ASSALAMUALAIKUM..,,kita bertemu lagii...*hidup lagii rupenya..
Meh sini, bace cite ni dan ambil pengajaran ..Moh la...malas nk ajOk berie....:P
START!!
Ali bakal bersara dalam masa tiga bulan lagi. Ali seorang tukang papan yang bagus dan
sangat disukainya oleh bosnya. Rumah yang dibina Ali sentiasa mendapat pujian
pelanggan.
sekadar hiasan~ |
nak pergi dan sayang gaji ini… tapi sudah samapi masa bersara…” kata Ali kepada bosnya.
Bosnya teras
a sedih tapi terpaksa melepaskan Ali.
“Sebelum Ali pergi, boleh tak dalam masa tiga bulan ini, siapkan satu rumah untuk ana
sebagai pertolongan terakhir,” tanya bos kepada Ali.
Ali terpaksa akur dengan permintaan bosnya, tapi hati Ali bergelora…
“Saya sudah nak bersara masih nak bagi kerja berat lagi… “ rungut beliau.
Ali membina rumah itu dengan sambil lewa. Hatinya jelas tiada pada kerja terakhir ini.
Barangan mentah Ali sengaja menggunakan yang kurang berkualiti untuk membalas
dendam kepada bosnya yang tidak bertimbang rasa.
Sepanjang Ali membina rumah bosnya, bosnya tidak pernah datang melawat untuk
memeriksa keadaan rumah.
“Pelik, tapi bagus… saya boleh siap cepat sikit,” bisik Ali sambil meneruskan kerja sambil
lewa yang tidak berkualitinya.
sekadar haisan~... |
rasa,” kata Ali sambil tersenyum.
Akhirnya Ali menyiapkan rumahnya dan bosnya datang untuk melihat hasil kerjanya.
Yang pelik bosnya tidak masuk ke rumah apabila tiba di rumah barunya.
Bosnya menyuruh Ali keluar..
“Ini kunci. Rumah ini ialah hadiah persaraan untuk anta. Ana pasti anta dah buat yang
terbaik untuk ana sebagai hasil kerja terakhir ana,” kata bosnya.
Ali terkejut besar dan terasa malau.
Kalaulah dari awal dia tahu rumah ini adalah untuknya, sudah tentu Ali akan membuatnya
secara terbaik. Sekarang dia sendiri yang menghadiahkan ‘hasil kerja terburuknya’ kepada
diri sendir~
~sekadar hiasan~ |
Kisah Ali ini banyak berlaku pada kita. Kita membina hidup kita dengan memberikan
“reaksi” yang tidak sepatutnya, dan selalu tidak bersungguh-sungguh dalam menyelesaikan
tugas yang diamanahkan.
Kita akan terkejut dengan situasi yang kita ciptakan (hasil terburuk Ali) dan terpaksa hidup
dalam situasi rekaan kita (rumah menjadi milik Ali).
Jika kita sedar lebih awal (bahawa rumah itu adalah untuk Ali sendiri), sudah tentu kita
akan memberikan yang terbaik.
Berilah yang terbaik walaupun di mana-mana. Kita tidak tahu apa perancangan Allah, jadi
buatlah yang terbaik di mana-mana sahaja kerana hidup kita hari ini adalah hasil kerja,
sikap dan keputusan yang kita laksana selama ini.
Senyum.
^________________^
(Persuruhjaya PAS Pahang merangkap Ketua Penerangan PAS Pusat)
Best kan..~..
Tu je...nanti banyak lagi cite nak copy ni..huhu
ASSALAMUALAIKUM>>>>:D
No comments:
Post a Comment