Wednesday 23 October 2013

Tahniah BRUNEI, Malaysia bila lagi?

{Bismillah...}

Alhamdulilah, baru dengar berita yg sangat mengembirakan kita semua bahawa dengan ini Malaysia akan menguatkuasa HukUm Hudud iaitu hukum yg telah termaktub dalam al-Quran. Eh, silap taip la ...Bukan Malayisa la ! tapi BRUNEI...

TAHNIAH !



"Dengan izin Allah juga, Akta Perintah itu mula digazetkan hari ini, 22 haribulan Oktober 2013, dan akan mula berkuat kuasa enam bulan selepasnya secara berfasa.

“Dengan ini Alhamdulillah, pada peringkat ini tanggung jawab kita di hadapan Allah telah pun tertunai,” titah Sultan Hassanal Bolkiah.



~Nampaknya awak smua kecewa disitu,sebenarnya saya pun bergitu (sebagai rakyat Malaysia la) .. ..SEDIH ~  huhu, takpa sabar-sabar~, sabar itu indah kan ?

Saye pun tak tahu kenapa, apa masalah nye yg payah sangt 'Kera jaan' kita nak laksanakan HUkum HudUd seperti Brunei... Nak diikutkan sama-sama pemimpim negara sudah beragam Islam ! *marOh la

Dari artikel yg pernah saya baca, ada ustaz (tak ingat dah sapa) mengatakann kita sentiasa DIZALIMI OLEH KERa JAAN tanpa sedar ataupun tak kerana kita tidak dapat  menjalankan Islam itu secara keseluruhannya dalam kehidupan kita iaitu tidak meletakkan hukum Allah itu ditempatnya (dilaksanakan).


*HUKum Allah yg sepatutnya menajdi perundanngan negara, bukan HukuM manusia !


Kita sebenarnnya  DIZALIMI dan mungkin juga MENZALIMI orang yg bersalah walaupun dia orang disabit kesalahan tapi dia tetap manusia ! 
Oleh itu apa tindakan kita ? Berdiam diri? Redha ja? Asalkan keluarga kita bahagia, biarlah nak jadi apa dengan negara?

Kehidpuan kita sebagai seorang muslim semestinya perlu mengambil Islam itu secara syumul (keseluruhan) 
Tak silap sayalah ,ada ayat al-quran yg memerintahkan kita melakukan demikian.tapi,tak ingt dah surah ape... ermm..

".....Masuklah kedalam Islam itu secara keseluruhannya, janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan...."

Kita sepatutunya memgamalkan Islam itu dalam kehidupan kita seharian dari segi kekeluargaan, politik , ekonomi, sosial,  perundangan dan sebagainya dan  memastikan semuanya berlandaskan ajaran al-quran dan assunnah.

INGAT!

Jangan..

KIta ambil agama ISLAM  sebahagian-sebahgian sahaja. Ambil yg kita suka, Abaikan apa yg kita tak suka. Contohnya: zakat, haji kita ikut cara Islam kononnya itu menunjukkan Malaysia sebuah negara Islam, tapi bagaimana pula dengan perundangan negara ? kenapa masih tidak melaksanakan perintah Allah? kenapa  susah sangat memenuhi suruhan Allah? Ini tidak lain selain faktor tidak paham Islam itu sendiri , faktor takut diri sendiri dihukum juga mungkin la. Sedangkan kita sedia maklum didalam al-quran al-karem itu sendiri banyak menyentuh tentang hukum Allah @hukum hudud, Hukum Qisas dan sebagainya.

dan
Jangan ...

