Saturday, 27 July 2019

Coretan siri 3 (Ceritanya...)

Assalamualaikum,

Coretan seterusnya,


Ceritanya...
Dia pengayuh gerabak Dakwah,


Ceritanya...
Dia pendodoi jiwa haus Tarbiah,



Ceritanya...
Dia perjuangkan hak Pemilik dirinya,
Hari-hari dia bermatian menjaga prinsip perjuangan
Sosok itu, selalu cuba menutup hatinya dengan ketenangan
Cuba teguh menjadi qudwah
Tidak putus asa mengajar dirinya mengejar abadi Tuhan



Jiwa-Jiwa lain...
Sentiasa dekat walau bukan sekaki jaraknya
Kerana cintanya kepada Ukhwah ini tak pernah dirasa meraka jauh
Bersatu dalam balasan bedilan doa!
Rasa-rasa dia selalu tenang

Berjemaah ini bagai bangunan kukuh
Jitu selalu mahu dilihat...

Maka dia pun sentiasa mengukir senyuman
Pembina ruh kepada semua,
Sakit!!! Perit !!! Yang menyergah dia cuba benteng dengan kehambaan



Muncul ujian sebesar mana
Makin kuat pergantungannya kepada tempat kembalinya
Ya, sore-sore yang mengatakan yang indah-indah

Dia jatuh juga ada masanya

Rasa lumpuh kerana kecewa dikhianati .
Pernah juga dia memilih diam ketika difitnah bertubi- tubi
Sampai satu ketikanya dia mahu berhenti


Buka dengan makna
Sedar kembali perjuangan ini bukan untuk dunia
 Kerana Allah tidak buta

Nafsu jangn didik
Lama-lama tinggalkan perjuangan seorang khalifah

Kerana perjuangan daie itu benar-benar bukan mainan
Dia bangun terus untuk menusuk tajam tohor Jahiliah
Dia susun kembali rentak bersuara kelantangan
Agar yang lain diajak sama merasai
Indahnya perpaduan ummah



Hati-hati kusam karat
Harapan untuk tanpa cantas dijalan ini tak pernah terkubur
Kerana pengakhirannya kelam atau tidak itu
Mencabar dia untuk kuat dan payah



Cuba dan cuba
Lari dan lari
Moga Allah tidak mahu lepaskannya
Pergi dari kasih sayang-Nya

Dan moga-moga dakapan hangat Tuhan itu,
Selalu menjaga setiap langkahnya
Bersama-sama kepimpinan lainnya juga
Bersama setiap butir bicara
Dan setiap titipan jari mencoret murni....



SELALU ADA KEMUDAHAN
Selalu ada!!




Coretan Siri 2 ( KUAT)

Asslaumalaikum,

Untuk Coretan seterusnya...



Semestinya kau harus kuat,
Hari ini dan esok, mungkin selamanya
Kita telah dipilih Tuhan membela agama


Ya, kita mudah tersungkur jatuh
Sakit, lelah yang lama, sukar diubati
Perasaan hati bersilih ganti
Tapi teman, kenapa harus mengalah?


Ujian bukannya bebanan
Ujian bukannya kesusahan


Malah, tidak sempurna hidup
Tanpa dugaan dan cabaran
Indah hidup pada warnanya


Gagahkan diri
Kuatkan hati
Teguhkan iman
Mantapkan ilmu
Kobarkan semangat



Andai kau jatuh,
Kau masih tidak kalah, 
Kau bukan lemah, 
Kau belum masa mundur


Carilah kebaikan
Carilah ketenangan
Carilah kekuatan
Kutip satu satu pengalaman dari setiap jejak


Agar kau tahu perjalanan hidup ini 
Setiap detiknya
Ada makna agung rahsia Dia

Wallahu'alam.


Coretan Siri 1 (Duhai Sahabat)

Assalam, nak share coretan yang pernah dibuat, adalah sikit2...


Duhai sahabat,
Sedarkah kita bahawa perjuangan ini,


Tidak dihamparkan kesenangan,
Tidak dijanjikan keselesaan,
Tidak dihidangkan keinginan,
Tidak disediakan kemudahan




Malah sahabatku,
Tanpa kita sedari atau sedar,

Kita ditekan seluruh penjuru,
Kita diancam musuh yang cemburu,
Kita dipaksa berkorban selagi mampu,
Kita dilatih sabar dengan dugaan ini dan itu, .



Untuk apa wahai sahabat?

Demi kelangsungan sebuah perjuangan ,
Demi kesucian agama dicinta,
Demi keredhaan Allah ya Rahman,
Demi matlamat kita ke syurga-Nya.


Perjuangan ini perit ,
Kerana syurga itu tempat berehat,
Hidup bagaikan sesaat ,
Penuhilah ia dengan taat.



🙌Bertahanlah wahai sahabat

Wallahu'alam.



Friday, 18 January 2019

Setahun telah berlalu

Bismillah,

Assalamualaikum semua( acah ramai yg bace)

Insya-Allah hari ni nak buat satu coretan yang tak bertajuk...

First post tahun ni, berasa agak janggal nak tulis, sebb lama sangat tak buat karangan selepas exam SPM 2015.


