Friday, 13 December 2013

Andai Rasulullah s.a.w Melihat Aku Berfacebook....


{Bismillah.. }


Assalamualaikum .. hai , awak yg di sane tu .. saye nak berkongsi sedikit entri entah dari siapa , tapi ade sedikit tambahan dari saye  

Tajuknya 'Andai Rasulullah s.a.w Melihat Aku Berfacebook' .. 



Apa yang anda nampak bila dengar tajuk tu ? 

Seperti yang kita tahu , setiap sesuatu ada 'pro and cons'nya kan ? 
Apa kebaikan facebook and apa pula keburukannya ? Setengah orang cakap facebook ni dapat menambah kenalan .. 
Ada jugak yang cakap "disebabkan kita friend dengan bermacam umur manusia , so sedikit sebanyak kita dapat tahu apa yang berlaku .. 

Contohnya di universiti .. Kira dapat info sikit pasal U .." Hah , ada jugak yang jawab , facebook ni boleh jadi alat untuk kita menarik minat non-muslim terhadap Islam ..

 Dan dia cerita pengalaman dia ber'chatting' dengan seorang kristian .. Muslimah Dan Facebook ? Nampak tak sebenarnya apa yang saya cuba nak sampaikan melalui tajuk tu ? Ok , begini ya anak-anak ..
Kalaulah kan , seandainya Rasulullah s.a.w masih ada , bersama kita , melihat kita .. agak-agak macam mana ? 

Apalagi bila Baginda tengok kita muslimah ni dengan apa yang kita buat .. 

Peringatan , BILA KITA BERFACEBOOK , Agak-agak kena puji atau kena tegur ? 
Sebelum tu kena check dulu .. Apa yang kita buat dengan facebook kita .. Bermanfaat untuk orang lain atau tak ?
Dedah aurat tak kat facebook ? Kalau dah tutup aurat pun , masih berbalas komen dengan mesra tak dengan lelaki ? 

Chatting yang tak penting ? Gambar tayang sesuka hati ? Ada tak gambar yang spesis menggoda gitu .. 

Cuba check ! Kalau Nabi Muhammad s.a.w tengok bagaimana kita ber 'facebook' ni , agak-agak kena puji tak ? Masa nak berfacebook tu , apa rujukan anda ? 

Siapa sasaran status anda ? 

Banyak jenis orang di facebook ni .. Ada yang buat facebook macam diari .. "Facebook aku , suka hati aku la nak post apa pun ! nak upload gambar dengan pakwe aku ke , lantak akulah .. aku bukannya anak kau pun .. yg ko nak nasihat2kan aku ni kenapa ? " 

Amboi , sedapnya bahasa dia .. Ini yang saye baca dari status seorang teman bila dinasihati oleh teman2 nya yg lain .. Tersentak .. Makan dalam kot .. hehe .. Tapi , die lupa bahawa setiap mata yg melihat gambar die dengan pakwe die berpegangan tangan , berpeluk-pelukan macam monyet ' dan macam2 adegan yg selayaknya suami isteri lakukan .. 

Mata-mata yg melihat inilah yg akan menjadi saksi pendakwaan dose die di mahkamah ALLAH itu nanti .. Masa tu , alasan die tu dah tak sah , dah tak VALID lagi dah .. Sama jugak kalau antum seorang MUSLIM .. 

Gambar-gambar yg antum upload , memang tak menyebabkan fitnah macam wanita .. 

Tapi , berhati-hatilah , jangan sampai nak tayang body ( walaupun bukan aurat ) ..
Kemudian , yang sedihnya bila golongan muslimah , yang faham pengertian ikhtilat , yang faham apa yang wajib dia faham, pun ter'jerumus' dalam the bad side of Facebook .. 
The bad side of Facebook ? Muslimah ? macam mana tu ? Begini .. Bagaiman syaitan menghias maksiat , kaburkan pandangan kita .. 

Yang buruk tu nampak macam baik .. Faham kan ? 

Contoh mudah .. Kita couple .. Couple islamik la kononnya .. 
Datang istilah dari mana pun tak tau la .. 

