~Bersangka baik~
Berikut adalah tips yang disarankan Syeikh Abdul Kadir Al-Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan.
- Jika engaku bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik daripadamu. Ucapkanlan dalam hatimu : " Mungkin kedudukannya di sisi Allah S.W.T jauh lebih baik dan lebih mulia"
- Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) : " Anak ini belum bermaksiat kepada Allah S.W.T . Tentu anak ini jauh lebih baik daripadaku. "
- Jika bertemu dengan orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu) : " Dia telah beribadah kepada Allah S.W.T jauh lebih lama daripadaku, tentu dia lebih baik dariapdaku. "
- Jika bertemu dengan orang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu) : " Orang ini memperoleh kurnia yang tidak pernah aku kuperoleh, mempunyai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang aku tidak ketahui dan dia mengamalkan ilmunya. Tentu dia lebih baik daripadaku. "
- Jika bertemu dengan seorang yang jahil, maka katakanlah (dalam hatimu) : "Orang ini bermaksiat kepada Allah S.W.T kerana dia jahil (tak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepada-Nya padahal aku mengetahuinya akibatnya. Aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik daripadaku."
- Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) : "Aku tidak tahu bagaimana keadaanya kelak, mungkin pada akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh, dan mungkin boleh jadi pada akhir usiaku kufur dan berbuat buruk.
Demikian antara ajaran yang dititipkan oleh seorang ulama yang masyur yang juga disebutkan sebagai penghulu segala wali. Beliau mengajar diri kita agar cuba memujuk diri sendiri dengan kalam-kalam yang baik.
Dipetik dari Buku Menyeru kepada Allah (A. Ubaidillah Alias)
Allah berfirman dalm Al-Quran nur karem :
Bersangka baik dengan segala ketentuan Allah..
Erm tu ja..
#semoga bermanafaat.
Assalamualaikum . ^___^
No comments:
Post a Comment