Showing posts with label Kuliah. Show all posts
Showing posts with label Kuliah. Show all posts

Wednesday, 20 January 2016

Kisah Kematian Raja yang Sombong

{Bismillah..}

Assalamualaikum guys, alhamdulilah, kita diberi peluang untuk bertemu secara atas talian sekali lagi.. bersyukurlah !

 Padam malam yang sungguh indah ini, ana teringkatkan satu cerita yang disampaikan oleh Ustaz Ahmad Dasuki di sebuah kuliahnya.

Sebelum tu
Pesan Ustaz Don !


Ceritanya berkisar tentang seorang raja di sebuah negeri yang sangat angkuh dan sombong kepada orang lain termasuklah kepada rakyat jelatanya sendiri. Semua rakyat berasa sangat takut dengan raja tersebut kerana sikapnya itu.

Pada suatu hari, raja tersebut berhasrat untuk melawat sebuah kawasan yang terdapat dalam negerinya.

Sebelum bertolak ke tempat tersebut, raja tersebut telah mengambil masa yang sangat lama untuk bersiap (kalah orang perempuan kot) keran sikapnya yang sangat memilih dan angkuh.

Hampir 99 persalinan baju yang diberikan dayang- dayang istana untuknya, tetapi ditolak serta merta, Sehinggalah ada satu persalinan yang dirasakan raja tersebut selesa dipakainya, barulah dipakainya. Disinilah kita dapat betapa sikap angkuhnya seorang raja terhadap orang lain.

Namun, sekali lagi raja tersebut telah membazirkan banyak masa untuk memilih kuda yang ingin digunakannya .Setelah berjenis-jenis kuda ditawarkan, raja tersebut tetap bersikap angkuh dan amat memilih. Akhirnya, seekor kuda yang dirasakan selesa digunakannya telah dipilihnya.

Maka, bertolaklah rombongan raja tersebut ke tempat yg ingin ditujunya.
Tiba-tiba, pada pertengahan jalan, ada seorang tua dengan beraninya menyuruh raja terseb ut turun daripada kudanya.

Pegawai raja cuba menghalang orang tua tersebut, tetapi dengan segara raja tersebut mengikut arahan tesebut

Pegawai : Sudahlah orang tua, beraninya kau!
Raja : Takpa lah, dia hanya orang tua, ikut sahaja arahanya

Kemudian dengan beraninya sekali lagi orang tua tu menggertak raja tersebut.

Orang Tua: Cepatlah, dekatkan sikit, aku mahu kau hukurkan telinga kau- ingin berbisik
Pegawai : Ah, semakin berani pula orang tua ini.
Raja: Biarkan, dia hanya orang tua yang tidak mampu berbuat apa pada  beta !

Dengan segera raja itu meghulurkan telinganya, orang tua itu lantas berbisik,

Orang Tua : Aku ini sebenarnya MALAIKAT MAUT, ajalmu sudah sampai !

Raja tersebut sungguh terkejut, lantas memohon penangguhan waktu seketika untuknya pulang bertemu dengan keluarganya.

Namun, sekali lagi, Malaikat Maut mengatakan tiada penangguhan kamatian walaupun hanya ketika, selepas itu, Malaikat Maut dengan segera meyabut nyawa raja tersebut dengan sekasa-kasarnya.
Akhirnya, matilah raja tersebut seperti sebatang kayu kering jatuh ke tanah.

Maka, tamatlah cerita ini.

Kesimpulnya, walaupun siapa kita tidak kira sama ada Perdana Menteri ke Raja ke Peniaga ke Nelayan ke Orang Kaya ke Orang Miskin ke Orang biasa ke....kita semua akan menghadapi satu perkara yang sama iaitu - KEMATIAN.


{ Syarat Mati Bukan Tua, Tapi Hidup }

Benarlah kata-kata Imam Ghazali : Perkara yang paling dekat ialah kematian.
Cukuplah kematian itu peringatan berguna bagi orang yang beriman.

Semoga bermanfaat.

Wallahua'lam.



Asslamualaikum.

Monday, 18 January 2016

Alkisah tentang Masalah..

{ Bismillah...}

Assalamualaikum,
Apa khabar semua? Harap semuanya sihat selalu.  

Hari ini, ana nak share apa yg telah didengar di Radio IKIM.FM pagi tadi..

Sebelum itu, ada sebuah kisah yang berkaitan dengan tajuk diatas.


Anda seorang pekerja yang berkerja di sebuah ladang milik tuan tanah ladang tersebut.
Pada suatu hari ada sesuatu yang mustahak yang memerlukan anda untuk bertemu dengan tuan ladang tersebut.

Ketika ingin menghampiri rumah tuan ladang tersebut, tiba-tiba ada seekor serigala yg mengawal rumah tuan ladang tersebut mengaum apabila ternampak anda.

Persoalannya disini, apakah tindakah yang terbaik yg anda perlu lakukan untuk berhadapan dengan situasi seperti itu?

Ada beberapa kaedah yang biasa digunakan...