"Kita tak pernah jumpa pun dengan boyfriend kita .. Mesej-mesej je .. Tu pun sebulan dua kali .. Mesej yang elok-elok je la .. Kejut tahajud , subuh , bagi nasihat dan tazkirah .. Kita saling mencintai kerana Allah .. Apa tu orang kata , ukhuwwahfillah ? Ha, ye la tu .. Tak dosa .. Kami tahu syariat sebab tu tak couple macam orang lain .. Couple macam orang lain tu kan taqrabul zina .. Kami ingat dosa lagi tau .." 

Betul ke ni ? 

Contoh dalam facebook .. Kita post status dengan genre Islamik , Kemudian ada la rijal mari bertandang , 

"Bagusla enti ni .. Post status yang bermanfaat untuk semua .. Kalau enti masuk ustazah pilihan confirm menang ni .." "Eh , takdelah .. Biasa-biasa je .. Enta tu lagi hebat .. Post hadith memanjang .. Kalau masuk Imam Muda , mesti kalah semua orang ." 

Nampak ? Wahai saudara seangkatan segenderku ! Siapa yang buka ruang sebenarnya ni ? Kemudian kalau ikhwan tu tiba-tiba jadi mesra , mula la nak bersalah sangka , "Eh ,dia ni .. 
Nampak je waro' tapi miang jugak .." "Tak sangka dia berani nak hint-hint aku .. Dia sedar tak aku ni siapa , dia tu siapa ?" Hmm , Kasihan muslimin .. Dipersalah terus menerus ..

Saudari , jangan salah faham .. Bukan saya nak back up pakatan axis Y ni .. Tapi kadang-kadang ada sesetengah perkara tu salah kita sebenarnya .. Seterusnya , post status cinta .. Semua status dia tu bertemakan cinta .. Cinta islamik popular sekarang ni kat facebook kan ? Banyak page-page cinta islamik .. Malah , Buka sahaja facebook .. Dekat home tu boleh dikatakan separuh atau lebih yang bercerita soal cinta .. 
Termasuk saya , kadang-kadang .. "Aku mencintaimu kerana agama yang ada pada dirimu .. Kalau hilang agamamu , maka hilanglah cintaku padamu .." Tipu kalau tak pernah dengar quote tuh .. "Aku menunggumu kerana Allah .." Remaja , Jangan layu sangat dengan falsafah cinta .. 

Da'ie itu bukan membuang masanya dengan falsafah cinta sahaja .. Bimbang mulut menutur nasihat cinta islamik , sedangkan hati sedang memujuk nafsu agar mendekati .. Jangan salah faham .. Bukan nak cakap benda ni salah .. 

Baguslah sebenarnya kalau cinta berlandaskan iman .. Tapi takkan itu sahaja yang kita fikir ? Kalau lah kecintaan terhadap ummah macam ni .. Subhanallah .. 

Musuh islam pun gerun tengok kita .. Ada jugak yang spesis 'aku like kau , kau like aku' .. Tiap-tiap status dia like .. Macam pelik je , status yang tak menarik pun di 'like' .. Ni like status ke like tuan status ?
Status sesama gender tu kurang pula dia nak like .. 
Status yang different gender tu juga dia nak like .. Apa tuh orang kata , macam magnet .. Kan ? Kalau North sama North , dia tolak .. North dengan South baru boleh tertarik .. Magnet nak main aci-tarik-aci-tolak pun tak apala .. Magnet tak kenal halal haram .. Tapi yang kita ni .. Sepatutnya dah terlebih faham kan .. 

Lagi satu, pasal gambar .. Kalau boleh tak perlu la nak upload gambar yang jelas terang-terangan sampai nampak segala jerawat .. Muslimah , Walaupun awak tutup aurat dengan sempurna sekalipun , jangan jadikan perkara itu sebagai lesen untuk awak upload gambar sesuka hati .. 

Kita tak tau hati orang .. Kita tak tau apa yang orang pakatan axis Y tu fikir .. 

Jadi jagalah perlakuan kita , mahalkanlah mahar maruah kita .. Kemudian , untuk kamu yang berniqab .. ( untuk saye jugak ) 

Walaupun hanya nampak mata sahaja , janganlah kamu ambil gambar yang agak 'melampau' .. Bimbang nanti terpesong niat pula .. 
Moga dijauhkan .. 
Kita berniqob kerana Allah .. 
Sebab nak jadi lebih baik dari sebelum ni .. 

