapat menerima penjelasan saya” Jelas lelaki tersebut sambil ketawa kecil. Si penggunting rambut itu turut tertawa juga.

Rasulullah bersabda:



●●●●⊱●●⊱●●⊱●●⊱Sebar-sebarkan Semoga Bermanfaat ⊰●●⊰●●⊰●●●●
 
*ALLAH SENTIASA DIHATI..
*ALLAH SENTIASA ADA BERSAMA KITA....
 
^___________________^
TAMAT~
ASSALAMUALAIKUM....

Wednesday 8 August 2012

BUSH & POWELL

Bush Dan Powell sedang duduk dalam sebuah bar. Seorang lelaki masuk dan bertanya kepada bartender ' Bukankah itu Bush dan Powell?'
Bartender menjawab 'Iya, itu memang mereka

sekadar hiasan~

Lalu lelaki itu mendekati mereka dan menyapa:

'Hello, apa yang sedang anda bincangkan?'

Bush menjawab:

'kami sedang merancang perang dunia ke-3.'

Jawab lelaki itu

'Perang dunia ke-3?, 'apa yang terjadi?'

Bush pun jawab

'Kami akan bunuh 500 JUTA orang Islam dan seorang penjual basikal'

Tanya lelaki itu dengan  nada terkejut

'Penjual basikal??!!'


MORAL!!

MENGAPA PENJUAL BASIKAL? TIADA SIAPA KISAH TENTANG 500 JUTA ORANG ISLAM!


~Semoga kita sentisa prihatin terhadap nasib saudara seislam kita di Palestine, Rohingnya dan dimana-mana lagi..~




*Renung-renungkan bersama....~

BANGKIT ISLAM BANGKIT!!

Assalamualaikum....


Saturday 4 August 2012

Sebuah cerita...yang menarik

Assalamualaikum…


Wahai sahabat² seagama denganku…
Tolonglah ambil masa 3 minit untuk membaca note ini….
3 Minit je, tak lama pun..



Mungkin ada yg pernah baca kisah ni tapi tak salah kalau kita ingatkan sekali lagi..
Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih…
Bayangkan benda ini berlaku pada anda…..



Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah…






tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam..
tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun…




nie sorang je.. 'lupe' sruh dye pegang mesin gun...sorang lagi kawn dye pon x sempat nk bergambar~ngarut je lebih~

lalu salah seorang lelaki tu bertempik ”
“Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu”
Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri….
daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 40 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Iman tu…

Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata:
“Ok Pak Imam, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Iman mulakan sembahyang Jumaat”….
Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah….




Macammana..

Adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas. selain terhibur anda Fikirkanlah…

“Lawak kan, dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 40 yg betul-betul BERIMAN… ”

“Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya…
kedua lelaki hanya membawa mesin-gun..
dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang..
amat lemah..
baru kena ugut terus lari lintang pukang..
lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi…”

“Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja.. tu pun bila time sembahyang jumaat..
tunjuk muka kat org kampung.. ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje..
bile time sembahyang raya…”

“Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al Quran”

“Lawak kan, berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia”

“Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAH alahai..




Assalamualaikum...




~KISAH SEEKOR TIKUS~

ASSALAMUALAIKUM....


Post kali nie nk cerita pasal KISAH SEEKOR TIKUS.....Ramai da pernah baca cerita ini...confem kan..!

Seekor tikus menintip disebalik celah tembok untuk mengamati sang petani dan isterinya membungkus sebuah bungkusan. Ada makanan fikirannya???? Dia terkejut sekali, ternyata bungkusan itu berisi perangkap tikus...



Lari kembali ke ladang pertanian itu, tikus itu menjerit memberi peringatan "Awas, ada perangkap tikus di rumah, awaslah ada perangkap tikus di dalam rumah....!!"


Sang ayam dengan tenang berkokok dan sambil mengaruk tanah, mengangkat kepalanya dan berkata: "Ya maafkan aku, Pak tikus memang masalah besar bagi kamu, tapi buat aku secara peribadi ...Tak ada masalahnya. Jadi jangan buat aku peninglah."



Tikus berbalik dan pergi menuju kepadam ssang kambing, katanya" Ada perangkap tikus dalam rumah, sebuah perangkap tikus dalam rumah!!  Wah ! aku menyesal mendengar khabar ini..." Si kambing menghiburkan dengan simpati... tetapi  tak da sesuatu pun yang bisa kulakukan kecuali berdoa. "Yakinlah , kamu ada dalam doaku!!!"


