Thursday, 25 December 2014

2 syarat kita nak minta tolong dengan Allah

{Bismillah }

Assalamualaikum, pembaca yg dihormati sekalin (kalau ade la)

SALAM JUMAAT yg dihumbusi oleh dingan angin (salah istilah ni)

Alhamdulilah.

Malam tadi ana telah menghadiri satu kuliah bulanan yg disampaikan oleh ahli parlimen Termerloh, YB Ustaz Nasrudin Hasan di sebuah masjid di Batu 1.

Apa yg telah disampaikan amat menarik bersesuaian pula dengan apa yg melanda negara kita pada hari ini iaitu -BANJIR-

Ustaz telah menyatakan syarat-syarat mintak tolong dengan Allah, Ustaz telah membaca septong ayat Al-quran nur-Karem yg terjemahannya berbunyi ;

Inilah yang diisyaratkan pada ayat 41 Surah ar-Rum.

“ Telah tampak kerosakan di darat dan dilaut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia; Allah menghendaki agar mereka merasakan sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (kejalan yang benar).”


Seterusnya, Ustaz telah menjelaskan 2 syarat untuk minta tolong dengan Allah iaitu


  1. SABAR
  2. SOLAT
Bertetapan dengan suruhan Allah dalam al-Quran nur karem :

وَاسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلاةِ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلا عَلَى الْخَاشِعِينَ-

 Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan (mengerjakan) salat. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. (Al Baqarah [2] : 45)

-Sabar-

Dia menceritakan rombongan umrah yg kebanyakannya dari negari Perak yang mana telah mengungut kerana syarikat agensi umrah telah meminda tarikh balik umrah yg sepatutnya pada 25/12 kepada 23/12. 
Ustaz ketika itu hanya berkata : "SABARLAH, pasti ada hikmah-NYa.

Kita semua maklum ketika itu, negeri Kelantan, Terangganu, Pahang dan termasuk juga di beberapa daerah di Perak telah dilanda banjir.

Sampai sahaja di tanah air, ada  beberapa orang daripda rombongan tersebut menelefon ustaz dan mengucapkan terima kasih. Dan mereka berkata "naseb baik aku sabar hari tu '. klau lah balik 25/12 , memang apa2 pun tak dapat diselamtkan. 

Ustaz Jawab "ALHAMDUILAH .takda apa2 dah, sebab SABAR yg sebenarnye pada mula2 ditimpa musibah dulu. Ni dah balik tanah air baru nak SABAR "
Baca hadith berikut :
"“Sabar yang sebenarnya ialah sabar pada saat bermula (pertama kali) ditimpa musibah.” (Hadith Riwayat Bukhari)"

Itulah yg dicerikan Ustaz.
so pengajarannya, KENELAH SENTIASA BERSABAR !


-Solat-
Sewaktu sujudlah kita paling hampir dengan Allah. Tu lah minta je apa2.
ustaz bagi analogi, 
adik-beradik kita duk jauh kat kL
jiran kita duk sebelah rumah.
mana yg lebih mudah kita minta tolong ???
mesti lah dengan jiran yg dah dekat dengan kita.

Maha suci Allah dari segala perbandingan.
Allah dekat dengan kita senang je kita nak mintak tolong kan ?

Lepas sabar> solat lah.

Seterusnya, Ustaz ada cakap juga,

Solat sunat AFDOL dibuat sendiri2 je , di rumah sendiri..nabi buat macam tu.
kecauli solat Terawih yg solat secara berjemaah yg dibuat oleh khalifah Saidina umar r.a

Tapi, dah adat masyarakat melayu yg mengadakan solat Hajat secara berjemaah di Masjid.
Perkara bukan salah. Tapi perlu diberbetulkan.
Satu lagi, 
Sepatutnya solat FARDHU yg jemaah. tapi, yg tu tak ramai pula yg pergi lagi-lagi solat SUBUH. !

Ni ada gambar Ustaz menziarahi mangsa banjir .
YB berkot hitam tuh
Renungan besama.~~
Think positif ~

pesanan ulamak

TAQWA


Insya-Allah

#PrayForPantaiTimur

WAHU'ALAM.

Bayangkan kalau dia tu kawan korang !

Assalamualakium..

Alahmdulilah kita masih diberikan kesempatan oleh-Nya untuk menghirup udara yg segar..alhamdulilah.

Pada pagi yg indah ini, tiba-tiba tergerak hati nak baca blog kawan-kawan. so, terbaca la cerita ni.

Ana kali cuma nak share je, cerita ni diceritakn oleh kawan ana sewaktu sekolah Sma Al-Khairiah.

Peristiwa ni telah berlaku tahun lepas.

Cuba hayatilah..

Diambil dari blog  :

Shikin Azman

Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah, apa khabar iman antum semua? Segala puji bagi Allah kerana masih mengurniakan 3 nikmat buat kita semua. Nikmat yang saya maksudkan ialah nikmat Iman, Islam, dan Ihsan. Subhanallah walhamdulillah walailahaillaAllah Allahuakbar. Jom selawat dulu, okay .
                