Jadi , rasanya tak perlu untuk kita letak gambar berniqob yang agak jelas .. Gambar individual , kalau ramai-ramai lain cerita .. 
Masalahnya gambar yang shooting dekat .. Jelas keindahan mata yang mempesonakan .. 
(Sila jangan marah ya , saya pun niqobi jugak  



Andai Rasulullah s.a.w melihat aku berfacebook , 
apakah reaksinya ? 

Kecewakah dia denganku ? 

Ya Allah , peliharalah diri kami dari segala yang membinasakan .. 

Jadi sekarang ape yg perlu kita buat ? 

ok , sekarang keluar dari TIMELINE saye yg agak buruk dan membosankan ni .. then pergi ke TIMELINE korang , pergi ke file photos korang .. 
then tengok ade tak gambar2 yg tak patut ade kat situ .. 

Kalau ade DELETE / PRIVATEKAN .. 

Kalau tak de ALHAMDULILLAH .. BOLEH BALIK AWAL dari SEKOLAH FACEBOOK .. 

Entry ini hanya sekadar perkongsian , pandangan. Take it or leave it .. Don't judge a writing by its author .. 
Aku hanya hamba yang dhoif , baru belajar nak kenal Tuhan :') By ~ Nik Nur Al-Hafizah


#Alhamdulilah, Habis juga baca, Insya-Allah bermanfaat untuk kita semua ^_^

Untuk renungan bersama-sama...


Assalamualaikum.. :)

Saturday, 7 December 2013

Banjir; Apa kewajipan kita ?

{Bismillah..}

Copy dari : -

-Fb : Dewan Ulamak Pas
-Oleh Dr Khairuddin at-Takiri

Banjir telah berlangsung hampir seminggu. Kawasan yang teruk dilanda banjir ialah Kuantan dan Kemaman. Kuantan hampir lumpuh kerana banjir menenggelamkan hampir seluruh bandar Kuantan. Begitu juga Kemaman. Walaupun hari ini air di bandar Chukai sudah mulai surut namun kg Air Putih masih menyaksikan banjir dengan arus deras yang boleh mengancam nyawa.

Setakat semalam 6hb disember 2013 akhbar melaporkan di Pantai Timur seramai 42, 626 telah dipindahkan. 

Pahang merupakan negeri paling buruk mengalami kesan musim tengkujuh ini dengan 34,235 mangsa banjir masih ditempatkan di pusat-pusat pemindahan di Kuantan, Pekan, Rompin, Maran, Jerantut, Lipis, Temerloh dan Bera. Rompin menempatkan 2,865 mangsa banjir, Pekan (3,218), Maran, (49), Jerantut (451), Lipis (33), Temerloh (167) dan Bera (61). Kuantan masih mencatatkan jumlah mangsa paling banyak iaitu 27,391 orang yang ditempatkan di 48 pusat pemindahan.



Pray 4 Temerloh :)


Di Terengganu setakat semalam jumlah mangsa banjir di Kemaman adalah sebanyak 2,372 (595 keluarga), Dungun 2,668 (670 keluarga), Hulu Terengganu 844 (242 keluarga), Setiu 99 (32 keluarga) dan Marang 63 (18 keluarga).


Bagaaimanakah sikap kita dalam menghadapi situasi banjir ini? Saya mencadangkan beberapa perkara berikut: 



1. Bagi mangsa banjir banyakkanlah bersabar dengan sentiasa menyebut innalillahi wainna ilaihi raji'un sebagaimana diajar oleh al-Quran kepada mereka yang menghadapi musibah (rujuk surah al-Baqarah ayat 155-156). Mudah-mudahan mereka diberikan ganjaran pahala yang banyak oleh Allah menerusi musibah dan segera diganti oleh Allah dengan yang lebih baik sebagaimana sabit dalam beberapa hadis.

2. Mereka juga perlu banyak berdoa agar Allah lepaskan segera mereka daripada kedukacitaan ini dengan membaca doa-doa yang diajar oleh Rasulullah saw seperti

حَسْبِيَ اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ "
Cukuplah Allah bagi diriku dan Dialah sebaik-baik tempat menyerah diri
Surah Aali Imran ayat 173

Amalkan Doa Nabi Yunus ketika dalam perut ikan Nun dalam surah al-Anbiya ayat 87: 

لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

Tiada Ilaah yang ditaati melainkan Engkau. Maha suci Engkau sesungguhnya aku tergolong kalangan orang yang menzalimi diri

3. Bagi bukan mangsa banjir inilah waktu kita menunjukkann keprihatinan terhadap mangsa banjir sebagai lambang ukhuwwah persaudaraan Islam dan persaudaraan kemanusiaan. Kesusahan mereka adalah kesusahan kita juga. Dicubit peha kanan yang kiri juga terasa. Rasulullah saw adalah yang paling prihatin terhadap umat sehingga Allah gambar baginda sebagai "merasa berat ke atas dirinya apa yang kamu semua deritai". Rujuk surah al-Taubah 128.