Yang pertama,
Anda lari sehabis tenaga anda.
Tetapi,
Adakah kelajuan anda itu dapat menandingi kepantasan si serigala itu?

Yang kedua,
Anda mengambil sebatang kayu dan memukul serigala itu sekuat hati.
Tetapi,
Adakah kekuatan yang anda miliki mampu menandingi kekuatan si serigala itu?

Yang ketiga,
Anda berhasrat ingin bergantung kepada sebuah pokok yang terdekat dengan memanjatnya secepat mungkin.
Tetapi,
Adakah tiada risiko bahawa si serigala akan setia menunggu anda dibawah pokok sehingga anda turun?

Huh ! semuanya kaedah diatas ada 'tetapinya'..
Bermaksud...
Anda telah menggunakan kaedah yang anda rasa betul, hakikatnya ianya bukanlah yg TERBAIK.

Anda mesti ingin mengetahui kaedah TERBAIK tersebut kan ?
Nanti ana akan nyatakannya. Sabar ye :P

Oleh itu, kisah tersebut sebagai analogi apabila kita mengahadapi sesuatu masalah @ cabaran@ dugaan dalam kehidupan kita.

Sebagai penjelasannya,
Ramai orang yang menggunakan kaedah pertama, cara tersebut yang membuatkan kita lari dari masalah, hakikatnya, masalah akan mengejar kita walaupun kerana kita tidak dapat menyelesaikannya dengan baik.

Kaedah yg kedua pula, tidak kurang orang yang berminat, cara tersebut juga tidak mampu menyelesaikan masalah kerana kita berhasrat menentang masalah yg hadir hanya dengan kekuatan diri kita yg amat lemah ini.

Tidak dinafikan juga, kaedah ketiga juga sangat popular sekarang ini, ramai yang hanya bergantung kepada sesuatu untuk menyelesaikan sesuatu masalah, seperti kepada ibu bapa dan kawan-kawan sahaja. Tetapi, tidak dapat juga mengatasi masalah yg sedang dilaliu.

Jadi, apakah tindakah yang TERBAIK dalam menyelesikan masalah-masalah yg sedang dihadapi?

Tidak lain dan tidak bukan ialah, kita kembalikan semua permasalah kita kepada Allah yang Maha Mengetahui, Allah Maha Pemurah, Allah yang Maha Penyayang.

Jika dalam kisah diatas, caranya dengan memanggil tuan ladang tersebut supaya si serigala tersebut tidak menyerang kita. kan ?

Kesimpulannya,
Apa-apa sahaja yang terjadi kepada kita baik dari segi masalah rumah tangga, pekerjaan, rezeki, anak-anak, kawan-kawan atau sebagai, mengadulah kepada Allah yang Maha Mendengar.
Ingatlah...



Insya-Allah, Allah akan buka jalan kepada orang beriman jalan keluar dari setiap permasalahn yang dihadapi. yang penting YAKIN. 
YAKINLAH, bantuan Allah sentiasa ada untuk hamba-hambaNya.




Harapnya dapat manfaatnya dari kisah tersebut.
Wallhua'lam.
Assalamualaikum...

Wednesday, 16 December 2015

Surah Penguat Semangat

Bismillahirrahmanirahim ...

Alhamdulilah masih lagi diberi peluang untuk menghirup udara yg segar di dunia ini, ringkas kata masih HIDUP la. Nikmat KEHIDUPAN itu lebih bermakna apabila kita dah mati kelak.

Bertemu lagi kita dalam edisi kali ini, ana dengan rasa gumbiranya ingin berkongsi sedikit ilmu yang amat berharga yg baru sahaja didapati dalam suatu kuliah di Masjid berdekatan rumah ana ni.
Alhamdulilah.
Nak ikutkan, hari ini buat sekian kalinya ana berkesempatan mendengar kuliah di masjid memandangkan jarang diadakan @ ana datang masjid masjid kuliah xde.
Suka
Okey, fokus pada tajuk yg tentera.

Surah Penguat semangat @ penyuntik motivasi kepada diri kita?

Agak-agak surah apa?

Tak dapat teka ke?
Jangan risau, ana dah ada jawapannya.

[ SURAH INSIYIRAH / SYARH ]

kalau diteliti pun maksudnya : MELAPANGKAN DADA

Pak Hamka dalam satu puisinya ada menyebutkan :

Jikalau datang sesuatu musibah,
Maka segeralah ingatkan Surah Syarh.


Insya-Allah, Surah ini dapat menenagkan hati orang yang beriman ketika menghadapi musibah kerana Allah menjanjikan kemudahan selepas kesusahan yang menimpa. YAKINLAH. Hati orang mukmin itu akan beriman dengan ayat -ayat Allah dan dapat mengahdapi musibah dengan senyuman.

Sebelum tu mari kita teliti tafsir daripada srah tersebut.

