Friday, 3 August 2012

SAHABAT SEJATI

ASSALAMUALAIKUM...

Alhamdulilah, bekesempatan untuk update blog...:D

Post kali nie, salin kt satu majalah je...





SU!!Dah lama aku melupakanmu. Tak macam dulu-dulu.Contohnya tadi - Aku betul-betul lupa, Su. Pagi tadi, aku bangun lewat. Hampir-hampir pukul tujuh. Kelam kabut aku bersiap untuk ke kelas. Mana tidaknya malam tadi tak tidur semalaman.konon-konon nak study la, SPM. Dalam bilik prep, banyak borak kosong dari study. Minta maaf Su, aku bukannya tak nak jumpa kau, tapi kau faham-faham jelah keadaan aku.


 Bukannya kau sorang je aku lama tak jumpa,Su. Zu pun aku tak jenguk. Kesian Zu. Sorry bebanyak le Zu. Aku sekarang lambat balik kelas, pukul tiga, itu pun kalau tak de kelas petang. Kalau ade kelas petang harus aku terpele ot. Balik je terasa lapar. Almaklumlah awal puasa ni. Apa lagi, terasa amat letih tidur je la. Kadang-kadang sekejap, tapi biasanya lama. Aku tahu,Zu. Dulu aku rajin jumpa kau time-time ni, tapi sekarang aku pun tak tahu kenapa aku tak dapat jumpa kau. Aku takde masa,Zu.


     As, kau sorang lagi kawan rapat aku dulu. Nampak aku macam dah mengabaikan kau je sekarang.Aku sibuk As.Petang-petang pergi library atau bilik prep. Dalam bilik tu buku bukan main banyak lagi dibawa, last-last berborak-borak dengan member, tapi biasanya mengumpat, pasal cikgu itulah  inilah   dan macm-macm lagi. Bila kekawan tiada untuk berborak mulalah mata terasa berat, nak buat mana  layan jelah.


     Mag pun aku dah ingat-ingat lupa. Agaknya sebab kau ganjil kot. Yang lain tak ganjil macam kau. Macam mana aku nak jumpa kau,Mag. Sekarang nie SPM dah nak sampai , aku tengah sibuk mengulangkaji, nak cover topik-topik yang banyak aku tak masuk kelas. Yelah dulu, banyak masa nak buat semua tu tapi, tangguh-tangguh, nilah akibatnya. Tak dapat berkawan dengan kau semua orang. Aku mesti belajar bersungguh-sungguh. Kalau aku gagal nanti, mana aku nak letak muka aku kat mak dan ayah aku. Semua orang menaruh harapan pada aku!!!


     Selalunya balik dari riadah petang aku tak terus mandi. Mana boleh mandi masa berpeluh, panau nanti. Agak-agak penat dah hilang baru aku mandi. Lepas mandi member-member ajak aku keluar makan  lepak la  main snuker la, dan macam lagi. Aku tau ada temujanji dengan Is malam nie pukul 8. Tapi member-member aku dah tunggu. Kalau aku tak pergi, nanti dorang kata aku sombong la  macam-macam lagi. Tu yang tak boleh tahan tu. Dah lepas tu kiteorang buat aktiviti, sembang la pulak. Lepas satu topik, 1 topik keluar. Balik lewat malam, lepas tu layan pulak VCD  Hindustan dengan member-member       Is sorry





    Last-last semue aku tinggalkan. Tu la pasal   dah tengah puasa ni pun buat hal lagi. Kawan-kawan semua, untuk pengetahuan korang, nama sebenar kawan-kawan aku tu Su, Zu, As, Mag dan Is masing-masing ialah Subuh, Zuhur, Asar, Magrib dan Isyak. Korang janganlah jadi macam aku . jagalah mereka dengan sepenuh jiwa dan raga. Mereka adalah KAWAN yang sebenarnya yang menjadi bekalan kita semasa menghadapi peperiksaan SPM, atau yang amat penting sekali, kita di akhirat kelak.


Wallahualam...


penat tak bace..??


*SEMOGA BERMANAFAAT...

okeh..


Assalamualaikum.......





No comments:

Post a Comment

Kau suke?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...