Monday, 31 December 2012

~2013~

Assalamualaikum..

Alhamdulilah, bersekempatan update blog, ni pun 'curi-curi' guna laptop kakak..hehe
semangat tetibe nk update, selalu 'bapok' la malas nye..

2013?

Apa yg ada dengan 2013 ni...yek?

Kenapa ramai orang sambut tahun 2013?

Apa istemewanya 2013?



erm...senang je jawapan...JAWAB SENDIRI la..:P

Sebenarnya, tak ada istimewa pun 2013, sebab tahun sentiasa berubah kan..?..tahun depan 2014, 1015, 2020(5 tahun kemudian la)...*selagi tidak berlakunya KIAMAT..!

Tapi yg penting, kita WAJIB bersyukur, kerana kita masih hidup, masih bernafas, masih diberi peluang untuk bertaubat ..Alhamdulilah..:D

Dah bosan2 on9 FAcebook, tenampak tulisan ni..

*Hari pertama dalam 2013.. Alhamdulillah Terima Kasih Ya Allah. kerana masih menghidupkan kami semua.. Ampunkan segala dosa kami..dosa kedua ibubapa kami..dosa keluarga kami..dosa muslimin dan muslimat semuanya.. Berilah Cahaya kepadaku Ya Allah.. agar kami sentiasa berada dlm jalanMu dan RahmatMu.. Tetapkan hati kami dari gangguan syaitanirrajim.. Moga kami menjadi anak yg soleh.. Murahkan rezeki kami.. Tenangkanlah hati kami.. Permudahkan segala urusan kami di dunia serta diakhirat kelak..



*Nak tahu hukum sambut tahu baru...moh tengok video ni..


2013~
Sebagai Umat Islam, sebenarnya kita dah awal2 masuk tahun baru Hijrah, ingat lagi?..masih ingatkah sewaktu itu juga Israel mengebom Palestian?...

..........

Semoga Tahun 'baru' 2013, ada semangat baru..berubah kearah kebaikan..azam??.
sebernarnya, azam kita perlu pembarui setiap hari, bukan setiap satu tahun sekali je..:)


2013~
Erm...15 tahun dah..PMR..PMR..PMr laa...huhu~..*doakan kejayaan dan rakan-rakan..^_^

2013~
Jangan lupa juga 2013..Pilihanraya ke-13..semoga memberi kemenangan kepada ISlam..:)


Perasan tak?..
Tahun 2013 mengikut kelender Masihi( dikira mengikut tahun kelahiran Nabi Isa), sudah semestunya umur Nabi Isa sekarang sudah mencecah 2013 kn.??..kan??


Renungan bersama.>~


"Perkara yang paling sedih apabila tibanya tahun baru adalah umurku bertambah dan begitu juga dengan dosa-dosaku...
tapi amalan-amalanku tidak juga ditambah untuk menambahkan pahalaku"... :(

Astagfirullah....-_-


Assalamualaikum..:D

Tuesday, 27 November 2012

Apa yang Israel takutkan pada Islam ??

ASSALAMUALAIKUM...

^_____________^

Cite ni koi dh post kt FB..saje je copy kt blog...:)

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>><<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<



Ketika rombongan syaikh Maulana Tariq Jamil selesai menunaikan solat Subuh di salah satu masjid dekat perbatasan (Al-Hudud) tiba-tiba seorang tentara Israel dari luar melihat ke arah dalam mesjid setelah melihat sebentar. 





sekadar hiasan saje..huhu

Lalu tentara Israel itu
 langsung pergi, maka syaikh Maulan Tariq Jamil menghampiri tentara Israel itu dan bertanya: apa yang dia tadi la

kukan, saya hanya ingin melihat berapa jumlah orang Islam yang hadir solat Subuh di masjid, kata tentara Israel itu.





 Syaikh Maulana Tariq Jamil sambil kehairanan bertanya: kenapa ? 
Tentara Israel pun menjawab: di dalam kitab kami (kitab Taurat) ada tertulis. "Jika di seluruh dunia jumlah orang Islam yang hadir untuk solat Subuh berjama'ah di masjid sama banyak dengan jumlah jama'ah shalat Jum'at." 