1. [1]Bukankah Kami telah melapangkan dadamu 
(Muhammad)[2]?,
2. Dan Kami pun telah menurunkan bebanmu darimu[3],
3. yang memberatkan punggungmu,
4. Dan Kami tinggikan sebutan (nama)mu[4] bagimu.
5. Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan,

6. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan[5].
- See more at: http://www.tafsir.web.id/2013/03/tafsir-al-insyirah.html#sthash.L4Wfl1sH.dpuf

Boleh tekn link tu kalau nak tahu tafsiran lebih terperinci.


Kesimpulannya,

Sebagai orang yg beriman kita mestilah meyakini bahawa penegasan Allah dalm surah ini bawaha setiap kesusah pasti ada kemudahan.

Itulah menjadi penguat semangat kepada kita, Insya-Allah.
Selain itu, antara manfaat lain apabila ditimpa musibah ...kita akan sentiasa ingat Allah kan?
Yakinlah setiap yg berlaku ada hikmahnya.


Untuk renungan semua...


wallhu'alam.

Thursday, 25 December 2014

2 syarat kita nak minta tolong dengan Allah

{Bismillah }

Assalamualaikum, pembaca yg dihormati sekalin (kalau ade la)

SALAM JUMAAT yg dihumbusi oleh dingan angin (salah istilah ni)

Alhamdulilah.

Malam tadi ana telah menghadiri satu kuliah bulanan yg disampaikan oleh ahli parlimen Termerloh, YB Ustaz Nasrudin Hasan di sebuah masjid di Batu 1.

Apa yg telah disampaikan amat menarik bersesuaian pula dengan apa yg melanda negara kita pada hari ini iaitu -BANJIR-

Ustaz telah menyatakan syarat-syarat mintak tolong dengan Allah, Ustaz telah membaca septong ayat Al-quran nur-Karem yg terjemahannya berbunyi ;

Inilah yang diisyaratkan pada ayat 41 Surah ar-Rum.

“ Telah tampak kerosakan di darat dan dilaut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia; Allah menghendaki agar mereka merasakan sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (kejalan yang benar).”


Seterusnya, Ustaz telah menjelaskan 2 syarat untuk minta tolong dengan Allah iaitu


  1. SABAR
  2. SOLAT
Bertetapan dengan suruhan Allah dalam al-Quran nur karem :

وَاسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلاةِ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلا عَلَى الْخَاشِعِينَ-

 Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan (mengerjakan) salat. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. (Al Baqarah [2] : 45)

-Sabar-

Dia menceritakan rombongan umrah yg kebanyakannya dari negari Perak yang mana telah mengungut kerana syarikat agensi umrah telah meminda tarikh balik umrah yg sepatutnya pada 25/12 kepada 23/12. 
Ustaz ketika itu hanya berkata : "SABARLAH, pasti ada hikmah-NYa.

Kita semua maklum ketika itu, negeri Kelantan, Terangganu, Pahang dan termasuk juga di beberapa daerah di Perak telah dilanda banjir.

Sampai sahaja di tanah air, ada  beberapa orang daripda rombongan tersebut menelefon ustaz dan mengucapkan terima kasih. Dan mereka berkata "naseb baik aku sabar hari tu '. klau lah balik 25/12 , memang apa2 pun tak dapat diselamtkan. 

Ustaz Jawab "ALHAMDUILAH .takda apa2 dah, sebab SABAR yg sebenarnye pada mula2 ditimpa musibah dulu. Ni dah balik tanah air baru nak SABAR "
Baca hadith berikut :
"“Sabar yang sebenarnya ialah sabar pada saat bermula (pertama kali) ditimpa musibah.” (Hadith Riwayat Bukhari)"

Itulah yg dicerikan Ustaz.
so pengajarannya, KENELAH SENTIASA BERSABAR !


-Solat-
Sewaktu sujudlah kita paling hampir dengan Allah. Tu lah minta je apa2.
ustaz bagi analogi, 
adik-beradik kita duk jauh kat kL
jiran kita duk sebelah rumah.
mana yg lebih mudah kita minta tolong ???
mesti lah dengan jiran yg dah dekat dengan kita.

Maha suci Allah dari segala perbandingan.
Allah dekat dengan kita senang je kita nak mintak tolong kan ?

Lepas sabar> solat lah.

Seterusnya, Ustaz ada cakap juga,

Solat sunat AFDOL dibuat sendiri2 je , di rumah sendiri..nabi buat macam tu.
kecauli solat Terawih yg solat secara berjemaah yg dibuat oleh khalifah Saidina umar r.a

Tapi, dah adat masyarakat melayu yg mengadakan solat Hajat secara berjemaah di Masjid.
Perkara bukan salah. Tapi perlu diberbetulkan.
Satu lagi, 
Sepatutnya solat FARDHU yg jemaah. tapi, yg tu tak ramai pula yg pergi lagi-lagi solat SUBUH. !

Ni ada gambar Ustaz menziarahi mangsa banjir .
YB berkot hitam tuh
Renungan besama.~~
Think positif ~

pesanan ulamak

TAQWA


Insya-Allah

#PrayForPantaiTimur

WAHU'ALAM.

Kau suke?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...