Setahun terasa sangat pantas berlalu
hariku semakin menuju usia menua
ya,  umur sudah menginjak 21

Semakin hidup lama
Semakin banyak tangunggjuawab
Semakin hebat cabaran
Semakin larut dengan dosa
Semakin terzahir kekeliruan hidup

Masih mengharap keredhaan-Nya dalam setiap langkah kaki
Masih mengimpikan keampunan bagi setiap kekhilafan diri
Masih mencita-citakan kemaafan dari sekalian manusia yang telah disakiti
Masih mencari-cari kekuatan dalam setiap ujian dari Rabbi
Masih mencuba melakukan kebaikan secara istiqamah sehingga Jannah yang hakiki

.
.

(2019)
Agar lebih bahagia
Agar lebih damai
Agar lebih tenang
Agar lebih positif
Agar lebih baik
Agar lebih istiqamah

Semakin miningkat usia, semakin dekat dengan kematian...
agar Dia ampuni segala kesalahan dan kesilapan sepanjang nafas ini dihela.

untuk renungan bersama~


Assalmaualikum...

Kesian

{Bismillah..}

Alhamdulilah, Alhamdulilah, Alhamdulilah.

Hari ana tertarik untuk berkongsi cerita mengenai....

Hari ini ana pergi ke kelas tuisyen seperti biasa mengikut jadaul yang telah ditetapkan.

Orang yang sama, melakukan kesalahan yang sama pada setiap kali kelas tuisyen

KESIAN.

Ana perhatikan, orang yang tak paham konsep aurat yang sebenarnnya terlalu RAMAI.

KEISIAN.

Adakah cukup memakai tudung itu sudah dikira menututup aurat ?

Sedangkan,

-tudung jarang > nampak leher
-seluar & baju ketat > nampak 'macam2 bentuk'
.
.
Moga disapa hidayah, Allah sangat menyayangi hamba-Nya

#post ini yang bru dikeluarkan dari draf(semestinya dah lama)

Pesanan Walid : Istiqamah

Bismillah
-Allah pelihara kita kerana Allah sayang kita.

- Hargai kasih sayang dari Allah
Istiqamah 
{ Fussilat : 30}
{ Al-annam :153}
*Istilah
1) agama yg lurus dan tidak menyimpang
2) Buat semua Allah suruh
3) Meninggalkan apa yg dilarang
#tips bangun tidur
1) Baca doa
2) Basuh tangan
3) Ambil wuduk
4) Masukkan air dalam hidung
5) Berkumur
*Istiqamah Perkara-perkara kecil dulu.
√Kelebihan selawat kepada Nabi
¤Allah Ampunkan dosa kita
¤ Allah makbulkan doa yang kita tak sebut
¥Kisah abid yg jahil vs alim dengan pembunuh 100 orang
~Allah Maha Pengampun
~Allah Maha Penerima Taubat



#post ini yang bru dikeluarkan dari draf(semestinya dah lama)

Saturday, 30 June 2018

Tulislah

Bismillah,

Alhamdulilah, semangat untuk kembali menulis sudah kembali. Series, susah nak buat balik apayang kita dah lame tinggal. biasalah buzy kan, memang lama gila x update blog, kalau bayi tu dh masuk sekolah rendah rasanya, betapa lamanya kan..


Kita kita fikir balik lah,
Bila dah malas nak buat sesuatu kita kan fikir seribu satu alasan 
untuk tak nak buat kan.
Buzy tu bukan alasan yang boleh diterima sangat .
Memang takda orang kat dunia ni yang tak buzy langsung
Semua orang akan sibuk dengan apa dia rasa penting 

Bila kita fikir nak buat sesuatu,
secara langsung kita akan jadi rajin nak buat walaupun dengan apa cara sekalipun kita cuba nak buat
.
Insya-Allah, sikit2 lama lama jadi bukit, kalau tak buat sekarang, perkara tu takkan setel.
So, macam penulisan lah, walaupun kita memang takde idea langsung, cuba tulis jugak, walaupun satu perkataan,dari perkataan jadi perenggan, dari perenggan jadi ranggap, dari ranggap jadi karangan. hah..kan dh berjaya.

Memang dulu, tak buzy macam sekarang, makin banyak benda kena buat dan fikir.Takpe, bila kita ada azam nak buat, dan cuba untuk buat, perkara tu akan berjaya buat jugak nanti, Insya-Allah.


Tulislah,
Ia boleh menjadi saham di sana
Jika bisa tulisanmu menjadi sesuatu yang membina,
Entah engkau tak tahu betapa ramai manusia
Semakin dahagakan kata-kata
untuk terus menghadapi hari-hari mereka

Tulislah,
Kita tak kan tahu tahap kemampuan sendiri
Masih belum bermula dan asyik menyendiri
Cuba terus bersegera dan menulislah walhal untuk diri
Jangan perkecilkan kebaikan walaupun tidak dipandang tinggi

Tulislah,
Andai kata-katamu mampu membuka mata masyarakat,
Tentang kita sudah ketinggalan dalam segala aspek secara hakikat,
Mereka masih kurang kesedaran untuk maju dalam menuju negara yang berdaulat
Siapalah kalau bukan kita yang bermula dari diri serta keluarga kemudian sekelian rakyat.