4. mangsa banjir memerlukan sokongan moral. Maka marilah kita turun mengunjungi mereka dengan sekurang-kurangnya melemparkan senyuman kprihatinan dan tanya khabar yang pasti sahaja menggembirakan mereka. Nabi bersabda: sesiapa yang melepaskan satu kedukacitaan daripada saudaranya di dunia maka Allah kepaskan kedukacitaannya di hari Akhirat." Hadis riwayat Muslim

5. Mangsa banjir di kala ini memerlukan bantuan makanan, selimut, tikar, pakaian, pampers anak. Maka marilah kita segera hulurkan bantuan kewangan kepada mereka sama ada menerusi pelbagai pihak yang sedang mengumpulkan dana dan menyediakan kelengkapan atau dengan turun sendiri menemui penyelia pusat pemindahan dengam membawa bahan-bahan keperluan.

6. Bantuan untuk mereka tidak boleh terhenti setakat berakhirnya banjir malah mereka memerlukan bantuan untuk kembali bangkit untuk hidup kerana mereka telah kemusnahan harta benda yang banyak sama ada rumah, kenderaan, pakaian, alatan rumah dan dokumen rasmi. NGO-ngo kebajikan perlu merancang bantuan kewangan untuk mereka menghadapi sekurang-kurangnya sesi persekolahan baru.



Moga banjir yang berlaku memeberi hikmah yang besar. Moga musibah ini membawa kita semua kembali kepada Allah. Moga doa mangsa banjir dan kita semua kepada Allah serta keprihatinan kita terhadap mangsa banjir diganti oleh Allah dengan keberkatan hidup untuk rakyat Malaysia. 

Allahu Akbar. Allahu Akbar Allahu Akbar walillahil hamd.

YB Ust Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat
Ahli Parlimen Kuala Nerus


MOH bace..




Cerita Kami...


| Bismillah...|

INI  status Fb kakak ... Maratul Husna Roslan
Rasenye dah lame dah dia update, takpe2 yg penting copy je . .^_^
Tak silap dia buat sepena hari Lahir ayah .




Cerita Kami....Layan je laa....


Siapa yang tak sayang ayahnya?
ya ini cerita kami 7 beradik  aku masih ingat......

Setiap hari ayah akan bagi jadual siap-siap.
"lepas makan sarapan ni, terus ngaji, dan belajar, ambil buku dan duduk kat meja depan tu"
kadang-kadang ayat ini membuat kami sakit hati, berulang-ulang perkara yang sama. Tapi ayah juga guru, ayah juga tahu cara nak didik anak-anak.

Ada kalangan adik-adikku akan memberontak kerana ayah bukan mahu ikut selera kami yang tahu lepak-lepak, tapi ayah ikut disiplin ayah.

Tiap kali cuti pasti ayah akan buat begitu, terutama Sabtu dan Ahad. Aku masih ingat ayah selalu serius dalam mendidik kami, kerana ayah akan pegang rotan di tangannya, sambil kadang-kadang bagi latihan yang di cari dalam buku2 latihan,berjenaka dan check kerja-kerja sekolah kami.

Disebabkan kami ini membesar serentak, rapat-rapat, selang setahun, ayah punya cara didik yang berbeza.

Kami TIDAK PUNYA TELEVISYEN di rumah! YA, sejak dari kecil kami tidak ada TV. hanya mainan Soduku, Saidina, Scrabble, dan Monopoli menjadi hiburan kami sekeluarga. Mungkin orang kata kami kolot. oh tidak, kami adik-beradik pada mulanya memang geram dan malu, tiap kali ke sekolah kawan-kawan bercerita itu dan ini tentang rancangan TV. kami hanya memasang telinga dan ternganga!! Balik-balik rumah, ayah..beli la TV. nak tengok cerita ROSALINDA. hahha..itu dulu..