Maka, 'saat itu Israel akan hancur'. "tetapi ketika tadi saya lihat di mesjid jumlah orang Islam yang datang untuk solat Subuh berjama'ah masih sedikit." Maka, hati saya tenang, karena ummat Islam pasti tidak akan dapat kalahkan kami." 

~PENGAJARANNYA~

Untuk itu kepada kaum muslimin di seluruh dunia di mana pun berada, mari kita tingkatkan keberjama'ahan solat Subuhnya agar kita mampu menghacurkan Israel. Khususnya dorong dan bantu dengan doa untuk akhwatkum ikhwankum di Palestina khususnya Gaza.

Ya Palestina ~Ggaza~ Latabali... Latabali... Nahnu Ma'akum

Al-Quds Balad Muqaddas

Peringatan bersama...~


*Musuh umat Islam hanya akan gerun dengan Islam apabila bilangan jemaah solat Subuh menyamai bilangan jemaah solat Jumaat.!!

!!!


ASSALAMUALAIKUM>>>>^_^

2 orang sahabat..

Assalamualaikum...

Cite kali ni pon..menarik juagakkk*macm bese(copy je)

Layan je la~
-------------------------------------------------

Zul dan Timi adalah dua orang sahabat yang karib.



Satu hari ketika berjalan merentasi gurun, disebabkan satu pertengkaran, Zul telah menampar Timi di muka.

Timi yang kesakitan tidak berkata apa-apa lalu menulis di atas pasir – “Hari ini sahabat paling karib ana menampar ana di muka” – beliau senyum dan meneruskan persahabatan dengan Zul.


Satu hari ketika bermandi di s
ungai, Timi hampir lemas dihanyut air dan diselamatkan Zul. Timi mencari sebutir batu dan menulis – “Hari ini sahabat paling karib ana menyelamatkan ana” – beliau senyum dan meneruskan persahabatan dengan Zul.


Zul kelihatan sikap pelik Timi bertanya – “Ketika ana menampar enta, enta tulis atas pasir. Ketika ana menyelamatkan enta, enta tulis atas batu. Mengapa ya?”


Timi menjawab – “Ustaz Him mengajar apabila kita disakiti seseorang, kita harus menulis di atas pasir, di mana angin dan air dapat memadamkannya. Apabila seseorang berbuat baik kepada kita, kita harus mengukir di atas batu, di mana air dan angin tidak dapat memadamnya.”
Dapat isi tersirat?

Hayati rakan-rakan yang dikurniakan Allah kepada kita dengan seadanya terutamanya sahabat karib.

Bukan mudah untuk menjumpai seorang sahabat karib yang boleh berkongsi masalah hati dan sebagainya.

Bila dah terjumpa, jaganya dengan baik dan belajar saling memaafkan atas kekurangan masing-masing.

Fokus pada kesamaan dan jangan memaksa pada perkara berbeza. 
Bersahabat bukan kerana kekayaan, bukan juga kerana rupawan..tetapi kerana iman..*tak sangke jadi jugekk..:P


~SENYUM~



*ni gaye nye kene tukar name blog ni, bkn Muna yg cite, Munacopyje..:P



Renungkam bersama~
 

ASSLAMUALAIKUM>>>..

Monday, 26 November 2012

Alkisah seorang tukang papan

ASSALAMUALAIKUM..,,kita bertemu lagii...*hidup lagii rupenya..
Meh sini, bace cite ni dan ambil pengajaran ..Moh la...malas nk ajOk berie....:P

START!!
Ali bakal bersara dalam masa tiga bulan lagi. Ali seorang tukang papan yang bagus dan
sangat disukainya oleh bosnya. Rumah yang dibina Ali sentiasa mendapat pujian
pelanggan.
sekadar hiasan~
“Bos, ana nak bersara, nak pergi jalan-jalan dengan isteri dan keluarga lepas ini. Ana berat
nak pergi dan sayang gaji ini… tapi sudah samapi masa bersara…” kata Ali kepada bosnya.
Bosnya teras
a sedih tapi terpaksa melepaskan Ali.
“Sebelum Ali pergi, boleh tak dalam masa tiga bulan ini, siapkan satu rumah untuk ana
sebagai pertolongan terakhir,” tanya bos kepada Ali.

