Friday, 6 April 2012

Terperangkap..

Assalamualaikum..


*Ruginye x dapt pergi tengok tayangan BADIB...erm..
Dah  'siap' da..last2 minit, ayah ngantuk sangt..da x de orang nk anto..ermm..
Ape yg berlaku...mesti ade hikmahnye..

Post yg nie cite pasl siang tadi la...pengalaman yg 'mencuakan' n mendebarkan je.~

koi cube nk buat CERPEN pasl tajuk nie.....jadi x jadi len cite...

"Hari ni ayah balik lambat sikit,ada kerja nak diselesaikan di pejabat,ayah hantar Yaya keperpustakaan dulu ya"terdengar suara Encik Roslan.


Yaya hanya mampu mengangguk setuju.Dia faham dengan tugas-tugas ayahnya.Walaupun masih kepenatan disebabkan menghadiri kelas Komputer.Sudah menjadi kebiasaan,setiap dua minggu dalam sebulan Yaya akan menghadiri kelas komputer yang diwajipkan kepada semua pelajar Tingkatan 1 dan 2.Kelas komputer ini memisahkan pelajar lelaki dan pelajar perempuan.Kelas komputer bagi pelajar perempuan berakhir pada pukul 1.35petang dan pada pukul 2.00 petang kelas komputer bagi pelajar lelaki akan dimulakan sehingga pukul 4.00.

Kereta melunjur laju sehinggalah tiba di Perpustakaan Temerloh.Perpustakaan Temerloh ini banyak menyimpan 1001 kenangan.Pada darjah lima dahulu,selalunya ayahnya akan membawanya ke sini sementara menunggu kakak dan abangnya yang bersekolah menengah. Lazimnya,waktu balik sekolah rendah dan menengah sememangnya berbeza.Disebabkan itulah, Yaya dan adiknya,Hadi menjadikan perpustakaan ini sebagai rumah kedua.


Sewaktu ingin turun dari kereta,Encik Roslan sempat bersuara"dalam pukul 5.00 atau 5.30 petang nanti ayah datang jemput,banyak kerja tidak diselesaikan lagi ni"..


"Ayah,Yaya rasa perpustakaan ini tutup pukul 5.00 petang, harap ayah boleh datang jemput lebih awal.".Yaya pun terus turun dari kereta dan memasuki perpustakaan itu buat kali petama bagi tahun ini.Kini kakak dan abangnya sudah pun tamat pengajian di sekolah menengah.Perpustakaan ini pun sudah tidak dikunjungi lagi."nampaknya banyak sudah perubahan dalam perpustakaan ini' detik hati Yaya.

Selepas meletakkan beg di ruang yang disediakan,Yaya mengambil buku latihan KHB yang mana kerja sekolah yg perlu disiapkan berserta buku teks KHB sebagai rujukan.Sememangnya buku teks amat diperlukan untuk menjawab soalan-soalan disebabkan permahaman terhadap subjek KHB agak 'cetek'.
Lalu dia menuju ke ruang DEWASA.Perpustakaan ini telah membahagikan dua ruang iaitu kanak-kanak dan dewasa.


Kelihatan beberapa orang juga sedang kusyuk membaca buku dan ada juga yang berbincang bersama kawan-kawan mereka.Kakinya terus meluru ke satu meja yang dikhaskan untuk belajar secara sendirian.Setelah meletakkan buku ke atas meja, Yaya memulakan latihan yang diberi oleh cikgu Zainal Abidin di sekolah tadi.Cikgu Zainal Abidin cikgu yang mengajar matapelajaran KHB.
Walaubagaimanapun,Yaya kurang berminat dengan matapelajaran KHB,tambahan markah peperiksaan penggal pertama matapelajaran KHB hanya 'cukup-cukup makan' sahaja.Tetapi Yaya amat bersyukur kerana markah KHB lulus sepertimana yang diharapkan walaupun tidak membuat persediaan untuk menjawab soalan.