Tulislah,
Tanpa perlu mengharapkan apa-apa
Bukan untuk mereka sahaja
Namun, untuk membaiki diri kita

Wallahua'lam.
Sekian
Salam 17 Syawal.


Friday, 6 January 2017

Kuliah petang

5 keadaan hati
✨🌺🌺✨🌺🌺✨ 🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺 🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺 ✨🌺🌺🌺🌺🌺✨ ✨✨🌺🌺🌺✨✨ ✨✨✨🌺✨✨✨

1)hati yg bermusuh(benci, dengki)
2)hati yg bercelaru(bertindk diluar kewarasan
3)hati yg terdedah (masuk unsur negatif) 4)hati yang susah diubati (senang diserang penyakit, susah nak rawat) -bila dah sakit, kena cepat rawat -bila tak rawat, hati jadi mati( tak suka dengar nasihat) @ (Buat dosa tak rasa bersalah)

8jenis penyakit:💊
1.Resah
2.Gelisah
3.lemah
4.malas
5.takut
6.Bakhil
7.Penindasan orang
8.Belenggu Hutang

Cara nak ubati hati:
1- Cinta kepada Allah
2- Takut azab Allah
3- Selalu mendampingi alim ulamak
4- Selalu mengingati Allah dalam apa juga keadaan

-Ciri2 orang yg beriman [Surah Ali Imran :191]

5)Hati yang berbolak balik(mudah berubah) -Doa kepada Allah :
# supaya hati tak cenderung kepada kejahatan
# Allah limpahkan rahmat
# Allah beri ketenangan hati

3 keadaan manusia😯
1) tak boleh diperdaya -para rasul dan nabi😄
2) ibarat bola😈 -mudah diperdaya
3) bermain tarik tali Kejap iblis menang, kejap😥 manusia menang

Kesimpulan📜
¤Kenali hati sendiri ¤Keraguan itu datang dari Syaitan
¤Doa hati tetap dalam agama dan ketaatan kepada Allah
¤Sediakan perisai :zikir@amalan rohani

#sudutan dari buku Tqrbiyah ruhiyah

Wallahua'lam😎

Thursday, 27 October 2016

Ceramah Isu-Isu semasa

Bismilah 😉

Penceramah 1:
YB Ustaz Nasaruddin Tantawi
(YB Temerloh)

€3 Perkara penting:
1)Aqidah
2)Sahsiah
3)Akhlak

#3 elements seimbang
-Tarbiah
*Generasi pelapis
-Dakwah
*Turun jumpa semua orang
-Sahsiah
*Hantar wakil ke parlimen

#Semua perlu bekerjasama buat kerja, bukan bergantung kepada individu tertentu Sahaja 😃

# Serangan musuh pelbagai arah

*ramai orang dah respect PAS
~Budaya Politik Matang  Dan Sejahtera
~Negara bayangan
-7 ciri: antaranya,
#Pertahankan  Prinsip Islam 💪
¥ Jangan taat pada pemimpin yang  pentingkan diri sendiri
•Hadi seperti  pengikut Nabi USA,  Adah Kena blah dengan Gergaji,  Ada yg Kena solat best, Ada Yg Kena Paul dipalang salon.... Kerana mempertahankan  Islam😭

√Mati kerana taat adalah lagi baik daripada hidup dalam maksiat

🎩Sejarah PAS...
Memperjuangkan ISLAM
*Siapa yang keluar dari PAS, sebab rasa berjuang dalam PAS lambat  menang 😔

📡PAS tetap mempertahankan Kerusi yang  pernah bertanding.

#Pertahankan Prinsip, Orang Hormat 😎

Penceramah 2:
Ustazah Hajjah Salamiah Mohd Nor

¤ Sampaikan maklumat kepada masyarakat ¤

¢Muslimat Kena mempersiapkan diri untuk berdakwah

~Bajet 2017

#Bidang pendidikan

*Peruntukkan untuk University dikurangkan sebanyak 19.6%

*Bajet tak adil!
#Bajet urusan pertadbiran ditingkatkan
#Bajet50 juta untuk sekolah cina, sekolah agama tak Ada Bajet😐
-Biarkan rakyat jahil,  supaya dapat kekalkan pemerintahan 😤

¥ Wawasan 2020...
* Lain pemimpin,  lain objektif
*Tak disebutkan dah.

¢Usahakan Tanah Terbiar di Pahang📢
¢Masalah anak Muda Yg leka dengan hukuman📢

😠Jangan tertipu dengan Bajet.