Ali terpaksa akur dengan permintaan bosnya, tapi hati Ali bergelora…
“Saya sudah nak bersara masih nak bagi kerja berat lagi… “ rungut beliau.
Ali membina rumah itu dengan sambil lewa. Hatinya jelas tiada pada kerja terakhir ini.
Barangan mentah Ali sengaja menggunakan yang kurang berkualiti untuk membalas
dendam kepada bosnya yang tidak bertimbang rasa.
Sepanjang Ali membina rumah bosnya, bosnya tidak pernah datang melawat untuk
memeriksa keadaan rumah.
“Pelik, tapi bagus… saya boleh siap cepat sikit,” bisik Ali sambil meneruskan kerja sambil
lewa yang tidak berkualitinya.
sekadar haisan~...
“Ini bakal hasil kerja saya yang terburuk sebagai hadiah untuk bos yang tidak bertimbang
rasa,” kata Ali sambil tersenyum.
Akhirnya Ali menyiapkan rumahnya dan bosnya datang untuk melihat hasil kerjanya.
Yang pelik bosnya tidak masuk ke rumah apabila tiba di rumah barunya.
Bosnya menyuruh Ali keluar..
“Ini kunci. Rumah ini ialah hadiah persaraan untuk anta. Ana pasti anta dah buat yang
terbaik untuk ana sebagai hasil kerja terakhir ana,” kata bosnya.
Ali terkejut besar dan terasa malau.
Kalaulah dari awal dia tahu rumah ini adalah untuknya, sudah tentu Ali akan membuatnya
secara terbaik. Sekarang dia sendiri yang menghadiahkan ‘hasil kerja terburuknya’ kepada
diri sendir~
~sekadar hiasan~

Kisah Ali ini banyak berlaku pada kita. Kita membina hidup kita dengan memberikan
“reaksi” yang tidak sepatutnya, dan selalu tidak bersungguh-sungguh dalam menyelesaikan
tugas yang diamanahkan.
Kita akan terkejut dengan situasi yang kita ciptakan (hasil terburuk Ali) dan terpaksa hidup
dalam situasi rekaan kita (rumah menjadi milik Ali).
Jika kita sedar lebih awal (bahawa rumah itu adalah untuk Ali sendiri), sudah tentu kita
akan memberikan yang terbaik.
 
Berilah yang terbaik walaupun di mana-mana. Kita tidak tahu apa perancangan Allah, jadi
buatlah yang terbaik di mana-mana sahaja kerana hidup kita hari ini adalah hasil kerja,
sikap dan keputusan yang kita laksana selama ini.

Senyum.
^________________^


Dicopy dari FB : Dato Tuan Ibrahim Tuan Man......
(Persuruhjaya PAS Pahang merangkap Ketua Penerangan PAS Pusat)
Best kan..~..

Tu je...nanti banyak lagi cite nak copy ni..huhu


ASSALAMUALAIKUM>>>>:D

Aku kembali....

Assalamualaikum.........lama dah kita tidak 'bertemu' kan.. kan..*tolong la angguk..

Alhamdulilah, alhamdulilah, alhamdulilah,
Allah masih pinjamkan kita nyawa untuk kita terus bernafas..

Lama sudah aku meninggalkan blog ini..kesian 'dia', bukan sengaja tak nak tulis dekat blog ni, tapi aku ada alasan-alasan yang 'kukuh'..*kukuh la sangt ~

Banyak da 'episod-episod' yg agak menarik untuk dikongsi sebenarnya,tapi gonne kan....memang 'tak de rezeki nak kongsikan'..*mende la koi ngarut nii...