Kita menyempitkan pemikiran (JUMUD). Janganlah Kita anggap Islam itu hanya pada Masjid, ustaz ustazah, sekolah agama,pakai serban kopiah,tudung labuh ,solat ,puasa, zakat, haji , pelajar lepasan universiti Al-Azhar sahaja.
Jikalau begitu, kita boleh digelar sebagai seorang yg SEKULAR ! Tau ke sekular tu ape?..harap2 tau la..  Takpe, tak sanggup pulak tak bagi tau maksud sekular tu ape kan...Sekular tu macm kucing yg bergerak-gerak, eh2 bukan...SEKULAR ITU BERMAKSUD MEMISAHKAN AGAMA DALAM KEHIDUPAN !. Misalnya, memisahkan agama Islam dengan politik(pemerintahan)...



Jikalau begitu yg menjadi persoalan kita ialah adakah negara kita 'releven' dilabelkan sebagai  negara Islam sedangkan Islam itu belum dilaksanakan secara keseluruhannya dalam negara lagi-lagi aspek perundagan? adakah cukup dengan mahkamah syariah? adakah cukup dengan masjid-masjid yg dibina megah ? adakah cukup dengan sistem yg teratur untuk zakat dan haji ? adakah cukup dengan sekolah-sekolah agama? adakah cukup dengan Universiti Islam Antarabangsa ?

Sudah cukupkah Islam hanya setakat itu ?

Ada pernah dengar seorang ustaz cakap,Ustaz Abi* cakap name pon bukn kenal kan..lalala :
Negara kita digelar negara Islam kerana majoriti rakyatnya beragama Islam sahaja. Kalau nak ikutkan dari segi Islam, negara Islam itu negara yg berpegang teguh dengan ajaran Islam(al-quran assunnah menjadi sumber perundangan),undang-udang juga undang-undang Islam, sistem negara pun berlandaskan syariat Islam...Itu barulah digelar NEGARA ISLAM !

Bukan kita tidak bersyukur dan hendak menafiakn usaha kearah negara Islam, tapi benda-benda seperti ini boleh dilaksanakan dengan cukup baik, cukup teliti  dan kenapa susah sangt nak ikut undang-undang Islam?

Yang sedihnya negara kita yg sudah diiktiraf sebuah negara MERDEKA lagi BERDAULAT lebih setengah abad, kenapa sampai sekarang masih mengekalkan undang-undang penjajah(Lord Reid)? Masih takutkah  dengan penjajah ? Tak takut pula dengan Allah?

Kesannya kita tengoklah sendiri dengan mata kepala....
Buka luas pandangan, 
Pandanglah segala kerosakkan nyata,
Insafilah apa 'kecuaian' yg kita telah lakukan,
Renungilah apa dah jadi dengan negara kita.


Tidak dinafikan sekarang ini sungguh PARAH ! masalah sosial semakin berleluasa , rasuah menjadi-jadi, penjenayah bermaharajalela! Adakah Negara kita masih 'aman'?
Inilah dikatakan Allah telah memberikan PERINGATAN untuk kita untuk kembali kepada Dia, kembali kepada peraturan yg ditetapkan-Nya  ! Tapi Manusia masih angkuh! Tak sedar diri !

Mari kita dengar apa yg dikatakan oleh Ustaz Azhar Idrus (UAI) ni
Meh tengok ni..



Siapa kita nak menentang Hukum Allah? Siapa kita nak perlekehkan Hukum Al-quran? 

-Kita hanya hamba Dia je kot...diulangi HAMBA !


Apa pula kata pemimpin-pemimpin kita tentang InI..~



Kenapa dan kenapa itu lah sampai sekarang menjadi persoalan saya....
*sunyi tiada jawapan..

*Alhamdulilah.. tetibe je semangat nak tulis bab nii....dah lame dah geram nk tulis sebenarnye, tapi idea tak de waktu tu ....

*Ermm..panjang lah pulak...
*Harap sudi membaca,kalau ade salh, tegur lah ~...

Dalam hati ini masih mengharapkan sesuatu iaitu : 
- Melayisia melaksanakan undang-undang Islam satu realiti!

Assalamualaikum....^_^

No comments:

Post a Comment

Kau suke?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...