Si lembu dengan endah tak endah menjawab" Itu masalah hanya bagi kamu, tikus" Dengan nada yang sombong lembu menjawab sambil meragut sebanyak mungkin rumput yang ada di situ.


Jadi tikus itu kembali ke rumah, kepala tertunduk dan merasa patah hati, kesal dan sedih  terpaksa menghadapi perangkap  itu sendirian.......





Malam itu juga... terdengar suara bergema di seluruh rumah, seperti bunyi perangkap tikus yang berjaya menangkap mangsanya...Isteri petani berlari pergi melihat apa yang tertangkap. Dalam kegelapan malam itu, dia tak bisa melihat yang terjebak itu adalah seekor ular berbisa. Ular itu sempat mematuk tangan isteri petani itu..

Petani bergegas membawanya ke hospital....Dia kembali ke rumah  dengan demam. Sudah menjadi kebiasaan setiap orang akan memberikan pesakit demam panas minum sup AYAM segar..Jadi petani itu mengambil goloknya dan pergilah dia ke belakang mencari bahan-bahan untuk supnya itu..........AYAMLAH


Penyakit isterinya berlanjutan sehingga teman-teman dan jiran tertangganya datang menjeguk,  dari jam ke jam selalu ada saja pera tetamu. Petani itu pun menyembelih kambingnya untuk memberi makan kepada para tetamu itu. Isteri petani itu pun tak kunjung sembuh..


Dia mayi, jadi makin ramai orang-orang datang untuk pengkebumiannya sehingga petani itu terpaksa menyembelih lembunya agar dapat menjamu makan orang-orang itu.....



~MORAL KISAH INI~

*APABILA KAMU DENGAR ADA SESEORANG YANG MENGHADAPI MASALAH DAN KAMU FIKIR ITU TIADA KAITAN DENGAN KAMU......INGATLAH!!.......BAHAWA APABILA ADA "PERANGKAP TIKUS" DI DALM RUMAH, SELURUH "LADANG PERTANIAN" TURUT MENANGGUNG RISIKONYA.....


*SIKAP MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI LEBIH BANYAK KEBURUKAN DARI BAIKNYA....


*KALAU TIDAK DAPAT MEMBAHAGIAKAN SESEORANG ITU, JANGAN MENYEDIHKAN DIA PULAK.


Semoga boleh jadi iktibar untuk kita semua..


WaAllahu a' lam...

Assalamualaikummm.....:D



Friday 3 August 2012

KAWANMU

Next,



Kawanmu itu bukanlah malaikat. Dia juga manusia biasa seperti mu. Bersangka baiklah, dia sebenarnya mahu memimpinmu masuk ke syurga bersama-samanya. insyallah. :)




*NIE LAH NK BAGI TAU NYEEEE...





POST GAMBOR2 PON CUKUP LA...(punyelah da takde mende nk tulis@copy)..

DA PENAT SANGAT DA NIE....TU LAH..TIDO X NK..!


ZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ!


sebelum tuu!!! ingat!


aik??..rase da tido da tadi...boleh 'becakap' lagi??..


okeh, fine ~...


-__________________________-


(ape koi ngarut tu!...lalalaa~)



OLIMPIK 2012..!!!???..(2)

(BAHAGIAN 2)

SAMBUNGAN....

[KEBETULAN ATAU SENGAJA]

HARAP SHAREEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEE DI WALL MASING-MASING..

PENGHINAAN KEPADA NABI MUSA A.S !!

LIHAT GAMBAR INI..INI ADALAH SEWAKTU PEMBUKAAN SUKAN OLIMPIK LONDON 2012..!

DICERITAKAN BAHAWA NABI MUSA A.S DIHANYUTKAN OLEH IBUNYA DI SUNGAI NIL KERANA BIMBANG AKAN TENTERA FIRAUN YANG AKAN MEMBUNUH MANA-MANA BAYI LELAKI YANG DILAHIRKAN PADA WAKTU ITU.




LIHAT GAMBAR INI SEORANG BAYI SEDANG TIDUR DAN DIBAWA SECARA PERLAHAN-LAHAN..

MENGGAMBARKAN BAHAWA BAYI TERSEBUT ADALAH MUSA A.S YANG SEDANG DIHANYUTKAN DIATAS SUNGAI NIL KETIKA WAKTU MALAM..

SELEPAS ITU DALAM GAMBAR INI MUNCUL PULA PATUNG SEOLAH-OLAH AHLI SIHIR YANG MEMEGANG TONGKAT..
KITA PERNAH DENGAR CERITA-CERITA MENGENAI NABI DAN RASUL KITA TERMASUKLAH NABI MUSA A.S..