Alasan yang paling MUNAsabah sekali ialah...------------~LAPTOP~
Laptop, ya laptop la....
Sebelum ni kalau koi tulis blog semua gune laptop mak koi, tapi sejak komputer yg lama dh elok, mak koi simpan 'kemas-kemas' dia punye laptop@ tak boleh nk gune sesuke hati je....erm....Tu la pasal, koi pon x boleh nk buat apa ..dah kann...laptop lama ni da la x lepas nk bukak BLOG n Twitter....>_<
Yang kedua ialah disebabkan--------------MASA..
Masa ni sebenarnya faktor utama..masa itu tidak menunggu kita, masa akan terus berjalan, walaupun kita cuba untuk berlari mengajar masa, masa tetap dihadapan kita..lalalala~..
koi kan buzy, tak dan da nk tulis post....:P
Balek sekolah--> solat asar--> baca math' surat--> tido-->mandi--> solat magrib..dan laen2..
(jadual waktu sekolah dulu laa,..padat jugakk)..

mane dan nk bukak blog n tulis2 post..:P
*ke'buzy'an terselah disitu,,,


Yang ketiga ialah----MALAS
huhu..ni la sebenarnya..!
Banyak yg koi nk tulis sebenarnya, cite pasl tu la, cite psl ni la, tapi ......*pikir la sendiri...:P
Sebernya kalau rajin boleh je, tapi kalau nak malas tu nk buat gonne kn..?
Orang rajin mencari jalan, orang malas mencari alasan, *akhirnya jumpe jugek 3 alasan...:P


Insya-Allah selpas ni koi akn 'active' sikit berblog berbanding sebelum ni..
oke...

Sebelum tu....Ingat juga saudara seIslam kita dekat Palestine, toolong doakn kemerdekaan dan kemenangan pada dorang..InsyaAllah, kemenangan akan berpihak keapada ISLAM..amin~



ASSALAMUALAIKUM>>>>>..

Friday, 19 October 2012

BUKA HATI.....

Assalamualaikum, sahabat-sahabat ana ! Kaifa haaluk?*x mudah la


Alhamdulilah, dapat lagi kita merasai dua nikmat  terbesar iaitu nikmat IMAN + ISLAM.
Baiklah, ana tidak mahu penjangkan 'muqaddimah'. Ana mahu straight to the point pada apa yang hendak ana sampaikan.

   Apa yang dimaksudkan dengan buka hati? Kenapa hati perlu dibuka? Perlu dibuka untuk apa?

   Sebagai seorang yang bergelar muslim, kita sering dedahkan dengan 'terbiyah'(pendidikan), tazkirah, ceramah, nasihar dan macam-macam lagi peringatan. 

   Tapi kenapa masih ramai lagi yang masih melakukan maksiat? Ini disebabkan, hati itu tidak dipenuhi dengan tarbiyah yang kita dapat @ tidak mengamalkan apa yang kita sudah tahu. Bagaimana nak penuhi atau hendak amalkan? BUKALAH HATI.....

   Pelajar yang paling cerdik pun, kalau dia tidak membuka hati untuk menerima nasihat daripada orang lain, sikapnya tidak akan berubah juga. Tapi pelajar yang diketegorikan sebagai seorang yang lemah dalam pelajaran, nakal dan jahat sekalipun, jika suatu ketika dia membuka hatinya untuk menerima nasihat, sikapnya pasti akan berubah dan menjadi lebih baik dari sebelumnya....INSYA-ALLAH..     
     
ANALOGINYA : HATI =CAWAN
                             TARBIYAH = AIR

                             
Keadaan yang pertama

Cawan dibuka, air akan masuk dan memenuhi ruang dalam cawan tersebut, kemudian air tersebut boleh digunakan bagi menghilangkan dahaga.(ada kegunaan @kabaikan)


Keadaan yang kedua

Cawan ditutup, air tidak boleh masuk dan air tersebut tidak boleh digunakan.


