Wednesday 30 July 2014

Teruskan menulis...

{Bismillah...}

Assalamualaikum semua....

Rasanya lama dah tak update ni...dekat setahun kot...lama dah jari ni tak 'menari-nari' kat keyboard ni... katenye
Disebabkan dah lama tak tulis...jadi idea pun dah tak de..so, untuk 'first' post bagi tahun ni....ana copy je la...ermm...(macam bese)... :)

Insya-Allah, bermanfaat...

Kadang-kadang melalui apa yang kita tulis pun orang lain dah mampu baca diri kita ini bagaimana. Kurangkanlah menulis benda-benda yang tak sepatutnya kita tulis terutama apa-apa yang kita rasa atau sangka. Sesungguhnya sangka-sangka itu adalah permainan syaitan.
Selagi mana kita rasa sesuatu itu baik untuk islam, tulislah. Jika sekadar mahu meluahkan rasa menyampah, meluat atau apa sahaja yang negatif, lebih baik berhenti dari berbuat demikian kerana ia menggambarkan diri kita bagaimana.
Jika tak mampu untuk malu dengan manusia, malulah dengan Allah. Sesungguhnya, jari ini milik Allah. Maka gunakanlah ia untuk menaip sesuatu yang boleh mendekatkan kita dengan Allah. Bukan menjauhkan lagi kita dengan Allah.
Dan hati ini juga milik Allah. Gunakanlah untuk menyayangi kerana Allah. Sayangilah, kasihilah, cintailah, rinduilah suamimu kerana Allah. Eh!
Selamat malam. Moga redha dan kasih Allah menjadi milik kita.
Nadia Thaherah Ezlan
3 syawal 1435
tinta-srikandi233.blogspot.com

saham akhirat

Tambahan ....

kita tak tahu kan?

tu je..setakat ni,,..
assalamualaikum,.,.

Kau suke?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...