Friday, 5 August 2011

JUVANA SIMBOL RAKYAT PERLU BANGKIT!

Assalamulaikum...

Nota yg ambik dari FB je....Walupon x de kene mengenekn bulan Ramadh..tapi boleh lalayan jap..hehee


Disebalik cerita JUVANA nie...teruskn membace..


Dalam pada ketika hati puas menyertai 'marathon' dalam perhimpunan aman rakyat semangat penulis dan pastinya mereka yang peka akan melonjak tinggi lagi semasa menonton drama bertajuk Juvana di TV3 dua hari selepas bersih2.0.

Sejak budak-budak juvana bikin onar di kaca TV lagi penulis menganggap drama bersiri itu sebuah karya yang sarat dengan mesej politik. Namun dalam episod yang bersiaran paa  11 Julai lalu, elemen yang menyeru rakyat bangkit menentang penindasan  begitu terselah.

Analogi watak-watak dalam drama itu dengan realiti politik semasa Malaysia hari ini adalah seperti berikut:

  • Daim rakyat yang berusaha berjuang
  • Rakan-rakan  pasukan debat Daim itu simbol rakyat yang belum sedar akan penindasan senyap
  • Cikgu Zakiah itu pemimpin dalam perkatan rakyat
  • Pengawal sekolah itu polis
  • Botak itu Kementerian Dalam Negeri
  • Waden itu Barisan Nasional@ Perdana menteri
  • Dato' itu simbol Yang di-pertuan Agong

Pada minit ke-9:35 misalnya, waden telah bertindak merasuah pegawal keselamatansekolah untuk mengawasi watak utama, Daim.Selepas babak itu terdengar lagu 1 Malaysia versi Universiti Lim Kok Wing berbunyi berkumandang dengan lirik yang ketara didiengar berbunyi 'dunia telah berubah'.

Sudahlah terlibat dalam penyelewengan kuasa da pecah amanah, waden itu juga tergamak tidak menyampaikan kisah sebenar kedudukan Daim yang tidak terlibat  dalam kes bunuh ibunya pada Dato'

Samalah juda dengan segala 8 tuntutan bersih 2.0 kepada Agong yang turut disertai oleh puluhan ribu rakyat memenuhi seluruh jalan raya sekitar KL sebagai tanda sokongan padu kepada keadilan.

Najib bertindak menggagalkan desakan malah dengan bangganya pula menjadikan kesedihan rakyat itu sebagai bahan lelucon di hadapan orang UMNO dalam sebuah perhimpunan khas pada keesokkan harinya!

Maka benerlah kata waden apabila menjerit"Ini bukan sekolah! Ini penjara" sebagai membidas  kenyataan Cikgu Zakiah bahawa"Ini sekolah(Malaysia) ada peraturan!". Babak tersebut benar-benar releven dengan politik tanah air pasca Bersih 2.0 apabila meyaksikan paparan bukti pihak polis dan FRU  bertindak ganas dan kejam kepada rakyat yang tidak bersenjata!

Kemudian, babak Botak membelasah Daim dan rakan-rakan debatnya da diarah menjalani perintah berkurung tanpa air da makanan membawa erti kebebasan rakyat disekat.

Namun, dalam paparan sambungan depan semua pelajar di sekolah Juvana itu akan sepakat bangkit  menentang penindasan oleh sang penguasa!

Ungkapan revolusinor"Keadilan adalah dari Allah buat hamba-Nya yang tertindas!". Telah dua kali diulang iaitu pada minit 9:10 dan 9:24! Jelas, drama Juvana ditangani secara sedar oleh mereka yang terlibat khususnya salam penulisan skrip.

Inilah contoh karya untuk rakyat yang kita cari sebagai'makanan' perjuangan rakyat! Tidak perlu babak tipikal lagi bebal seperti cinta sampai jiwa terpelantun apa lagi gaya hidup elit korporat yang keparat.

Tahniah penulis skrip Alfie Palermo an Pengarah, Faizal Ishak serta sudah tentu para pelakonnya tida terkecuali mereka yang teribat di belakang tabir. Setiap penggiat da produkasi drama atau atau filem punya peranan untuk membangkitkan kesedaran


 Sape da bace ..x yh bace pon..hehe..saje je nk banyakkan post..



                                                                                                                                       Dipetik dari:
                                                                                                                                         Harahah bil1662.
                                                                                                                                           Fokus(F17


No comments:

Post a Comment

Kau suke?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...