Selagi BN berkuasa,  hak  rakyat  susah nak dipenuhi 😤

#Bila ada kesedaran, Ada tanggungjawab untuk buat  penjelasan. 📢

*Kalau tak Kita siapa lagi? 🙆

√Dekati orang Islam
😮

Kuliah mahgrib

Bismilah 😉

Oleh: Yb Ustaz Nasaruddin

(YB parlimen PAS  Temerloh) 😊

- RUU356 1994
*3 tahun Penjara, 5 Rubi ringgit, 6 Kali sebatan ( maksimum)

#Qazaf
80 Kali  rotan😯

Sokong RUU 355 √
-Menarik taraf  mahkamah syariah 😚

• satu satunya akta  yang  dibincangkan di  seluruh negara 😅

•RUU355 ini, Perkara kecil sahaja,  tak melibatkan hukuman mati

* Hukuman kepada pencuri,murtad Dan bughah ( pemberontakkan kepada negara Islam) tak  dapat dilasanakan kerana melibatkan mahkamah sivil😯

# Sepatutnya ahli agama beri penjelasan supaya orang awam dapat memahami hukuman  Islam ini  secara jelas🎓
Bukan menambahkan lagi kekeliruan🙇

*Orang Bukan Islam tak dipaksa untuk dihukum dengan hukuman Islamhanya  orang Islam Sahaja 🎩

¤Malaysia  tak meletakan Islam secara  perlembagaan, Maka tak perlu ikut pandangan Yg mengatakan hukuman perlu dilasanakan kepada seluruh rakyat  Tanpa mengira  agama, kerana negara Kita hanya meletakan Islam sebagai agama persekutuan,Bukan sebagai Perlembagaan 📜

💣Kalau tak dapat dilaksanakan semua hukuman Dalam Islam,  Jangan  tak Ada usaha nak jalankan langsung 💪

📚Pendakwah
-Kena bersabar 😔
-Kena menerang, Bukan menyerang😎
-Tenang, beri Masa untuk dia paham🙋
-Kita macam doctor, tugasnya  merawat pesakit ,  bukan membenci pesakit👰
-Iktibar dari kisah Nabi dengan orang kafir Yg buta😢
-Jangan terlalu melampau 😤

* Insya-Allah, RUU355 Akan dibahaskan pada akhir sidang  parliament.
Doakan supaya terbuka hati -hati ahli paelimen untuk menyokong pindaan ini. Aamiiin 🙌

Wallahua'lam 😉

Tuesday, 25 October 2016

Pemantapan Ibadan Dan Akhlak

Bismillah 😁

Disampaikan oleh:
PU Izzat

Apa yang nak  dalam  hidup?
√Mendapat redha Allah!
😊

-Perubahan ke Arah kebaikan,
Baik diri jadi lebih baik supaya dapat yang baik 😁
Berubah  kerana Allah -Ikhlas

Barangsiapa yang Hari ini lebih baik Dari semalam maka  dia  di  dalam  kalangan orang  yang beruntung  . Manakala  barangsiapa  yang  Hari ini dia lebih buruk  daripada  semalam maka dia di dalam kalangan orang yang rugi.

Point 1: Agama
1) Solat
-Bagaimana solat Kita?
-Surah Al-Maun -ayat 7
Lalai dalam solat

- Surah Al-Mukminun -ayat 1&2
Khusyuk dalam solat

-Merasakan Allah Ada dalam solat
Kalo jaga Allah, Allah jaga kamu

2)Al-Quran

-Cinta yang paling  indah islam cinta kepada yang Maha Pengasih
*Allah beri banyak nikmat kepada kita
🍸🌹🌹🍸🌹🌹🍸
🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹
🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹
🍸🌹🌹🌹🌹🌹🍸
🍸🍸🌹🌹🌹🍸🍸
🍸🍸🍸🌹🍸🍸🍸
🍸🍸🍸🌹🍸🍸🍸
🍸🎁😊❤☺🎁🍸

#Syarat mati islam hidup
🏃🚄💨💨💨
coming!

* Tak ramai yang Boleh menangis waktu  mintak ampun😢
-sebab hilangnya kemanisan dalam beribadah

-Surah Al-Mukminun -ayat 5-7
~ menjaga kehormatannya/maruah

Perkara kene buat...
1) Selepas Solat, istighfar lepas solat😔
-Bersihkan hati yang kotor

Point 2: Berbudi
Sesama Ibu bapa Dan guru -guru

√Khidmat
-ambil berat
- menghormati
-membantu

*Buat benda yang tak baik,  tak kan seronok

- Telefon  mak  Dan Ayah

Point 3 : Masa
1)Diri
2) Belajar
#jaga Masa ibadah

*bekerjasama buat baik@berjemaah

Falsafah Telur Ayam

Telur Ayam vs Telur Mata
Mana lagi bernilai ?
#Berubah dengan kesedaran diri  sendiri.💪
# Selagi masih hidup,  peluang  berubah  masih  Ada😉

Wallahua'lam 😎

Monday, 4 July 2016

Bagaimana Ramadan mu ?

Bismillah,

Assalamalaikum dan Hi!

Alhamdulilah, masih diberi ruang masa untuk menulis untuk kali..acah2 buzy je.

Pada petang yang berbahagia ini, suka aku share sedikit coretan .

Tajuk : Muhasabah Cinta. Eh, silap, Muhasabah Ramadhan kita . Jom!

Kepergianmu Ramadhan semakin dirasai,
Sedihnya rasa hati,

Aku tak tahu,
Berkesempatan merasai nikmat ini lagi,

Kerna hidup ini tidak dapat diduga.
Samada esok lusa atau bulan seterusnya,
Nyawa ini kembali kepada Rab-Nya.