Okay, hari ini saya nak ceritakan apa yang berlaku kat sekolah tadi. Serious, kejadian ni buat saya sedih gila sampai menitis air mata. Huh, nasib baik tak ramai yang tengok. Kejadian ni terjadi lebih kurang pukul 12-2ptg tadi la.. Macam ni ceritanya, saya duduk la dalam sebuah kelas yang bersebelahan dengan bilik media sekolah saya. Masa tu, saya dan kawan2 yang lain duduk kat situ sambil borak2. Saya duduk ngan Muna, Ain, Afifah Ilyana and seorg lagi kawan kelas saya. Maaf, saya terpaksa rahsiakan identiti kawan saya lagi seorang ni coz entry ni berkaitan dengan diri beliau.

Seriously, sebagai seorang kawan saya sangat respect akan diri dia. Dia seorang yang menjaga auratnya. Dia akan gementar apabila disuruh bercakap dengan lelaki walaupun budak laki tu classmate dia. Dia suka buat lawak and suka buat orang ketawa. Saya akan bercerita mengenainyaa. Bagi memudahkan hangpa semua baca, dia yang saya ceritakan ialah Sharifah(bukan nama sebenar). Anggap jela korang kenal. Saya ulangi, Sharifah ini bukanlah nama sebenar dia. Saya letak nama ‘Sharifah’ tu supaya memudahkan korang untuk membaca.

Tadi, tiba2 si Sharifah ni berdiri memeluk meja dengan muka yang berkerut . Mula2 tu saya ingat dia pening kepala. So, saya biarkan je la. Then, tiba2 muka dia berubah pucat. Saya dah tak sedap hati. Muna yang ada kat sebelah saya ni terus tegur dia. “Eh Sharifah, muka awak pucat la, pergi la duduk” Dia jawab, “Eh takpela, saya nak berdiri kat sini” Sharifah berkeras taknak dudukk. Muna pula asyik suruh dia duduk memandangkan mukanya makin pucat. Dengan muka tersenyum Sharifah membalas, “Muna awak tak tahu rahsia saya. Nanti saya cerita kat awakk ek”, Saya yang mendengar apa lagi terus cakap camni, “Eh, saya pun nak tau rahsia awak tu” Sharifah hanya membalas senyuman dekat saya.

Then, Muna terus tarik kerusi and bagi kat Sharifah supaya dia duduk and rehat. Saya pun terus berdiri kat sebelah Sharifah ni. Sharifah mengadu dia sakit perut teramat sangat. Tiba2 dia berbisik, “Muna, awak tak tahu sebenarnya saya ada kanser,” Muna dengan nada terkejut cakap, “Seriousla, ke awak main2 je?” Sharifah membalas , “Ya”, Saya terus tersentak  and terkejut gila bila dia cakap camtu. Tiba2 Ain bersuara, “Memang la orang yang ada gastrik memang selalu sakit perut,” Sharifah ni pula mengangguk je.

Saya ni masih keliru. Adakah yang saya dengar tadi gastrik atau mungkin kanser. Saya dah mula tak senang dudukk. Saya bertanya Muna dan ingin mendapat kepastiannya, “Muna, Sharifah tu ada penyakit kanser ke gastrik?” Muna menggeleng2, “Dua2 kot”, Haa?! Seriousss laa. Jangan la buat saya kecut perut. Saya duduk semula dekat Sharifah. Then, dia cerita dia dapat tahu dia ada penyakit tu masa 16/10. Dia kata lepas dapat tahu tu dia menangiss teruk. Dengan tiba2nya, saya rasa sedih and air mata saya mula menitis. Saya cuba sembunyikan kesedihan saya. Masa dia cerita, saya menunduk je pandang lantai. Tak berani angkat muka .

Muna pun tanya, “Macam mana boleh jadi camtu?” Sharifah menjawab, “Sebab saya selalu abaikan breakfast, saya suka makan pedas2. Hari tu saya pergi check ngan doktor, doktor tu cakap  ada benda(ulser) melilit kat perut or usus saya, camtulaa” Saya menjadi semakin sebak. Saya diamkan diri.. Muna pulak duk mencadangkan ubat2 yang boleh pulihkan kanser Sharifah ni. Saya bersuara sambil menepuk-nepuk bahunya, “Zikir penyembuh kanser, awak sabar and banyakkan berzikir ye. Syafakillah”

Sharifah pun ceritala pasal sakit dia tuu. Cerita apa yang terjadi dekat orang yang menghidap penyakit kanser usus ni. Ada yang meninggal sebab kanser usus. Saya pun tiba2 rasa pening kepala yang amat sangat, and muka saya serta merta jadi pucat. Saya terus terduduk sebab dah tak tahan sangat. Saya menunduk je. Saya rasa ini disebabkan oleh penceritaan Sharifah yang membuatkan saya takut. Saya berkata dalam hati, “Ya Allah, aku belum bersedia untuk kehilangan kawan2 aku. Aku masih nak bersama mereka. Janganlah Kau gantikan kebahagiaan yang sementara ini dengan kesedihan, ya Allah”
Saya bersuara, “Sharifah, awak buat saya takutla” Muna bersuara, “Eh Shikin pulak yang menangiss,” Saya hanya boleh mengukir senyuman tawar buat Muna. Muna bersuara lagi, “ Tengok dah pucat dah pipi ngan mulut awakk” Aku mengeluh lemah. Aku kembali menunduk. Aku masih memikirkan keadaan Sharifah. Jikalau aku berada di tempatnya,aku tidak tahu sama ada aku boleh menghadapinya atau tidak.