Satu persatu buku teks diselaknya untuk mencari jawapan nagi soalan yang terdapat dalam buku latihan tersebut.Walaupun buku teks sudah menyediakan meklumat yang selengkapnya,tetapi dia tetap ingin mengambil buku rujukan sebagai bahan tambahan mana tahu dapat menambahkan kemahiran menguasai subjek KHB ini.Lagipun,perpustakaan ini semestinya menyediakan pelbagai jenis buku rujukan.


Setelah berkenan dengan salah satu buku disitu,dia mengambil buku KHB PMR 1,2,3.Yaya kembali ke tempat duduknya tadi.Dia membaca buku rujukan KHB yang diambilnya tadi.Kerja sekolahnya terpaksa ditangguhkan.Dalam beberapa minit,Yaya menutup buku KHB tersebut.Dia berasa agak penat.Otaknya telah memberikan isyarat untuk tidur.


Buku Latihan,buku teks dan buku latihantadi diletakkan di sisi meja.Kepenatan ini tidak mampu sudah ditahannya.Dia pun tertidur di meja itu.


Setelah agak lama tertidur,dia tersedar dan mendapati semakin sedikit orang yang berada disitu.Makmal Komputer yg disediakan pun sudah ditutup bermakna jam sudah melebihi pukul 4.30 petang.Dia pun meletakkan kembali buku rujukan KHB di tempatnya.Setelah itu, bergerk keluar dari ruang dewasa itu bersama dengan buku-buku yang dibawanya tadi.

"Sebaiknya aku solat Asar dulu,rasanye Asar da masuk".Yaya mengatur langkah menuju ke tempat solat yang mana berada di bahagian bangunan bawah.Bahagian bawah bagunan menempatkan surau dan tandas.
Surau disini mempunyai pendingin udara sepertimana yg ada di dalam perpustakaan ini.Selepas mengambil wudhuk, dia memulakan Solat Asar.


Apa yang dirisaukan ialah dikunci dari dalam.Pernah sekali sewaktu darjah lima dahulu, dia dikunci dari dalam oleh staf ,staf itu ingtkan sudah tiada orang di bawah,tetapi waktu itu ayahnya berada di dalam perpustakaan itu juga,nasib menyebelahinya kerana ayahnya perasan bahawa dia tiada di halaman utama perpustakaan tersebut dan teringat menyuruh staf tersebut membuka pintu yg dikunci.


Selesai solat Asar,dia agak terburu-buru kerana tidak mahu apa yang dirisaukannya menjadi kenyataan.Tetapi,takdir telah menentukan bahawa dia telah TERPERANGKAP di dalam perpustakaan itu.Pintu keluar kelihatan dikunci rapat.Apa yang harus dilakukannya??..

Sebagai seorang yang baru meningkat dewasa,dia sudah pasti berasa panik apabila berada dalam situasi bergini.Hanya doa sahaja yang mampu dipanjatkan."Ya Allah,Ya Allah, Ya Allah...tolonglah hambaMu ini."
Yaya mencuba untuk membuka pintu tersebut,dia menyedari usahanya untuk membuka pintu itu hanya sia-sia kerana telah dikunci.Tetapi apa salahnya dia berusaha.Apabila pintu itu digegarkan kelihatan ruang dalam perpustakaan itu sudah gelap,menandakan sudah tiada orang di dalam perpustakaan.Keadaan ini semakin mencemaskan dirinya.


Dia perlu berusaha dengan cara yang lain.Dia turun semula tangga perpustakaan mana tahu ada pintu yang tidak berkunci,tetapi nasib masih belum menyebelahinya kerana pintu semua diamangga dan dikunci,tingkap pula suda dilindungi dengan gril.Walaupun terbit rasa marah terhadap staf yang bertugas itu, macam manalah boleh tidak perasan aku ada lagi kat dalam ni?Dia masih perlu mencari jalan yang lain,Jikau tidaktidak kan dia kene tidur disini sorang-sorang,dah la dekat sini agak sunyi dan seram.Beg sekolah Yaya masih berada di dalam perpustakaan.


