Sebenarnya banyak perkara yang ingin Allah tunjukkan kepada kita yang kerdil ini dalam amalan berpuasa.
Antara hikmah tersirat yang terpenting dalam menahan dahaga, lapar dan nafsu ilah minda kita kurang melayang ketika berpuasa kerana dahaga, lapar dan nafsu.
Oleh kerana itu, emosi kita lebih tenang, kerana minda tiada masa untuk bersangka buruk, memikirkan perkara-perkara yang lepas, membayangkan masa depan yang menakutkan kita kerana sibuk menahan dahaga, lapar dan nafsu secara tidak sedar dan sedar
Ketika berpuasa, kita sentiasa hidup dalam "masa kini" . yang lepas tidak dikisahkan, yang akan datang tidak sempat difikirkan. Ketika pagi tidak terfikir petang, ketika petang tidak terfikir pagio. Dan masa inilah juga manusia lebih mudah mencapai ketenangan dan terasa diri kurang membazir masa .
Pada pandangan ana, itulah antara perkara tersirat yang dilatih pada diri kita oleh Allah kitika berpuasa.
Sekadar renungan, berapa ramaikah antara kita yang belajar dan juga membawa perkara tersirat yang dipelajari setiap bulan ramadhan dalam kehidupan seharian? Senyum selalu..
(dipetikd ari buku Motivasi:SENYUMLAH, Tuan Ibrahim Tuan Man)
*Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari tahun sebelumnya..
Mari sama-sama kita meningkatkan amalan di bulan yg mulia ini.
JANGAN LEPASKAN PELUANG INI !!!
Assalamualaikum..
No comments:
Post a Comment