NABI MUSA A.S MEMPUNYAI TONGKAT YANG MEMPUNYAI KUASA DAN ITU ADALAH MUKJIZAT YANG DIBERIKAN ALLAH SWT KEPADANYA..


NABI MUSA A.S JUGA MENGGUNAKAN TONGKAT ITU UNTUK MEMBELAH LAUT SETELAH MENDAPAT PETUNJUK DARI ALLAH SWT BAGI MENYELAMATKAN KAUMNYA BANI ISRAIL UNTUK MELARIKAN DIRI DARI DIKEJAR FIRAUN LAKANATULLAH.
DAN DENGAN KUASA ALLAH SWT LAUT ITU TERBELAH DUA DAN KETIKA FIRAUN MELINTASINYA LAUT ITU KEMBALI SEPERTI SEDIA KALA DAN MENENGGELAMKAN FIRAUN DAN PENGIKUTNYA.

GAMBAR INI ADALAH SATU PENGHINAAN KEPADA ISLAM UMUMNYA..


MEREKA MENGGAMBARKAN NABI MUSA A.S SEBAGAI AHLI SIHIR TERSEBUT..

DIKATAKAN KETINGGIAN NABI MUSA ADALAH 40 HASTA.

1 HASTA = 45.72 CM
40 HASTA = 1828.8 CM
1828.8CM = 18.2 M

BUKANKAN KETINGGIAN AHLI SIHIR ITU LEBIH KURANG 18 METER????


INSYAALLAH LEPAS INI KAJIAN AKAN DIBUAT LAGI DAN AKAN DIBONGKARKAN.SEBARKAN KEPADA KAWAN-KAWAN YANG LAIN AGAR KITA TAHU BAHAWA MEREKA INGIN MEMANIPULASI DAN MENIPU KITA.

WALLAHUALAM.ALLAH MAHA BESAR.!

LINK DIBAWAH INI ADALAH AGENDA OLIMPIK 2012.
SEMOGA MALAPETAKA TIDAK AKAN BERLAKU PADA TEMASYA BESAR INI. KERANA MEREKA PASTINYA AKAN MELAKUKAN UPACARA PEMBUNUHAN BESAR-BESARAN UNTUK MELAKSANAKAN PERANG TERHADAP ISLAM.










WALLAHUALAM..SEMOGA KITA TIDAK TERGOLONG DALAM GOLONGAN YANG MENGAGUMI ACARA PEMBUKAAN ITU KERANA PERCAYALAH BANYAK LAGI BUKTI-BUKTI UPACARA PENYEMBAHAN SYAITAN DAN PENGHINAAN KEPADA ISLAM BERLAKU PADA ACARA ITU.

CUMA KITA SEDAR ATAUPUN TIDAK SAHAJA.

YAHUDI DAN NASRANI TIDAK PERNAH BERHENTI BERMUSUH DENGAN ORANG ISLAM!!!...HATI-HATI...RANCANGAN MEREKA SEMAKIN BERJAYA!!!...NAUZUBILLAHU MIN ZALIK...

SEMOGA ALLAH MELINDUNGI KITA SEMUA DARI RANCANGAN JAHAT ORANG KAFIR .....~AAMIIIN~...

ASSALAMUALAIKUM~...

-___________-..(PAgi DAAA)...


OLIMPIK 2012..!!!???..(1)

(BAHAGIAN 1)


Assalamualaikum...ramai yang memuji bertapa hebatnya pelancaran upacara  sukan olimpik 2012..tapi tahu kah kita ada MUSLIHAT disebalik semua itu!!..


*SILA BACA SAMPAI HABIS!!..

      Olimpik London 2012 dikaitkan dengan agenda Zionis dan Illuminati untuk menyebarkan dakyah-dakyah mereka sebenarnya. Perkara itu disahkan lagi dengan banyak pendedahan tentang perkara ini. Malah, melihat kepada pelancaran upacara sukan tersebut kelmarin jelas membuktikan ia ada kaitan jelas dengan Illuminati dan Freemason. Betulkah sampai begitu sekali? Olimpik dan Yahudi?



Sebelum ini Iran mengancam akan memboikot Sukan Olimpik 2012 London 


kerana mendakwa logo rasmi untuk su
kan Olimpik 2012 itu menyerupai kata “ZION,“ yang merupakan istilah alkitabiah bagi Jerusalem.





Bahram Afsharzadeh, setiausaha agung dari Jawatankuasa Olimpik Nasional Iran, mengatakan dia menghantar surat kepada presiden IOC Jacques Rogge di mana ia mengutuk logo tersebut sebagai “rasis“ dan menyeru kepada negara-negara Muslim lain untuk bersama membantah.