Yaya menaiki tangga naik keatas,kelihatan ada tingkap yang boleh dibuka ."Alhamdulilah"hati dalaman Yaya bersuara.Malangnya,tingkap disitu agak tinggi,dan perlu untuk membuat 'terjunan maut'.,"Tinggi juga ya.."..apabila melihat kebawah rasa takut pun ada.dia berulang-alik, naik tangga turun tangga..macam kucing kepanasan da.


Melihat jam ditangan 5.20 petang, rasa gementar dan risau bercampur-baur ..seperti mak beruang hilang anak.Teringat ayahnya yang akan datang jemput dan beg sekolahnya yang masih terdapat di dalam perpustakaan itu.Yaya membuat keputusan muktamad untuk menyelamatkan diri.Walaupun kain sekolah masih dipakainya.

Akhir sekali,Yaya terpaksa mengambil keputusan untuk terjun saja bangunan itu melalui tingkap yang boleh dibuka tadi, memandangkan hanya itu satu-satunya cara untuk keluar dari perpustakaan itu.Mula-mula sekali ,dia membuka tingkap itu seluas-luasnya supaya badannya muat untuk terjun.Dengan lafaz Bismillahirahmanirahim..gaya Yaya terjun tidak ubah seperti Saiful Apek dalam filem CICAKMAN.Rupanya tidak rugi dian menonton filem itu,kerana waktu bergini dapat dia mempraktikkannya.Dia terpaksa melakukan secara perlahan-lahan kerana tingka agak tinggi dan 'berantingkan' betuk-bentuk tingkap itulah,sekiranya dia 'terjun terus',tidak pasal-pasal kena tahan hospital kerana tidak mustahil boleh patah kaki.


"Alhamduilah".ucap Yaya selepas selesai menghadapi saat-saat cemas.Tiada kecerderaan yang dialaminya,cuma baju sekolahnya agak kotar sedikit.Dia bersyukur kerana telah melepasi 'perangkap'.
Dia terus menuju ke pintu pagar utama,tidak lama kemudian ayahnya pun sampai.

"Yaya pergi mana?,puas ayah tunggu tadi.."nada suara Encik Roslan agak tinggi sedikit menunjuk kemarahannya.


Yaya hanya membatukan diri,tidak berkata apa-apa.Muka ayahnya pun tidak berani dilihatnya.Sudah pasti 'mood' ayahnya kurang baik kerana telah lama menunggunya.


"Tadi,Staf tu cakap Yaya da keluar..pergi mana nie?"suaranya ayahnya kembali normal.
"Haik!masa bila pula aku keluar,dari tadi punyalah duduk dalm perpustakaan"monolog Yaya sendirian.

Melihat keadaan Yaya yang dari tadi asyik diam saja..Encik Roslan pun diam sebentar,memberikan ruang untuk anaknya memberi penjelasan.


Yaya pun menceritakan apa yang berlaku kepada ayahnya dengan suara yang agak sedih.Encik Roslan pun mendengar semua cerita anaknya, dia pun tidak tahu hendak berbuat apa-apa lagi.

~TAMAT

Nak tau nie la perpustakaan Temerloh..Tobat koi x nk gi da!!..huh!

*Nie gambo lame la~.


Sebenarnya, peristiwa ini baru je koi alami...tapi koi citekn dengan ayat yg agak skema..
Sebab koi nk try buat cerpen je..agak-agak jadi dok?

Yaya=Muna sebenarnye...
*sori la Yaya,koi gune name aok..sebab x de name len da nk buat..x pe..glamour gek aok nanti..hehe..:P

Alhamdulilamdulilah...First time tulis CERPEN nie,hehe..ayat memang x boleh bla..haha..dah jadi satu nie..macm semangat plok da buat yg lain plok..hehe..^_^..
Koi buat berdasarkan pengalaman koi,name orang lain..hehe>..<..:D


Ok..puas la mak koi kejut bangun solat Subuh nanti,da tido lambt sangt sape sruh..
Assalamualaikum...
(ngantuk suda)..
*__*

No comments:

Post a Comment

Kau suke?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...