_________________________________________

Karya oleh: CAHAYA SRIKANDI
Disunting oleh : BERNAMA ..Muna..
.*Erm..Alhamdulilah...dia bagi nak salin kt blog..:D
    ada la sikit 'ejas-ejas'..alaa...mesti 'korang' da pernah bace punye...kan
*SEDIKIT PERINGATAN UNTUK KITA SEMUA!
  
Assalamualaikum...
^___________________________________^

Wednesday, 15 August 2012

MUTIARA RAMADHAN 27

Assalamualaikum.....

" Manfaatkan hari-hari terakhir Ramadan"

Saudara-saudari yang dirahmati Allah,

Sesungguhnya bulan Ramadan itu bulan yang berganda kerana segala kebaikan yang dilakukan akan diganjarkan olah Illahi dengan pahala yang berganda-ganda.

Tetapi ada kalanya kita terlupa atau mungkin kita sengaja buat-buat terlupa dengan dugaan dan ujian Allah swt kepada kita kerana di dalam bulan Ramadan itu juga, nafsu kita berganda.

Berganda dengan tamaknya ketika membeli lauk pauk berbuka, berganda dengan sifat tidak sabarnya ketika menghadapi sewaktu berbuka dan berganda dengan sifat membazir ketika membuat persiapan Aidilfitri. Dari sifat buruk dan tidak terkawal kita itu, adakah kita sebenarnya telah mencapai erti sebenarnya KEMENANGAN yang Allah swt. janjikan khusus buat mereka yang diterima 100 markah puasanya?

Bulan Ramadan yang Allah swt. perkenankan hanya kepada umat Muhammad saw. yang bakal kita tinggalkan lagi beberapa hari lagi, hanya datang sekali dalam setahun. Tanya diri kita sendiri sahabat, di dalam 30 hari Ramadan itu tidak semuanya benar-benar menghayati Ramadan. Orang awam seperti kita adakalanya telah memendekkan waktunya selama seminggu sehingga menjadi 23 hari Ramadan sahaja.


Kerana pada waktu penghujungnya, kita hanya sibuk mengejar-ngejar persiapan menyambut Aidilfitri yang sepatutnya persiapan itu boleh kita lakukan sebelum Ramadan lagi. Mana perginya kita ketika amalan beribadah seharusnya dipertingkatkan khususnya di hari-hari terakhir Ramadan tetapi kita sibuk di gendung-gendung dan di bazaar-bazaar pada siangnya.

Malamnya pula kita sibuk dengan mempertingkat jumlah dan jenis kuih-kuih, biskut-biskut dan kudapan raya sehingga kita terlupa dan sengaja meninggalkan malam-malam yang sepatutnya kita menambahkan saham beribadah kita.

Masjid dan surau semakin kurang dan semakin susut bilangan safnya. Kita sibuk meniru orang lain, bercerita tentang rahsia dan rahmat malam seribu bulan tetapi hakikatnya kita sendiri tidak pernah untuk cuba menggapainya. Memang secara teorinya senang, pelaksanaannya yang sukar.

Allah swt. mengharamkan jasad umat-Nya yang gembira dan senang dengan ketibaan Ramadan daripada api neraka. Begitu juga kepada mereka-mereka yang sangat berat hatinya meninggalkan Ramadan. Kerana itu, kalau kita dapat lihat siaran langsung solat di Masjidil Haram di Makkah Mukarramah, ramai di antara orang-orang alim dan soleh menangis meninggalkan bulan yang penuh dengan keberkatan ini.

Bagi mereka, tidak ada bulan lain yang menyamai bulan Ramadan.Adakah kita termasuk dalam golongan orang yang bersedih dan dukacita meninggalkan Ramadan atau sebaliknya?

Sementara masih ada sisa Ramadan ini, sama-samalah kita cuba mempertingkatkan nilai permarkahan puasa kita agar dapat kita menikmati kerberkatan dan hikmah berpuasa dan cuba menghidupkan malam Lailatul Qadar, jika mampu.