Kawan2 yang lain datang menghampiri aku dan lain lain. Eyzah Anuar bersuara, “ Shikin, pipi ko pucatla” Aisyah pulakk, “Kenapa Shikin diam je, macam ada masalahh je?” Aku membalas, “Takde apa2 la” Waktu tu, Sharifah dah pergi dari tempat tu. Muna pulak dah keluar kelas. Kawan2 aku yang lain sibuk berborak dan bergelak tawa. Aku pula masih terdiam memikirkan Sharifah dan mungkin takdirku. Sempat aku berbisik kat telinga Sharifah, “Semoga tabahh ye!” Sharifah membalas dengan senyuman tawar. Aku faham perasaan dia, kalau aku berada di tempat dia mungkin aku akan lebih sedih. Sekurang-kurangnya aku masih boleh lihat dia tersenyum. Itu sudah lebih dr cukup buat aku. Doaku supaya Allah memberi kesembuhan kepadanya. Aamiin. Syukran jiddan sudi membaca luahan hatiku, tabarakallah. 


#tengok name sape ade tuh..! hihi

Nak tahu perkembangan nye yg terbaru...tengok lah ni :D



ALHAMDULILAH, 
siapa tak gembira kan ?

Alhamdulilah...Allah Maha berkuasa , Allah Maha penyayang 

Sebagai renungan pada musim hujan ni...



Wahua'lam.

Wednesday, 17 December 2014

Nama Blog Baru ^_^

{ Bismillah }

Alhamdulilah.
Alhamdulilah.
Alahmdulilah.

Kita masih diberi peluang untuk hidup di muka bumi Allah.

Cuba kita fikir semula..
Beberapa ramai Allah tarik nikmat kehidupan pada hari ini...
(Muhasabah sikit diri kita )

Sentiasa bersyukur kepada Allah . ALHAMDULILAH.

Kembali kepada topic,

Ana telah tukar nama blog kan..

*takyah cakap la..orang da tau la...

Kenapa?


Saja je.

Nak bagi pembaruan pada blog ana yg saban tahun tak update2 kan...
Nak bagi semangat baru pada diri juga sebenarnye...huhu

Insya-Allah, kalau 'masa terlebih' nanti, koi update blog..


Selain itu,

ana tukar nama blog ni...ade tujuan lain..
iaitu ..
*ana harap siapa yang baca ni dapat aamiinkan ye ;)

Cita-citA/ impian/ keinginan ku :

Baca dan Aamiin kan :


* Di Akhirat (Kehidupan yang kekal selamanya)


- Terlepas dari azab kubur

- Dibangkitakan bersama-sama orang soleh
- Dihimpun dalam golongan ulama' dan Nabi S.A.W
- Mendapat syafaat Rasulullah S.A.W.
- Menerima buku amalan dengan tangan kanan
- Masuk syurga tanpa dihisab .. Insya-Allah
- Dipermudahkan perhitungan amal
- Berat timbangan kebaikan
- Masuk syurga dengan rahmat Allah
- Dapat MELIHAT WAJAH ALLAH di syurga (NIKMAT YG PALING BESAR)

AAMIIN ~~~~

INSYA-ALLAH .

* Di Dunia (Kehidupan yang sementara sahaja )

- Kehidupann sentiasa dalam keredaan Allah (mardatillah)

- Rezeki dimurahkan Allah
- Hati yang sentiasa tenang
- Sabar mengahadapi ujian
- Muslimah solehah 

- Berbakti kepada ibu bapa
- Berguna kepada orang lain
- Menghafaz al-quran ..Insya-Allah
- Bersama gerakkan Islam di Malaysia (PAS) 
- Keluaga bahagia
- Mendapat kawan / sahabat yang baik
- Pasangan yg membimbing ke syurga ..amboI
  Mudah menghafal (kuat ingatan)
- Senang mendapat ilmu
- Dijauhkan daripada perkara yg mendapat 
  kemurkaan Allah
- Istiqomah melakukan kebaikan
- Amalan diterima Allah
- Dosa dihapuskan 
- Taubat diterima
- MATI SYAHID
- Yg penting pada tahun 2015 ialah :
- Mendapat keputusan yg cermerlang (SPM2015 11A+)

aamiin :)


Semoga Allah mempermudahkan dan memperkenankan cita-cita ku ini :)

Renungan bersama...:)


wallua'lam ^_^

Kau suke?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...