Tapi kini, bila dah besar kami mula berterima kasih pada ayah, kesan sangat positif yang kami sedar, kami tidak terjebak dengan 'dosa mata'. ayah hanya tersenyum! kata ayah, tak mahu jadi macam cerita anakku Sazali, bila dah besar kamu salahkan ayah beli TV dan tak didik kami 

Kadang-kadang ayah keluar buat kerja dakwah, kami curi-curi menonton filem di rumah sebelah, tiba-tiba ayah pulang, kami pun kena marah, kadang2 ayah rotan, ayah akan suruh ambil wuduk dan mengaji seta ayah nasihat untuk sikap kami jadi lebih dan berubah.

Ayah selalu paksa kami pergi USRAH, kerja DAKWAH, edar RISALAH, dan CERAMAH, kesan dari paksa ini nampak kami lebih terdedah!

alhamdulillah, sekarang kami dah besar 21-13tahun umur adik-beradikku. Terima kasih Allah, bagi kami ayah yang garang dan tegas pada tempatnya, tahu mendidik kami yang sangat nakal ini  Dimana kekurangan mu yang ada kami tetap bersyukur punya ayah MITHALI seperti ayah Roslan Ahmad!

p/s: sekali lagi!! ayah tak mahu jadi macam cerita anakku Sazali, bila dah besar kamu salahkan ayah beli TV dan tak didik kami 

Hari ini hari lahir ayah kami, selamat hari lahir ayah, terima kasih atas segalanya, mohon maaf kalau ada salah dan silap, mga ayah istiqamah, allahummar zuqna istiqaamah~



.............................................................................................
Sekarang, ibu dan ayah saye memang sibuk. Tapi saye tak kisah pun. :D


Ibu ayah teruskan berkhidmat dan berbakti bersama masyarakat, mungkin dengan sumbangan ibu ayah pada masyarakat, Allah permudahkan urusan kami dalam pelajaran. 

Benar, masyarakat lebih memerlukan kalian. Kami tidak pernah rasa terpinggir walaupun kalian jarang bersama kami. Sungguh! kami memahami tugas kalian.

♥♡ Sayang ibu ayah ♥♡



Ayahku..:)

Ibu ku :D
-kakak punya status lagi (copy)..huhu


Gambar kami sekuarga waktu raya 2013 ^_^

Jom kita sama-sama berdoa......

"Wahai bumi telanlah airmu, dan wahai langit berhentilah dari curahan hujanmu.."-Surah Hud:44





*Sekadar perkongsian .. ^_^

Assalamualaikum..

Sesiapa yang ingin memberikan sumbangan kepada mangsa banjir !!


{Bissmillah..}

Assalamualaikum...^_^

Berita pasal banjir ni sentiasa terdengar di mana-mana ja.

# Alhamdulilah, bagi yg tidak ditimpa musibah banjir tu, banyakkan bersyukur .. :)

Kita sebagai saudara seIslam, sangat kesian dengan nasib yg menimpa saudara kita.

Selain usaha kita dengan doa dan tenaga, kita juga boleh bagi bantuan kewangan.

Di sini ada beberapa 'iklan' untuk sesiapa yg baik hati yang sudi membuat sumbangan
*jangan lepaskan buat kebaikkan.
# Allah dah bagi kita rezeki, kita jangan tak balas 'budi'.
# Insya-Allah, apa yg kita beri, Allah lipatkan gandakan rezeki.


~MUSLIMAT PAS~


~UNIT AMAL KAWASAN BESUT~

~KUANTAN~

~NEGERI PAHANG~
'Prihatian Rakyat'




Semoga usaha kita, mendapat keredhaan-Nya.. ^_^

~TERUSKAN BERDOA...~

# Berat mata memandang, berat lagi mahu yg memikul.. !

Apa yg menyedihkan adalah :




Assalamualaikum..:)

Banjir 2013 ...Sedih lagi menyedihkan ~

{Bismillah..}

Copy adri FB  Suhaimi Md Saad


Mari kita tengok siapa yg kena?

PERHIMPUNAN AGUNG UMNO.

Sebanyak 24,200 biji telur diguna dalam menyediakan makanan kepada hampir 20,000 tetamu sepanjang Perhimpunan Agung Umno 2013 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Lima kali sehari makan untuk 19,850 tetamu terdiri daripada perwakilan dan tetamu kenamaan.