Ramadhan...
Kenapa aku sentiasa sia-siakan mu?

Ramadhan...
Kenapa kedatanganmu tidak ku sambut ?

Ramadhan...
Kenapa aku menidakkan kelebihan padamu ?

Ramadhan...
Kenapa perkara keduniaan lebih aku pentingkan ?

Ramadhan...
Kenapa aku tidak merasakan kewujudanmu ?

Ramadhan..
Mungkinkah aku dapat lagi bersamamu ?


Aku tahu dan sedar, Ramadhan bulan yang penuh kemulian, kerahmatan, pengampunan dari Allah. Mengapa diri ini masih melakukan perkara-perkara yang lalai dan leka dari mengingati Allah?

Andai ini Ramadan terakhir bagiku..

Adakah Ramadhan ini telah aku lakukan sebaiknya?

Adakah kebaikan yang dilakukan diterima?

Adakah dosa-dosa yang bertimbun diampnkan?

Adakah pahala puasaku dihisab kelak?

Adakah doa- doaku panjatkan penuh perngharapan ?

Adakah solat- solatku penuh kekusyukkan ?

Adakah puasaku dilakukan hanya menahan lapar dan dahaga ?

Persoalan itu jawab sendiri-sendiri lah, muhasab diri kita sama-sama...


Ya, Aku mengharapkan sesuatu yang lebih baik , aku mengimpikan perubahan yang istiqamah dan aku berimpian ingin ke syurga Ilahi.

Ya Allah, terimalah segala-galanya.

Ramdhan bakal peri meninggalkan kita,
Aku boleh jamin mungkin Ramadhan tahun hadapan masih ada,
Tetapi kurisaukan, aku yang tiada pada waktu itu.



Semoga Ramadhan dapat mentarbiah diri kita untuk menghadapi ujian pada 11 bulan yang akan datang.

Tahniah, Anda telah berjaya diterima sebagai graduan  Universiti Ramadhan !

Walllua'lam.
Assalamualaikum~

Wednesday, 4 May 2016

Hijrah

Sekolah yang gah dengan nama di daerah Temerloh itu nun letaknya di atas bukit sudah berpuluh tahun menjadi tumpuan penduduk di sini untuk menjamin generasi yang bertakwa.
Besar sungguh sekolah ini. Ya, bagi menampung kira-kira 1000 orang pelajar. Di celah-celah bangunan sekolah, terdengar suara-suara pelajar yang riuh apabila guru tidak masuk kelas.
Namun, yang lebih menarik perhatiannya ialah suatu perbualan tersebut.

" Betul ke kau nak pindah, Muna " Tanya Najwa.

" Mana pulak kau tau ni, Najwa? " Muna cuba nak mengelak soalan yang ditanya.

" Adalah dengar-dengar orang cakap, orang tanya dia, dia tanya orang balik. Bukan nak jawab soalan" Najwa tidak berpuas hati.

" Bangun semua ! Assalamualaikum, ustazah. Terdengar suara Usamah selaku ketua kelas 4 bukhari memberi salam apabila Ustazah Anis.

Kedatangan ustazah secara tidak langsung menyelamatkan Muna daripada menjawab soalan maut Najwa tadi. Huh, lega.

Kalau boleh, aku nak pindah senyap-senyap je. Tak ramai tahu lagi bagus. Memang ada alasan yang tersendiri untuk berpindah sekolah. Mula-mula memang rasa nak teruskan belajar dekat sini ambik SMA, lepas tu STAM. Macam adat kakak-kakak dan abng-abang aku lah. Tapi, aku rasa memang susah sangat nak hafal 10 subjek ni. Tambahan, ustazah dekat sini ramai yang kuat bagi 'ancaman'.

" Kalau kamu semua tak nak hafal semua ni boleh, tapi satu je kena buat, isilah borang pindah sekolah". Fuh masih tengiang-ngiang lagi kata ustazah tu. Seram betul.

Alhamdulilah, apa yang aku tak sangka ialah ayah aku setuju aku nak pindah sekolah. Yelah, adik-beradik aku yang lain mana lepas nak pindah. Kesian dekat kakak aku yang nak pindah sangat lepas dapat result PMR, tapi, disebabkan tak dapat 9A, dia tak boleh pindah. Padahal lagi 1A je dah penuhi syarat ayah aku. Punyalah payah kan ? Allah lebih tau yang terbaik, kakak aku yang tu dah sampai dekat Jepun, bidang ekonomi tajaan JPA-MARA, rezeki dialah. Berkat dengar cakap mak dengan ayah juga katanya.

Mak aku macam tak ada masalah nak bagi kebenaran pindah, cuma aku tak rujuk adik-beradik aku je mintak pendapat. Macam dah tau je jawapan . Confirmlah tak bagi. Diorang tak boleh, mana boleh aku boleh. Lagipun dulu, aku pergi sekolah, penuh satu kita tu adik-beradik aku, minyak kereta pun tak lah membazir sangat. Tapi, aku tinggal sorang je naik kereta dengan ayah aku sekarang ni, rugilah kan. Mana taknya, setiap Form ada je adik-beradik aku, cuma kau dengan kak aku tu selang 2 tahun. Adik aku sorang tu biasa naik motor takde lesen, sebab kes bangun lembat lah. Jarak rumah pun bukannya dekat. Logiklah aku pindah sekolah berasrama.