Biarlah Ramadan yang cuma sekali dalam setahun itu benar-benar memberi kesan yang keinsafan dan ketakwaan terhadap diri kita.
-Prof. Dr. Omar Yaakob

"Ramadan...Bermulanya Suatu Perubahan" 



semoga bermanafaat~

SEKIAN

Assalamualaikum......

Saturday, 11 August 2012

ALLAH itu Wujud..

Assalamualaikum...

Entri kali nie cerita seorang penggunting rambut yg mempersoalkan ke'wujud'an Allah....



Ikuti ceritanya..

Pada suatu petang, seorang lelaki datang ke kedai gunting rambut untuk memendekkan rambutnya yang agak panjang dan tidak terurus. Seperti biasa, si penggunting rambut menyambut pelanggannya dengan mesra dan mempersilakannya duduk.

Sedang si penggunting rambut melakukan kerjanya, mulutnya tidak berhenti bercerita. Macam-macam dibualkan menyentuh isu semasa dan kehidupan harian. Tiba-tiba si penggunting rambut itu bertanya suatu soalan yang agak berat.

Tuhan ni wujud ke?” tanya si penggunting rambut.

Lelaki tersebut terkejut dengan soalan tersebut. Belum
 pun sempat nak menjawab, si penggunting rambut menyambung percakapannya.

“Kalau Tuhan wujud kenapa dunia ni huru-hara, manusia saling berperang dan benci sesama manusia? Tuan tengoklah berita, di sana berperang di sini berperang. Asyik bergaduh sahaja di mana-mana…” adu si penggunting rambut.

“Lihat di negara kita, sana sini buang bayi. Kes bunuh pun selalu keluar di akhbar. Masalah sosial lagi. Rasuah lagi. Teruklah!” sambungnya lagi menyatakan kekesalan.

“Tuhan tu ada.” Jawab si lelaki itu singkat. Risau melihat semangat si penggunting rambut itu dengan gunting tajam di tangannya.

“Kalau betul Tuhan ada, kenapa DIA tak selesaikan semua masalah tu? Dan buat semuanya jadi aman sahaja? Kan senang!” ujar si penggunting rambut yang umurnya 40-an itu.

Selepas beberapa minit berlalu, sesi guntingan rambut pun selesai. Selesai membayar, si lelaki mengajak si tukang gunting melihat ke luar tingkap.

“Encik lihat tak lelaki-lelaki remaja di sana? Dan pakcik tua di seberang jalan tu yang sedang duduk tu?” tanya lelaki itu.

“Ya, saya nampak. Kenapa?” si penggunting rambut bertanya kembali.

“Lelaki remaja tu rambutnya panjang, nampak tak senonoh kan? Dan pakcik tua tu pula misainya tak terurus nampaknya. Setuju tak?” Lelaki itu meminta pandangan.

“Ya, betul. Saya setuju.” si penggunting rambut mengiyakan sambil mengangguk.

“Mereka jadi macam tu sebab tukang gunting rambut tiada kah?” tiba-tiba lelaki itu mengajukan soalan ‘istimewa’ kepada si penggunting rambut.

“Eh, tak. Bukan sebab tu. Ni saya ada ni.” Si penggunting rambut menafikan.

“Habis tu kenapa lelaki-lelaki remaja itu berambut panjang dan pakcik tua itu tidak tersusun misainya?” lelaki tersebut bertanya kembali.

“Tu sebab mereka tak datang jumpa saya. Kalau mereka datang jumpa saya tentu saya akan potong rambut remaja lelaki tu bagi elok. Dan pakcik tua tu pula saya akan trim misainya bagi kemas.” jawab si penggunting rambut.

“Ya, itulah jawapan kepada persoalan encik semasa encik memotong rambut saya tadi. Tuhan itu ada. Tidaklah bermakna berlakunya peperangan, pertelingkahan, jenayah, gejala sosial, rasuah di kalangan manusia itu adalah kerana Tuhan tidak ada. Masalah ini semua timbul kerana mereka semua tidak mahu ‘berjumpa’ dengan Tuhan.” kata lelaki itu.