5,720 kilogram (kg) beras, 
5,400 kg daging lembu, 

6,050 kg daging ayam,
4,950 kg jenis ikan,
3,410 kg sayur dan
880 kg tepung gandum.

1,200 warga kerja sambilan dengan kebanyakannya bertugas di bahagian dapur.

"Selain itu 600 anggota keselamatan turut bertugas sepanjang perhimpunan ini terdiri daripada anggota Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam dan RELA




MANGSA BANJIR KUANTAN


"Kami tak makan 2 hari" budak kolej Ranaco

"Makanan banyak sampai kat pusat ni tapi dia orang simpan dlm stor" Mak cik Limah

"Saya dan anak anak berada atas almari selama 2 hari. Kami kelaparan dan tak dapat sebarang bantuan" ibu tunggal

"Kami makan sehari sekali, makan tengahari pada pukul 6 petang sbb bantuan tak sampai" Pak Kob.





SEDIH LAGI MENYEDIHKAN...;)

CUbe tengOK gambar ni..macm ni la pemimpin yg kita nak.. (YB)..

Rakyat tengah perlukan dia, dia ada. Bukan sibok BerhiMpun je.





Sekadar renungan..~


Ada cerita pasl banjir ni....ce bace jap .. ^_^
#luahan hati...


2 lagi, cerita..
*layan je




Apa yang kita boleh buat ?... 

bagi sumbangan ja lahh, samada dari segi bantuan kewangan,makanan, keperluan, tenaga dan doa.

#Pray For Kuantan dan temerloh serta kawasan-kawasan yg senasib dengan nya.

Kepada yang ditimpa musibah Banjir ni banyakkan berSABAR ~


saye sangat setuju dengan kata-kata dia walaupun kita bukan satu parti !


"UMNO LEBIH MEMENTINGKAN PERSIDANGAN DARIPADA MEMBANTU MANGSA BANJIR DI PAHANG DAN TERENGGANU..."Bekas calon Ketua Pemuda Umno, Syed Rosli Syed Harman Jamalulail

, Umno sepatutnya menangguhkan persidangan kerana keadaan banjir di Kuantan amat kritikal. “Sepatutnya para pemimpin Umno semua berada di kawasan banjir membantu mangsa terutamanya di Pahang, Terengganu dan Kelantan,” kata beliau.


tU JE.. :D

Assalamualaukum.. :)

Monday, 2 December 2013

Kenapa Doa KIta Ditolak ??


{Bismillah.. }

#copydariFB ja

Suatu ketika Ibrahim bin Adham, seorang alim yang terkenal zuhud dan wara’nya, melewati pasar yang ramai. Selang beberapa saat beliau pun dikerumuni banyak orang yang ingin minta nasihat. Salah seorang di antara mereka bertanya, “Wahai Guru! Allah telah berjanji dalam kitab-Nya bahwa Dia akan mengabulkan doa hamba-Nya. Kami telah berdoa setiap hari, siang dan malam, tapi mengapa sampai saat ini doa kami tidak dikabulkan?”Ibrahim bin Adham diam sejenak lalu berkata, “Saudara sekalian. Ada sepuluh hal yang menyebabkan doa kalian tidak dijawab oleh Allah.

~10 NASIHAT IBRAHIM BIN ADHAM~

-PERTAMA, kalian mengenal Allah, namun tidak menunaikan hak-hak-Nya.

-KEDUA, kalian membaca Al-Quran, tapi kalian tidak mau mengamalkan isinya.

-KETIGA, kalian mengakui bahwa iblis adalah musuh yang sangat nyata, namun dengan suka hati kalian mengikuti jejak dan perintahnya.

-KEEMPAT, kalian mengaku mencintai Rasulullah, tetapi kalian suka meninggalkan ajaran dan sunnahnya.

-KELIMA, kalian sangat menginginkan surga, tapi kalian tak pernah melakukan amalan ahli surga.

-KEENAM, kalian takut dimasukkan ke dalam neraka, namun kalian dengan senangnya sibuk dengan perbuatan ahli neraka.

-KETUJUH, kalian mengaku bahwa kematian pasti datang, namun tidak pernah mempersiapkan bekal untuk menghadapinya.

-KELAPAN, kalian sibuk mencari aib orang lain dan melupakan cacat dan kekurangan kalian sendiri.