" Muna kau nak pindah sekolah kan, samalah lah kita", Adibah kawan sekelas tahun lepas ada rancangan sama dengan aku. Dia kelas Sains, aku Akaun. Yang penting, ada geng nak pindah, yes. Suara dia pun macam teruja sangat nak pindah sekolah ni.

" Nanti kita sama-sama pergi pejabat ", aku dah mulakan langkah pertama untuk teruskan hasrat berpindah.

" Ok, rehat nantilah ", kami dah berpakat.


"Cikgu yakin korang akan pindah semula dekat sekolah ni tak sampai dua minggi nanti, tengoklah. " kata-kata cikgu Seh tu buat aku terkejut. Yakin betul cikgu ni.

Kitaorang apa lagi, tersengih-sengih jelah mampu. Dalam diam, aku  cabar diri sendiri supaya tak berpatah balik ke sekolah ni.

Selesai tandatangan guru Kokurikulum , cikgu Seh tadi, kita orang cepat-cepat nak keluar dari pejabat, tak nak jumpa cikgu lain dah. Lagipun, masa rehat dah habis, kenalah cepat naik, kalau tak jadi kes ponteng pulak, tak pasal-pasal je.


BERSAMBUNG...(ikut mood la)










Saturday, 23 April 2016

Sekuat Hajar

Assalamualaikum,

Alhamdulilah, pada malam yang indah ini masih diberi kesempatan oleh Allah untuk membuat coretan yang baru.

Sebenarnya, nak sambung catatan "aku dan sekolah'. Ingat nak tulis tentang sekolah rendah dan sekolah Khairiah yang tak tertulis lagi. Mungkin skip sekejap topik tu.

Setelah berfikir seketika tadi, hatiku terdetik untuk membuat coretan tentang perjalanan hidupku di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang (SMAPK). 

Apa yang menarik sangat dengan SMAPK . 
Banyak sangat PENGAJARAN.
Satu,
Sebab First Time aku belajar duduk asrama.
Dua,
Sebab First Time aku belajar pergi Prep & DM
Tiga,
Sebab First Time aku belajar tegangkan katil.
Empat,
Sebab First Time aku belajar baca Al-Mulk
Lima,
Aku orang First dalam adik-beradik yang 
dapat pindah sekolah Form 4 :P

.......................................................................................................................

Apa kaitan dengan tajuk ?
Kerana aku perlu belajar banyak perkara. 
Kalau tak susah payah bukan belajarlah. 
Kalau tak ada dugaan bukan belajarlah.

Jadi, aku kena kuat sekuat Hajar. 
Siapa Hajar ? Semestinya bukan kawan aku.
Beliau adalah isteri kepada Nabi Ibrahim A.S = Siti Hajar.

Umum mengetahui, perjalanan hidupnya sangat mencabar dan getir.
Sejarah menceritakan bahawa,beliau ditinggalkan oleh suaminya tercinta di tengah-tengah padang pasir yang kering kontang hanya sehelai sepinggang bersama anaknya yang dikasihi, Nabi Ismail. 
Bayangkanlah, kalau kita ditinggalkan sebegitu. Sudah tentu tak sanggup. 
Lihatlah, kuatnya iman insan yang bernama Hajar ini.

Namun, segalanya ditempuhi dengan tenang dan sabar kerana mentaati perintah Allah.
Hati ibu mana yang tidak tersentuh dengan tangisan anak kecil. Dengan kudrat yang ada, beliau berikhtiar mencari air. Dua bukit, Safar dan Marwah menjadi saksi kejadian itu. 

Segalanya telah tersedia hikmah. Ya, Allah tak tentukan yang sia-sia untuk hambanya.
Berkat kesungguhan dan kecekalannya. Allah kuniakan air zam-zam yang keluar hasil hentakan kaki nabi Ismail A.S. Air zam-zam air yang terbaik di dunia kerana paling tinggi kandungan mineralnya. Subhanallah~

Sungguh, bumi yang dulunya tiada berpenghuni, tandus dan panas terik itu,
Akhirnya, menjadi pusat ibadat umat Islam seluruhnya dam kiblat utama kita semua.
Kini, Mekah menjadi tarikan kerana tanahnya subur yang menjana pendapatan ekonomi rakyatnya dan didatangi oleh manusia dari seluruh dunia untuk menunaikan haji. 

Inilah hikmah dari peristiwa Siti Hajar dan anaknya, Nabi Ismail.
Allah tidak akan menzalimi hambanya yang bertakwa. 

Daripada peristiwa tersebut, aku belajar untuk menjadi sekuat Hajar.

...............................................................................................................................

Mungkin cerita yang akan ditulis tak cukup untuk siap dalam satu malam. 
Maka, aku bahagikan kepada 18 topik bersamaan dengan umurku . hihi..
Cerita ini secara umumnya berkisar tentang perjuangan, persahabatan, kekeluargaan, pengalaman, kewangan, pengurusan, dan kematangan yang aku pelajari di SMAPK. 
Secara khususnya pula, pada umurku ketika 16 tahun 17 tahun.