Si penggunting rambut mendengar dengan teliti sambil mengerutkan dahinya. Berfikir agaknya.

Mereka yang abaikan suruhan dan perintah Tuhan. Tuhan malah telah memberikan pedoman melalui RasulNYA dan juga melalui kitabNYA iaitu al-Quran. Malangnya, manusia memilih cara mereka sendiri. Mereka menjauhkan diri dari ALLAH. Jika manusia mendekatkan diri dengan ALLAH, tentulah keadaan manusia lebih baik dan sejahtera. Lebih kurang macam sayalah sekarang ni. Lebih handsome dari lelaki-lelaki remaja dan pakcik tua tu sebab saya jumpa encik untuk dirapikan rambut saya, hehe…”

“Betul jugak. Kenapa Tuan tak jelaskan pada saya semasa potong rambut tadi” Si penggunting rambut mengangguk setuju sambil bertanya.

“Oh bukan apa. Saya risau dengan gunting di tangan encik tu. Dibuatnya encik marah nanti, tak pasal-pasal saya kena nanti…hehe. Tapi, alhamdulillah encik tak marah, malah dapat menerima penjelasan saya” Jelas lelaki tersebut sambil ketawa kecil. Si penggunting rambut itu turut tertawa juga.

Rasulullah bersabda:



●●●●⊱●●⊱●●⊱●●⊱Sebar-sebarkan Semoga Bermanfaat ⊰●●⊰●●⊰●●●●
 
*ALLAH SENTIASA DIHATI..
*ALLAH SENTIASA ADA BERSAMA KITA....
 
^___________________^
TAMAT~
ASSALAMUALAIKUM....

Wednesday, 8 August 2012

BUSH & POWELL

Bush Dan Powell sedang duduk dalam sebuah bar. Seorang lelaki masuk dan bertanya kepada bartender ' Bukankah itu Bush dan Powell?'
Bartender menjawab 'Iya, itu memang mereka

sekadar hiasan~

Lalu lelaki itu mendekati mereka dan menyapa:

'Hello, apa yang sedang anda bincangkan?'

Bush menjawab:

'kami sedang merancang perang dunia ke-3.'

Jawab lelaki itu

'Perang dunia ke-3?, 'apa yang terjadi?'

Bush pun jawab

'Kami akan bunuh 500 JUTA orang Islam dan seorang penjual basikal'

Tanya lelaki itu dengan  nada terkejut

'Penjual basikal??!!'


MORAL!!

MENGAPA PENJUAL BASIKAL? TIADA SIAPA KISAH TENTANG 500 JUTA ORANG ISLAM!


~Semoga kita sentisa prihatin terhadap nasib saudara seislam kita di Palestine, Rohingnya dan dimana-mana lagi..~




*Renung-renungkan bersama....~

BANGKIT ISLAM BANGKIT!!

Assalamualaikum....


Saturday, 4 August 2012

Sebuah cerita...yang menarik

Assalamualaikum…


Wahai sahabat² seagama denganku…
Tolonglah ambil masa 3 minit untuk membaca note ini….
3 Minit je, tak lama pun..



Mungkin ada yg pernah baca kisah ni tapi tak salah kalau kita ingatkan sekali lagi..
Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih…
Bayangkan benda ini berlaku pada anda…..



Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah…






tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam..
tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun…




nie sorang je.. 'lupe' sruh dye pegang mesin gun...sorang lagi kawn dye pon x sempat nk bergambar~ngarut je lebih~

lalu salah seorang lelaki tu bertempik ”
“Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu”
Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri….
daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 40 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Iman tu…

Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata:
“Ok Pak Imam, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Iman mulakan sembahyang Jumaat”….
Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah….




Macammana..

Adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas. selain terhibur anda Fikirkanlah…

“Lawak kan, dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 40 yg betul-betul BERIMAN… ”

“Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya…
kedua lelaki hanya membawa mesin-gun..
dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang..
amat lemah..
baru kena ugut terus lari lintang pukang..
lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi…”

“Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja.. tu pun bila time sembahyang jumaat..
tunjuk muka kat org kampung.. ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje..
bile time sembahyang raya…”

“Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al Quran”

“Lawak kan, berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia”

“Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAH alahai..