-KESEMBILAN, kalian setiap hari memakan rezeki Allah, tapi kalian lupa mensyukuri nikmat-Nya.

-KESEPULUH, kalian sering mengantar jenazah ke kubur, tapi tidak pernah menyadari bahwa kalian akan mengalami hal yang serupa.

”Setelah mendengar nasihat itu, orang-orang itu menangis.

Dalam kesempatan lain Ibrahim kelihatan murung lalu menangis, padahal tidak terjadi apa-apa. Seseorang bertanya kepadanya. 
Ibrahim menjawab, 

“Saya melihat kubur yang akan saya tempati kelak sangat mengerikan, sedangkan saya belum mendapatkan penangkalnya. 
Saya melihat perjalanan di akhirat yang begitu jauh, sementara saya belum punya bekal apa-apa. 
Serta saya melihat Allah mengadili semua makhluk di Padang Mahsyar, sementara saya belum mempunyai alasan yang kuat untuk mempertanggungjawabkan segala amal perbuatan saya selama hidup di dunia.” 

..wallahua'lam..

Jom kita doa !





*semoGa berguna untuk kita semua

ASsalamualaikum :)

Nikmat Sihat.

{Bismillahirrahmanirrahim}

Ni  post  Lama Yg  duduk Dlm DRAF... 🔙

Assalamualaikum awak, saya kagum dengan semangat awak yg bukak blog saya yg .... ni :)

Hari ini aku nak bercerita sikit, rasa dah lama aku tak cerita . Asyik copy je kan. huhu

Pada hari Jumaat hari tu (tak ingt dah tarikh tu tapi rasenya bulan 11/2013), sedang aku 'khusyuk' melayari internet. Aku dikejutkan dengan bunyi enjin motor . Dalam difikiranku terus boleh agak dah siapa yg balik tu. Siapa lagi kalau bukan adik aku yg sorang tu - sejak abang2 ku ke UNIMAS , motor tu jadi macam harta dia je lah.

Tapi, hari tu aku pelik juga la,
sebb selalunya apabila dah balik, dia terus je masuk rumah . Hari ni aku dengar macam ada perbualan antara dia ngan pakcik Salleh yg kebetulan tengah bertukang di rumahku. Aku menjangkakan tiada apa-apa yg berlaku dengan perbualan itu. Mungkin dia menceritakan 'kehebatan' dia bermain Futsal  ja kot atau hal-hal lain.

Apabila pintu rumahku dibuka, aku terdengar  bunyi tapak kaki yg semakin menghapiriku, tiba-tiba...

"Ya Allah, Hadi apa yg berlaku ni? " aku terkejut besar dengan keadaan Hadi yang berjalan menggunakan 'tongkat' kayu yg saiznya lebih tinggi dari dia . Patah kaki ? - itulah yg kufikirkan .

Hadi hanya mendiamkan diri...Di tangannya kelihatan 2 plastik kecil dipengangnya.

Otakku terus laju meneka apa yg berlaku, apa yg difikirkan aku waktu adalah kemungkinan besar dia telibat dengan kemalangan jalan raya berdasarkan kecerdeaan yg dialami dan cara dia berjalan terhuyung-hanyang- tak seimbang mungkin , bukn sebb mabuk -_-..Alhamdulilah ada tongkat kayu tu.

Dia terus melangkah ke arah tangga ingin ke biliknya seperti biasa.
Aku menjadi semakin risau dengan keadaannya. Dah la berjalan kat lantai pun dah tak berapa boleh, ni nak naik tangga.

Aku terus bangun dari kerusi , dan menawarkan diri untuk memapahnya -walaupunku tahu aku tak mampu nk papah dia berikutan badannya lebih besar dari ku . -_-. Tapi apa salahnya membantu kan.

Dia pantas menolak pertolonganku. Dalam hatiku berkata, ni lelaki ramai yg ego, tengok la dalm keadaan macm ni pun.. ermm. Hanya tongkat tu lah haranpan terakhirku. Semoga Dia berjaya 'bawak' Hadi naik .
Kalau bersangka baik pun, mungkin dia tak nak susahkan orang . ^_^

Dum, dum, dum...terdengar hentakan tongkat yg 'memandu' tuaanya naik ke atas.