Majlis pembukaan rasmi sukan Olimpik 2012 dipengaruhi unsur Majusi versi moden, moscot dajjal mata satu dan unsur illuminati/freemason dikesan digunakan secara meluas.


*Rupanya pokok tu lah pokok Yahudi berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w. !

Dan yang keluar tu nak tunjukkan mereka selamatkan diri dari mati dibunuh sebenarnya. Kita tengok kena faham, bukan sekadar tengok. Dan banyak lagi unsur Yahudi, Freemason dan Illuminuti ditonjolkan dalam upacara perasmian tu. Belum termasuk logo mata satu lagi.
Faham-fahamlah kenapa ia diadakan pada bulan Ramadhan ye. Musuh Islam memang licik dan halus. Lindungi kami ya Allah.. Amin

Pada ketika ini, orang-orang Yahudi sedang giat menanam pokok Gharqad secara berleluasa di Negara Haram Israel sebagai suatu persediaan menghadapi tentera Islam pada akhir zaman. Ini juga bermakna bahawa orang Yahudi sebenarnya memang tahu 



dan sedar tentang kebenaran Islam dan kebenaran hadis nabi saw. Keegoaan dan sikap bongkak mereka menyebabkan mereka tidak menerima ajaran Islam, sebaliknya terus berusaha memerangi umat Islam dari sepanjang masa.

Di dalam laman web JewishNational Fund, terdapat maklumat di mana kerajaan Israel menyediakan satu dana khas untuk penanaman pokok. Dana kebangsaan khas ini bertujuan untuk menghijaukan bumi dan tujuan paling utama adalah mencari tanah untuk puak-puak Yahudi ini tinggal.


Jika 2012 itu diubah kepada huruf dan dibaca dari kanan ke kiri ia akan kelihatan seperti ZIOZ. Di dalam kod ini, huruf Z yang terakhir boleh diputar melawan arah jam menjadi huruf N. Dengan ini terbongkarlah dalang di sebalik Olimpik London 2012 atau Olimpik London ZION.

2012 = ZOIZ = ZIOZ =ZION

Zion sebagaimana yang kita tahu adalah sebuah bukit di Jerusalem, yang diidamkan oleh Yahudi untuk membina Haikal Sulaiman bagi membina tapak kezahiran Dajjal laknatullah atau Mosyaikh mereka ke dunia bagi menguasai dunia. 




Semoga ALLAH SWT melindungi kita semua dengan berkat bulan Ramadhan ini.

Waallahu 'allam.




SATU KEBETULAN ATAU KONSPIRASI????


Mengaku ....

Next,




Ayat yang seringkali kita dengar dari orang yang mengaku Islam di dalam dirinya:

1. "Hati kami baik walaupun kami tak tutup aurat."
2. "Orang yg solat belum tentu baik."
3. "Orang berpuasa belum tentu sembahyang."
4. "Wanita yg tutup aurat belum tentu baik."

Jawapannya adalah:

1. Adakah hati itu baik dan sihat jika melanggar perintah Allah s.w.t?
2. Orang yg baik tentu akan solat.
3. Orang yg solat sudah tentu berpuasa.
4. Wanita yg baik sudah tentu tutup aurat.



*copy je..dari Fb..:D


Sebenarnya mudOh je nk jawab nye..jadi, tak yah buat payOh..




Assalamualaikum...




-_________-..
(ngantuk daaa)



Pelajaran dari puasa

Next,



Sebenarnya banyak perkara yang ingin Allah tunjukkan kepada kita yang kerdil ini dalam amalan berpuasa.


Antara hikmah tersirat yang terpenting  dalam menahan dahaga, lapar dan nafsu ilah minda kita kurang melayang ketika berpuasa kerana dahaga, lapar dan nafsu.


Oleh kerana itu, emosi kita lebih tenang, kerana minda tiada masa untuk bersangka buruk, memikirkan perkara-perkara yang lepas, membayangkan masa depan yang menakutkan kita kerana sibuk menahan dahaga, lapar dan nafsu secara tidak sedar dan sedar

Ketika berpuasa, kita sentiasa hidup dalam "masa kini" . yang lepas tidak dikisahkan, yang akan datang tidak sempat difikirkan. Ketika  pagi tidak terfikir petang, ketika petang tidak terfikir pagio. Dan masa inilah juga manusia lebih mudah mencapai ketenangan dan terasa diri kurang membazir masa .


Pada pandangan ana, itulah antara perkara tersirat yang dilatih pada diri kita oleh Allah kitika berpuasa.