1) Hijrah
2) Abu Ubaidah
3) F 07 
4) Pantang
5) Sihat
6) Tukar- tukar
7) Bahasa Cina
8) Fly
9) 4 Utarid
10) Bintang
11) MATh!
12) G 11
13) Trial
14) Fajar Menyising
15) Ukhwah
16) Bekalan
17) Pasrah
18) Kenanganku di SMAPK ( Gambar je)

Watak yang digunakan mungkin berkaitan atau tidak berkaitan dengan individu tertentu. Terpulanglah kepada tafsiran masing-masing.
Jalan cerita ada ditokok tambah atau ditolak bahagi, sebab tak semua benda aku ingat lah. 

Harapan aku, supaya dapat habiskan penulisan kesemua topik yang dirancang.
Insya-Allah.. cuba je~

Bismillah...




Monday, 18 April 2016

Keliru

Assalamualaikum,

Alhamdulilah, kembali lagi menulis , setelah sekian lama menyepi
Sunguh Istiqamah itu sungguh payah bagi orang tak bersungguh.

Alhamdulilah,
Pertama dan selamanya, marilah kita bersyukur kepada Allah kerana masih dipinjamkan nyawa yang tak tahu bila akan dipulangkan ini sehingga kita berada di bulan Rejab yang mulia ini.

Sebelum terlupa, marilah kita amalkan doa ini, Insya-Allah, diberi peluang sampai ke Bulan Ramadhan yang Berkat.





Tulisan kali ini nak bawakan tentang 'Keliru'


Memang, Keliru,
Seperti tiada hala tuju
Hidup tak menentu,
Hati sentiasa ragu
Apakah penyelesaiannya ?

Memang, Keliru
Apa yang perlu
atau ikutkan hawa nafsu
Aku tak mampu
hadapi segalanya begitu
Apakah penyelesainnya ?

Memang, keliru
Bisikan jahat sentiasa ada
Apakah hidup ini tanpa cita cita
Atau memang sudah tidak berguna
Bertapa nilainya nikmat nyawa

Jangan kau sia-siakan masamu
Jangan kau biarkan umurmu
Jangan kau ragu dengan kemampuanmu
Jangan sisihkan tuhanmu


Kembalilah kepada Tuhan Yang Maha Penyayang.
Agar segala yang keliru yang meragukan takdir itu
dapat dibuang terus dari hatimu.
Inilah jalan penyelesaian yang terbaik
bagi dirimu yang begitu lemah

Indahnya,
Apabila hati bersih dari segala kekotoran,
Kekeliruan dapat diatasi dengan iman
Rohani menangkis segala bisikan jin dan syaitan
sungguh indahnya hidupmu teman

Sentiasa pasrah dengan ketentuan-Nya,
Sentiasa sabar dengan ujian-Nya.
Sentiasa yakin dengan pertolongan-Nya
Sentiasa bersangka baik dengan makhluk-Nya
Sentiasa bersyukur dengan nikmat-Nya

Ketahuilah,
Hatimu...
Subur dengan ketakwaan
Tenang kerana dibajai Iman
Kuat kerana keyakinan

Hanya pada-Mu  tempatku bergantung, YA Allah.
Hanya mengingati Allah, hatimu akan tenaang !( ra'd :28 )



Alhamdulilah, selesai sudah coretan kali ini.
Tidak lain tidak bukan tulisan ini untuk diri penulis itu sendiri....

Wallahua'lam.
Assalamualaikum.

Sunday, 13 March 2016

Cara Hadapi orang yg suka mengumpat

{Bismillah }

Assalamualaikum dan salam pertemuan.

Alhamdulilah, berkesempatan menulis akhirnya. (macam buzy sangt)
Untuk kali ini, aku berminat untuk berkongsi ucapan Tuan Guru.


Kalam Murobbi ...
Tuan Guru Dato Tuan Ibrahim Tuan Man
"Jika ada orang bercakap mengenai kita di belakang , itu tandanya kita sudah ada di depan . 

Saat orang bercakap merendahkan diri kita , itu tandanya kita sudah berada di tempat yang lebih tinggi .

 Saat orang bercakap dengan nada iri mengenai kita , itu tandanya kita sudah jauh lebih baik dari mereka . 

Saat orang bercakap buruk mengenai kita , padahal kita tidak pernah menusik kehidupan mereka , itu tandanya kehidupan kita sebenarnya lebih indah dari mereka .

Payung tidak dapat menghentikan hujan tapi dapat membuat kita berjalan menembusi hujan untuk mencapai tujuan"...

Biar orang nak cakap, asal hidup mendapat diredhai-Nya.


Pasal result, SPM tu, 
Alhamdulilah, bersyukur sajalah ..
huhuhu~
Doakan untuk perjalanan hidup seterusnya. ye~

tahniah kawan-kawan ku

Wallahu'alam.