Aku terus duduk kembali. Mata sememangnya di skrin laptop, tapi hati betapa risaunya dengan keadaan adik aku tu. Apa dah jadi senbenarnye? Kaki di patah ke? Teruk ke motor dia kene langgar?, tapi muke dengan tangan dia oke je. Ibu dah tau ke?kalo Ibu tau mesti dia risau punye.
Tu la antara persoalan yg tak boleh koi jawab sendiri sebab tuan dia tak bagi tau .

Lantas, waktu tu juga.. otakku mengingati pada perbualan Hadi ngan ibu aku.

Hadi : Ibu, Hadi nak pergi bandar , nak main Futsal.

Ibu : Aok ni, asyik main ja.

Erm..aku fikir mungkin dapat rasakan apa yg akan berlaku. Firasat ibu ...ermm

Tiba-tiba, terdengar orang turun tangga. Siapa lagi kalo bukan dia tu. tapi kesian keadaanya tu. Jalan gaye ape entah. Dia ke dapur menggunakan "troli' (kurusi je). Dia macam biasa suka berdikari . Tolak sendiri je lah kerusi tu sampai ke dapur.

Aku sebenarnye tak nampak ape yg dia buat, tapi boleh agak. Sebab waktu tu azan Asar, aku pergi ambil wudhuk, sedar-sedar dia dah sampai dapur dengan kerusi yg aku duduk waktu on9 tadi.

Tanpa kesedari ada suara yg menyapa :

"Tolong ambil nasi " Suara Hadi sedang menyuruhku.

Aku pun ke dapur dan terus je buat ape yg dia mintak. Kesian punye pasal la ni. Dia macam Bos je lepas tu, aku pulak macm pekerja tanpa gaji. Insya-Allah, dapat pahala Free kan.?

Rupanya dia suruh ambil air sebab nak makan ubat dan 2 plastik yg dia pegang waktu nak naik tangga tu UBAT...erm, dah ke Klinik ke?

*waktu ni la aku mengambil kesempatan untuk 'membebe'
 - Allah bagi sakit, sebab dia nak aok ingt kat dia.
 -mungkin aok banyak da buat dosa, Allah nak hapuskan doa la tu.

Pastu aku duduk kat meja dan nak tanye la, ape dah belaku sebenarnye (peluang jangn dilepaskan)

"Kenapa kaki tu?

"Retak kat sini" Sambil menunjukkan tanganannya di peha kirinya.

"Oh, abih macam mana boleh jadi "

"Waktu main futsal tu, entah macam mana ada orang 'tersepak' , dah la baru2 nak panas badan, pastu terus rase sakit sangat kaki ni. tak jadi la main futsal, duduk kat tepi ja. Tapi, makin lame makin sakit la pulak kaki ni. Tu la, abih ja main futsal pergi Hospital.

Alhamdulilah, apa yg aku sangkakan tak betul. Dia tak terlibat dengan kemalangan. Motor pun masih elok

"Siapa yg hantar aok balik rumah ni" aku bertanye masih tak 'puas hati'.

"La, orng bawak motor sendiri la"

"Tak sakit ke ? "

"Tahan je lah "

Nak diringkaskan cerita, yg gayenye susah dh nk ringkas kan.

Dekat nak magrib dah, Ayah ngan Huda pun balik. Aku terus ja jadi 'barua' cakap pasal kaki Hadi retak.
Huda pun tekejut gek koi tengok, ayah koi plok buat biasa ja (name pun ayah kan).

Malam tu, Hadi turun balik kat bawak setelah 'betape' lame gile dalm bilik tu.
Mungkin nak makan lagi ubat dia tu.
Ibuku kelihatan risau juga dengan dia tu.
Jalan masih dengan 'sebelah kaki' ja.. kesian.


Hari kedua peristiwa berikut, Alhamdulilah -kesihatan kaki dia gaya da oke sikit dari semalam.
Tapi waktu nak ambil wuduk dia pun jalan 'satu kaki' @lompat-lompat macm main teng-teng ja, aku nak gelak je, tapi dalm hati je la, kang sedih pulak dia.
Tulah he ceritanya😊

Nabi  bersabda :
"Rebutlah 5 Perkara seeking 5 Perkara :
1) Muda  sebelum tua
2) Kaya  sebelum miskin
3) Lapang  sebelum sempit 
4) SIHAT SEBELUM SAKIT
5) Hidup  sebelum mati

Semoga bermanfaat 📚

Kau suke?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...