Sekadar renungan, berapa ramaikah antara kita yang belajar dan juga membawa perkara tersirat yang dipelajari  setiap bulan ramadhan dalam kehidupan seharian? Senyum selalu..

(dipetikd ari buku Motivasi:SENYUMLAH, Tuan Ibrahim Tuan Man)


*Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari tahun sebelumnya..




Mari sama-sama kita meningkatkan amalan di bulan yg mulia ini.










JANGAN LEPASKAN PELUANG INI !!!


Assalamualaikum..

SAHABAT SEJATI

ASSALAMUALAIKUM...

Alhamdulilah, bekesempatan untuk update blog...:D

Post kali nie, salin kt satu majalah je...





SU!!Dah lama aku melupakanmu. Tak macam dulu-dulu.Contohnya tadi - Aku betul-betul lupa, Su. Pagi tadi, aku bangun lewat. Hampir-hampir pukul tujuh. Kelam kabut aku bersiap untuk ke kelas. Mana tidaknya malam tadi tak tidur semalaman.konon-konon nak study la, SPM. Dalam bilik prep, banyak borak kosong dari study. Minta maaf Su, aku bukannya tak nak jumpa kau, tapi kau faham-faham jelah keadaan aku.


 Bukannya kau sorang je aku lama tak jumpa,Su. Zu pun aku tak jenguk. Kesian Zu. Sorry bebanyak le Zu. Aku sekarang lambat balik kelas, pukul tiga, itu pun kalau tak de kelas petang. Kalau ade kelas petang harus aku terpele ot. Balik je terasa lapar. Almaklumlah awal puasa ni. Apa lagi, terasa amat letih tidur je la. Kadang-kadang sekejap, tapi biasanya lama. Aku tahu,Zu. Dulu aku rajin jumpa kau time-time ni, tapi sekarang aku pun tak tahu kenapa aku tak dapat jumpa kau. Aku takde masa,Zu.


     As, kau sorang lagi kawan rapat aku dulu. Nampak aku macam dah mengabaikan kau je sekarang.Aku sibuk As.Petang-petang pergi library atau bilik prep. Dalam bilik tu buku bukan main banyak lagi dibawa, last-last berborak-borak dengan member, tapi biasanya mengumpat, pasal cikgu itulah  inilah   dan macm-macm lagi. Bila kekawan tiada untuk berborak mulalah mata terasa berat, nak buat mana  layan jelah.


     Mag pun aku dah ingat-ingat lupa. Agaknya sebab kau ganjil kot. Yang lain tak ganjil macam kau. Macam mana aku nak jumpa kau,Mag. Sekarang nie SPM dah nak sampai , aku tengah sibuk mengulangkaji, nak cover topik-topik yang banyak aku tak masuk kelas. Yelah dulu, banyak masa nak buat semua tu tapi, tangguh-tangguh, nilah akibatnya. Tak dapat berkawan dengan kau semua orang. Aku mesti belajar bersungguh-sungguh. Kalau aku gagal nanti, mana aku nak letak muka aku kat mak dan ayah aku. Semua orang menaruh harapan pada aku!!!


     Selalunya balik dari riadah petang aku tak terus mandi. Mana boleh mandi masa berpeluh, panau nanti. Agak-agak penat dah hilang baru aku mandi. Lepas mandi member-member ajak aku keluar makan  lepak la  main snuker la, dan macam lagi. Aku tau ada temujanji dengan Is malam nie pukul 8. Tapi member-member aku dah tunggu. Kalau aku tak pergi, nanti dorang kata aku sombong la  macam-macam lagi. Tu yang tak boleh tahan tu. Dah lepas tu kiteorang buat aktiviti, sembang la pulak. Lepas satu topik, 1 topik keluar. Balik lewat malam, lepas tu layan pulak VCD  Hindustan dengan member-member       Is sorry





    Last-last semue aku tinggalkan. Tu la pasal   dah tengah puasa ni pun buat hal lagi. Kawan-kawan semua, untuk pengetahuan korang, nama sebenar kawan-kawan aku tu Su, Zu, As, Mag dan Is masing-masing ialah Subuh, Zuhur, Asar, Magrib dan Isyak. Korang janganlah jadi macam aku . jagalah mereka dengan sepenuh jiwa dan raga. Mereka adalah KAWAN yang sebenarnya yang menjadi bekalan kita semasa menghadapi peperiksaan SPM, atau yang amat penting sekali, kita di akhirat kelak.


Wallahualam...


penat tak bace..??


*SEMOGA BERMANAFAAT...

okeh..


Assalamualaikum.......





Kau suke?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...