Wednesday, 27 November 2013

Jom kita kenali, 15 musuh dan 10 teman Iblis.

{BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM}

~BERBICARA DENGAN IBLIS~ 

Iblis dan syaitan ialah musuh ketat orang beriman. Kedua-dua makhluk Allah SWT ini tiak akan membiarkan orang yang beriman melakukan kebaikan atau ketaatan kepada Allah. Sebaliknya kedua-dua menyokong serta menghasut supaya orang berbuat maksiat dan menderhaka kepada Allah.

Sekadar Hiasan~ seramm..


  Diriwayatkan, suatu ketika Allah SWT memerintahkan iblis pergi menghadap Nabi Muhammad SAW. Iblis dikehendaki menjawab semua soalan yang ditanyakan oleh Nabi. Iblis menyamar sebagai seorang lelaki tua bertongkat.

  "Siapa kamu?" Nabi Muhammad SAW bertanya kepada Iblis.

  "Aku Iblis," jawab iblis.

  "Nabi SAW bertanya lagi. "Untuk apa engkau datang ke mari?"

  "Atas perintah Allah bagi menjawab apa sahaja pertanyaan yang kamu ajukan kepadaku," jawab iblis.

  "Baiklah," kata Nabi SAW. "aku ingin tahu, berapa ramaikah MUSUHmu dariapda kalangan umatku?"

  Iblis menjawab, "Musuhku daripada kalAngan umatmu ada 15 GOLONGAN :

  1. Engkau sendiri . (Musuh paling utama)
  2. Pemimpin yang adil.
  3. Orang kaya yang tawaduk.
  4. Peniaga yang jujur.
  5. Orang alim yang solat dengan khusyuk.
  6. Orang Mukmin yang gemar memberi nasihat.
  7. Orang Mukmin yang sentiasa memeliharahubungan silaturahim.
  8. Orang yang bertaubat dan kekal dengan taubatnya itu.
  9. Orang yang sentaisa berhati-hati terhadap barang dan perkara yang haram.
  10. Orang Mukmin yang mengutamakan kesucian.
  11. Orang Mukmin yang banyak bersedekah.
  12. Orang Mukmin yang baik akhlaknya.
  13. Orang Mukmin yang hidupnya memberi manfaat kepada orang lain.
  14. Orang yang hafal al-Quran dan mengutamakan serta memelihara hafalannya.
  15. Orang yang bersolat malam ketika orang lain sedang tidur.

  Nabi Muhammad SAW bertanya lagi, "Siapa pula yang menjadi TEMANmu dariapda kalangan umatku?'

  Iblis menjawab, "Teman-temaku daripada umatmuada 10 GOLONGAN :
  1. Hakim yang derhaka dan penguasa yang zalim.
  2. Orang kaya yang takbur.
  3. Peniaga yang tidak jujur.
  4. Peminum arakk dan kaki judi.
  5. Penyebar fitnah.
  6. Orang yang riak.
  7. Orang yang memakan harta anak yatim.
  8. Orang yang meremehkan solat.
  9. Orang yang tidak mahu mengeluarkan zakat.
  10. Orang yang panjang angan-angan tetapi malas berusaha.
  "Semua itu menjadi saudaraku," kata iblis mengakhiri pertemuan dengan Nabi Muhammad SAW.

Untuk renungan kita bersama-sama.


Assalamualaikum.. :)
Bye!

No comments:

Post a Comment

Kau suke?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...