Cite kali ni pon..menarik juagakkk*macm bese(copy je)
Layan je la~
-------------------------------------------------
Zul dan Timi adalah dua orang sahabat yang karib.
Satu hari ketika berjalan merentasi gurun, disebabkan satu pertengkaran, Zul telah menampar Timi di muka.
Timi yang kesakitan tidak berkata apa-apa lalu menulis di atas pasir – “Hari ini sahabat paling karib ana menampar ana di muka” – beliau senyum dan meneruskan persahabatan dengan Zul.
Satu hari ketika bermandi di s
ungai, Timi hampir lemas dihanyut air dan diselamatkan Zul. Timi mencari sebutir batu dan menulis – “Hari ini sahabat paling karib ana menyelamatkan ana” – beliau senyum dan meneruskan persahabatan dengan Zul.
Zul kelihatan sikap pelik Timi bertanya – “Ketika ana menampar enta, enta tulis atas pasir. Ketika ana menyelamatkan enta, enta tulis atas batu. Mengapa ya?”
Timi menjawab – “Ustaz Him mengajar apabila kita disakiti seseorang, kita harus menulis di atas pasir, di mana angin dan air dapat memadamkannya. Apabila seseorang berbuat baik kepada kita, kita harus mengukir di atas batu, di mana air dan angin tidak dapat memadamnya.”
Dapat isi tersirat?
Hayati rakan-rakan yang dikurniakan Allah kepada kita dengan seadanya terutamanya sahabat karib.
Bukan mudah untuk menjumpai seorang sahabat karib yang boleh berkongsi masalah hati dan sebagainya.
Bila dah terjumpa, jaganya dengan baik dan belajar saling memaafkan atas kekurangan masing-masing.
Fokus pada kesamaan dan jangan memaksa pada perkara berbeza.
Bersahabat bukan kerana kekayaan, bukan juga kerana rupawan..tetapi kerana iman..*tak sangke jadi jugekk..:P
~SENYUM~
*ni gaye nye kene tukar name blog ni, bkn Muna yg cite, Munacopyje..:P
Renungkam bersama~
ASSLAMUALAIKUM>>>..
No comments:
Post a Comment