Assalamualaikum...




~KISAH SEEKOR TIKUS~

ASSALAMUALAIKUM....


Post kali nie nk cerita pasal KISAH SEEKOR TIKUS.....Ramai da pernah baca cerita ini...confem kan..!

Seekor tikus menintip disebalik celah tembok untuk mengamati sang petani dan isterinya membungkus sebuah bungkusan. Ada makanan fikirannya???? Dia terkejut sekali, ternyata bungkusan itu berisi perangkap tikus...



Lari kembali ke ladang pertanian itu, tikus itu menjerit memberi peringatan "Awas, ada perangkap tikus di rumah, awaslah ada perangkap tikus di dalam rumah....!!"


Sang ayam dengan tenang berkokok dan sambil mengaruk tanah, mengangkat kepalanya dan berkata: "Ya maafkan aku, Pak tikus memang masalah besar bagi kamu, tapi buat aku secara peribadi ...Tak ada masalahnya. Jadi jangan buat aku peninglah."



Tikus berbalik dan pergi menuju kepadam ssang kambing, katanya" Ada perangkap tikus dalam rumah, sebuah perangkap tikus dalam rumah!!  Wah ! aku menyesal mendengar khabar ini..." Si kambing menghiburkan dengan simpati... tetapi  tak da sesuatu pun yang bisa kulakukan kecuali berdoa. "Yakinlah , kamu ada dalam doaku!!!"


Si lembu dengan endah tak endah menjawab" Itu masalah hanya bagi kamu, tikus" Dengan nada yang sombong lembu menjawab sambil meragut sebanyak mungkin rumput yang ada di situ.


Jadi tikus itu kembali ke rumah, kepala tertunduk dan merasa patah hati, kesal dan sedih  terpaksa menghadapi perangkap  itu sendirian.......





Malam itu juga... terdengar suara bergema di seluruh rumah, seperti bunyi perangkap tikus yang berjaya menangkap mangsanya...Isteri petani berlari pergi melihat apa yang tertangkap. Dalam kegelapan malam itu, dia tak bisa melihat yang terjebak itu adalah seekor ular berbisa. Ular itu sempat mematuk tangan isteri petani itu..

Petani bergegas membawanya ke hospital....Dia kembali ke rumah  dengan demam. Sudah menjadi kebiasaan setiap orang akan memberikan pesakit demam panas minum sup AYAM segar..Jadi petani itu mengambil goloknya dan pergilah dia ke belakang mencari bahan-bahan untuk supnya itu..........AYAMLAH


Penyakit isterinya berlanjutan sehingga teman-teman dan jiran tertangganya datang menjeguk,  dari jam ke jam selalu ada saja pera tetamu. Petani itu pun menyembelih kambingnya untuk memberi makan kepada para tetamu itu. Isteri petani itu pun tak kunjung sembuh..


Dia mayi, jadi makin ramai orang-orang datang untuk pengkebumiannya sehingga petani itu terpaksa menyembelih lembunya agar dapat menjamu makan orang-orang itu.....



~MORAL KISAH INI~

*APABILA KAMU DENGAR ADA SESEORANG YANG MENGHADAPI MASALAH DAN KAMU FIKIR ITU TIADA KAITAN DENGAN KAMU......INGATLAH!!.......BAHAWA APABILA ADA "PERANGKAP TIKUS" DI DALM RUMAH, SELURUH "LADANG PERTANIAN" TURUT MENANGGUNG RISIKONYA.....


*SIKAP MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI LEBIH BANYAK KEBURUKAN DARI BAIKNYA....


*KALAU TIDAK DAPAT MEMBAHAGIAKAN SESEORANG ITU, JANGAN MENYEDIHKAN DIA PULAK.


Semoga boleh jadi iktibar untuk kita semua..


WaAllahu a' lam...

Assalamualaikummm.....:D



Kau suke?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...