Monday, 2 December 2013

Nikmat Sihat.

{Bismillahirrahmanirrahim}

Ni  post  Lama Yg  duduk Dlm DRAF... 🔙

Assalamualaikum awak, saya kagum dengan semangat awak yg bukak blog saya yg .... ni :)

Hari ini aku nak bercerita sikit, rasa dah lama aku tak cerita . Asyik copy je kan. huhu

Pada hari Jumaat hari tu (tak ingt dah tarikh tu tapi rasenya bulan 11/2013), sedang aku 'khusyuk' melayari internet. Aku dikejutkan dengan bunyi enjin motor . Dalam difikiranku terus boleh agak dah siapa yg balik tu. Siapa lagi kalau bukan adik aku yg sorang tu - sejak abang2 ku ke UNIMAS , motor tu jadi macam harta dia je lah.

Tapi, hari tu aku pelik juga la,
sebb selalunya apabila dah balik, dia terus je masuk rumah . Hari ni aku dengar macam ada perbualan antara dia ngan pakcik Salleh yg kebetulan tengah bertukang di rumahku. Aku menjangkakan tiada apa-apa yg berlaku dengan perbualan itu. Mungkin dia menceritakan 'kehebatan' dia bermain Futsal  ja kot atau hal-hal lain.

Apabila pintu rumahku dibuka, aku terdengar  bunyi tapak kaki yg semakin menghapiriku, tiba-tiba...

"Ya Allah, Hadi apa yg berlaku ni? " aku terkejut besar dengan keadaan Hadi yang berjalan menggunakan 'tongkat' kayu yg saiznya lebih tinggi dari dia . Patah kaki ? - itulah yg kufikirkan .

Hadi hanya mendiamkan diri...Di tangannya kelihatan 2 plastik kecil dipengangnya.

Otakku terus laju meneka apa yg berlaku, apa yg difikirkan aku waktu adalah kemungkinan besar dia telibat dengan kemalangan jalan raya berdasarkan kecerdeaan yg dialami dan cara dia berjalan terhuyung-hanyang- tak seimbang mungkin , bukn sebb mabuk -_-..Alhamdulilah ada tongkat kayu tu.

Dia terus melangkah ke arah tangga ingin ke biliknya seperti biasa.
Aku menjadi semakin risau dengan keadaannya. Dah la berjalan kat lantai pun dah tak berapa boleh, ni nak naik tangga.

Aku terus bangun dari kerusi , dan menawarkan diri untuk memapahnya -walaupunku tahu aku tak mampu nk papah dia berikutan badannya lebih besar dari ku . -_-. Tapi apa salahnya membantu kan.

Dia pantas menolak pertolonganku. Dalam hatiku berkata, ni lelaki ramai yg ego, tengok la dalm keadaan macm ni pun.. ermm. Hanya tongkat tu lah haranpan terakhirku. Semoga Dia berjaya 'bawak' Hadi naik .
Kalau bersangka baik pun, mungkin dia tak nak susahkan orang . ^_^

Dum, dum, dum...terdengar hentakan tongkat yg 'memandu' tuaanya naik ke atas.

Aku terus duduk kembali. Mata sememangnya di skrin laptop, tapi hati betapa risaunya dengan keadaan adik aku tu. Apa dah jadi senbenarnye? Kaki di patah ke? Teruk ke motor dia kene langgar?, tapi muke dengan tangan dia oke je. Ibu dah tau ke?kalo Ibu tau mesti dia risau punye.
Tu la antara persoalan yg tak boleh koi jawab sendiri sebab tuan dia tak bagi tau .

Lantas, waktu tu juga.. otakku mengingati pada perbualan Hadi ngan ibu aku.

Hadi : Ibu, Hadi nak pergi bandar , nak main Futsal.

Ibu : Aok ni, asyik main ja.

Erm..aku fikir mungkin dapat rasakan apa yg akan berlaku. Firasat ibu ...ermm

Tiba-tiba, terdengar orang turun tangga. Siapa lagi kalo bukan dia tu. tapi kesian keadaanya tu. Jalan gaye ape entah. Dia ke dapur menggunakan "troli' (kurusi je). Dia macam biasa suka berdikari . Tolak sendiri je lah kerusi tu sampai ke dapur.

Aku sebenarnye tak nampak ape yg dia buat, tapi boleh agak. Sebab waktu tu azan Asar, aku pergi ambil wudhuk, sedar-sedar dia dah sampai dapur dengan kerusi yg aku duduk waktu on9 tadi.

Tanpa kesedari ada suara yg menyapa :

"Tolong ambil nasi " Suara Hadi sedang menyuruhku.

Aku pun ke dapur dan terus je buat ape yg dia mintak. Kesian punye pasal la ni. Dia macam Bos je lepas tu, aku pulak macm pekerja tanpa gaji. Insya-Allah, dapat pahala Free kan.?

Rupanya dia suruh ambil air sebab nak makan ubat dan 2 plastik yg dia pegang waktu nak naik tangga tu UBAT...erm, dah ke Klinik ke?

*waktu ni la aku mengambil kesempatan untuk 'membebe'
 - Allah bagi sakit, sebab dia nak aok ingt kat dia.
 -mungkin aok banyak da buat dosa, Allah nak hapuskan doa la tu.

Pastu aku duduk kat meja dan nak tanye la, ape dah belaku sebenarnye (peluang jangn dilepaskan)

"Kenapa kaki tu?

"Retak kat sini" Sambil menunjukkan tanganannya di peha kirinya.

"Oh, abih macam mana boleh jadi "

"Waktu main futsal tu, entah macam mana ada orang 'tersepak' , dah la baru2 nak panas badan, pastu terus rase sakit sangat kaki ni. tak jadi la main futsal, duduk kat tepi ja. Tapi, makin lame makin sakit la pulak kaki ni. Tu la, abih ja main futsal pergi Hospital.

Alhamdulilah, apa yg aku sangkakan tak betul. Dia tak terlibat dengan kemalangan. Motor pun masih elok

"Siapa yg hantar aok balik rumah ni" aku bertanye masih tak 'puas hati'.

"La, orng bawak motor sendiri la"

"Tak sakit ke ? "

"Tahan je lah "

Nak diringkaskan cerita, yg gayenye susah dh nk ringkas kan.

Dekat nak magrib dah, Ayah ngan Huda pun balik. Aku terus ja jadi 'barua' cakap pasal kaki Hadi retak.
Huda pun tekejut gek koi tengok, ayah koi plok buat biasa ja (name pun ayah kan).

Malam tu, Hadi turun balik kat bawak setelah 'betape' lame gile dalm bilik tu.
Mungkin nak makan lagi ubat dia tu.
Ibuku kelihatan risau juga dengan dia tu.
Jalan masih dengan 'sebelah kaki' ja.. kesian.


Hari kedua peristiwa berikut, Alhamdulilah -kesihatan kaki dia gaya da oke sikit dari semalam.
Tapi waktu nak ambil wuduk dia pun jalan 'satu kaki' @lompat-lompat macm main teng-teng ja, aku nak gelak je, tapi dalm hati je la, kang sedih pulak dia.
Tulah he ceritanya😊

Nabi  bersabda :
"Rebutlah 5 Perkara seeking 5 Perkara :
1) Muda  sebelum tua
2) Kaya  sebelum miskin
3) Lapang  sebelum sempit 
4) SIHAT SEBELUM SAKIT
5) Hidup  sebelum mati

Semoga bermanfaat 📚

No comments:

Post a Comment

Kau suke?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...