Monday, 22 February 2016

Aku dan Sekolah

{Bismillah....}

Assalamualaikum, semua . Dah lama rasanya jari ini tak menaip di sini. Masa sungguh tidak mengizinkan. Tetapi, Alhamdulilah, aku kembali menekan keyboard ini.

Sebernanya, aku ingin mencoretkan kembali cerita zaman persekolahku. Ya, sungguh menarik untuk dikongsi kepada yang sudi dan tidak sudi membacanya...ada aku kisah, orang bace ke tak? huhuu

-P.A.S.T.I  AL-HIDAYAH-
Bermulanya disini,
Aku belajar segala ilmu.
Ilmu dunia dan akhirat.
Sukarnya,
Kerana ku baru
mengenali erti hidup
Sungguh, segalanya
menjadi memori indah.

Tanpa belajar aku tak pandai
Tanpa belajar aku tak paham
Tanpa belajar aku tak berfikir

Alhamdulilah,
Allah takdirkan aku menimba ilmu
Di tempat yang sungguh damai
aku belajar banyak perkara
Bukan hanya membaca,
mengira dan mengaji
aku bernasyid sama

Hari ini, aku rasa sangat bertuah
Tanpa menjejaki kaki disini
aku mungkin tak menjadi
insan yang diharapkan

Aku bukan orang yang pandai sangat
Aku perlu memahami banyak ilmu
Aku sentiasa perlukan guru
Aku perlu ditunjuk ajar lebih

Supaya ilmu dapat dihadam
Supaya pengetahuan senang difahami

Sebenarnya,
Aku sudah ketinggalan 1 tahun
Aku bermula dengan 6 tahun
Rakan lain seawal 5 tahun

Walaupun sebegitu,
Aku perlu belajar
Aku tekat ingin berjaya

Akhirnya,
Saat yang paling manis
Bila aku berjaya naik pentas
menerima anugerah kecemerlangan
syukur padam-Mu tuhan.

Masihku ingat,
setiap pagi,
ada seorang insan mulia
datang ke rumahku
untuk membawaku dan adikku
pergi ke PASTI.
Bagiku, beliau amat berjasa
sangat penyabar dan penyayang
Aku memanggilnya dengan gelaran
MUALIMAH
Beliaulah guru PASTIku,

Pulang sekolah pun sama,
Beliaulah yang menghantarku juga
Begitulah rutin sepanjang tahun lamanya.

Semoga Allah memberkati umur guruku
sangat besar pengorbananmu.

Nama rakan-rakan PASTI yang masih aku ingat:
-Ibrah Hanis
-Solehin
-Ihsan
-Hidayah
-Syuhada
-Ihsan
-hadi (adik..)

Yang tu je yang dapat ingat ..sedihnya.

Nama Mualimah : Ustazah Rosmaizan.(naseb baik ingat)
Siap add friend lagi kat FB..hihi :P
Mualimah bersama suaminya tercinta..hihi


Coretan yang seterusnya akan menyusul
kalau ada masa dan peluang
SJKC Mentakab punya cerita pula
Insya-Allah, ketemu lagi lah kita.

Wallahua'lam.

Thursday, 4 February 2016

0

{Bismillah..}

Kosong, kosong, kosong...

Apabila disebut kosong,
otak kita ligat membayangkan bentuk bulat seperti donat.
Erm..
Kenapa mesti donat?
Makanan je yg bisa dibayangkan apabila perut kosong . kan?

0,
Angka ini tiada nilai?
apabila terletak di hadapan,
Apabila gandakan sebanyak 5 kali
dan disusun angka 0 dibelakang
Bertapa bernilainya

0,
Ramai orang tidak mengiktirafnya
Kerana kehadirannya tidak akan disedari
Tetapi, ia sangat berguna
Bila menunjukkan kehilangan

Aku ingin memperbandingkan
antara kosong dengan kekosongan

Kosong beerti tiada
Kekosongan ditakrifkan sesuatu ruang yg tidak diisi
Sebenarnya kosong bersangkutan dengan kekosongan

Diibaratkan tidak lengkap aur tanpa tebing
Perlunya kombinasi antara kedua-nya.

Tika hati kosong, wujudlah kekosongan hati
Disini bermulanya kecelaruan dan kekusutan
Hidup dirasakan sangat terhimpit
Dek ujian dunia yang amat getir

Maka, hadir Iman dalam mengisi ruang kosong itu
Iman itu membawa ketenangan
Hati akan damai bersama cahaya hidayah Allah

Hati ibarat tanah ladang
Jika seekar tanah itu tidak ditanam jagung,
Maka rumputlah akan tumbuh dengan mekarnya
Namun, jika seekar tanah itu ditanam jagung
Rumput juga akan tumbuh di sisi tanah tersebut

Anda mungkin tidak sedar akan kehadiran rumput itu
Kelihatannya indah dan seronok dek nafsu sendiri
Maka, jagung tadi mungkin akan layu dengan sendiri

Marilah kita,
Jangan biar kosong itu wujud dihati
Dekatkan diri dengan Rabbi
Rebutlah sesuatu kebaikan
seakan kau nampak pahala
Iblis syaitan tidak akan berputus asa
untuk mencari penemannya di neraka

Sekadar itu,
Wallhua'lam..

Kau suke?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...