Friday 12 August 2011

Konvensyen P'raya PAS Pahang garis kemenangan PRU 13

Bismilahirahmanirahim...

Program nie akan berlangsung kt depan umah koi je...datang la yekk...hehee
13


Koi ambik berite nie dekat harahdaly je..



Konvensyen P'raya PAS Pahang garis kemenangan PRU 13

EMERLOH, 13 Ogos: Dengan jangkaan pilihan
 raya umum (PRU) 13 hanya dalam tempoh
 beberapa bulan dan PAS bersama Pakatan Rakyat 
pula berpotensi untuk mencipta kemenangan,
 satu konvensyen pilihan raya akan diadakan Rabu ini. 

Konvensyen Pilihan Raya PAS Pahang yang
 dijadualkan pada 17 Ogos itu
 akan berlangsung di 
Markas Darul Amin, Sungai Gau bermula
 jam 8 pagi hingga 12 malam.
 
Menurut pengarah program Abdul Majid Hasan,
pada majlis tersebut tiga tokoh PAS Pusa
t akan membentangkan pengarahan kerja serta motivasi iaitu
 Timbalan Presiden, 
Mohamad Sabu, Ketua Penerangan,
 Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man 
dan Pengarah Pilihan Raya, Dr Hatta Ramli.
 

“Tema konvensyen yang sangat penting ini ialah
 ‘Sederap Menjana Kemenangan’ 
dan ia lanjutan daripada program retreat pilihan raya yang diadakan 
di Cameron Highlands baru-baru ini.
 

Matlamatnya ialah untuk merangsang, menggerakkan 
dan mengaktifkan jentera serta petugas
 di semua peringkat partiuntuk kemenangan pada
 PRU 13. Juga menyediakan roadmap 
bertindak mulai Ogos 2011.

“Urusetia menjangkakan 1,000 peserta akan hadir yang terdiri daripada anggota
 Badan Perhubungan Negeri, Dewan-Dewan, Kawasan
  PPPP, AIPP, DHPP dan Pimpinan 
Pakatan Rakyat Pahang,” katanya kepada Harakahdaily.
 



Abdul Majid yang juga Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pahang berkata,
 acara pada sebelah siang akan berakhir pada pukul 4 dengan
penyerahan buku rumusan bertindak yang disepakati iaitu 
‘Perincian Gerak Kerja Merujuk Resolusi Retreat’.



Pada sebelah malamnya akan diadakan tahlil dan iftar perdana, Solat Maghrib, Isyak,
 Tarawih dan diakhiri dengan ceramah perdana melibatkan ketiga-tiga tokoh.
 


Dalam pada itu Abdul Majid memberitahu, fokus PAS Pahang ialah
 untuk mendapatkan undi Melayu dan jika 
berjaya Pakatan Rakyat boleh mendapat majoriti mudah. 



Tambahnya, ini tidak mustahil kerana 12 daripada 14 kerusi parlimen di Pahang 
merupakan kawasan Felda.

 Di peringkat Dewan Undangan Negeri (Dun) pula, terdapat 25 kerusi
kawasan Felda daripada 43 Dun keseluruhannya.



“Dengan peningkatan sokongan dibandar, 
sokongan bukan Melayu yang masih kekal, lonjakan kesedaran
di kalangan peneroka Felda serta pelbagai
 kelemahan kerajaan negeri yang hangat diperkatakan, maka kita yakin
 Pakatan Rakyat boleh membuat kejutan dalam PRU akan datang asalkan
 pelan gerak kerja dilaksanakan
 di semua peringkat,” tegasnya.





Tambahnya, gelombang kebangkitan kemenangan
 Pakatan di Pahang bermula dengan 
konvensyen ini.














salam Ramadhan..~

No comments:

Post a Comment

Kau suke?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...