Assalamualaikum, pembaca yg dihormati sekalin
SALAM JUMAAT yg dihumbusi oleh dingan angin (
Alhamdulilah.
Malam tadi ana telah menghadiri satu kuliah bulanan yg disampaikan oleh ahli parlimen Termerloh, YB Ustaz Nasrudin Hasan di sebuah masjid di Batu 1.
Apa yg telah disampaikan amat menarik bersesuaian pula dengan apa yg melanda negara kita pada hari ini iaitu -BANJIR-
Ustaz telah menyatakan syarat-syarat mintak tolong dengan Allah, Ustaz telah membaca septong ayat Al-quran nur-Karem yg terjemahannya berbunyi ;
Inilah yang diisyaratkan pada ayat 41 Surah ar-Rum.
“ Telah tampak kerosakan di darat dan dilaut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia; Allah menghendaki agar mereka merasakan sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (kejalan yang benar).”
Seterusnya, Ustaz telah menjelaskan 2 syarat untuk minta tolong dengan Allah iaitu
- SABAR
- SOLAT
Bertetapan dengan suruhan Allah dalam al-Quran nur karem :
وَاسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلاةِ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلا عَلَى الْخَاشِعِينَ-
Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan (mengerjakan) salat. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. (Al Baqarah [2] : 45)
-Sabar-
Dia menceritakan rombongan umrah yg kebanyakannya dari negari Perak yang mana telah mengungut kerana syarikat agensi umrah telah meminda tarikh balik umrah yg sepatutnya pada 25/12 kepada 23/12.
Ustaz ketika itu hanya berkata : "SABARLAH, pasti ada hikmah-NYa.
Kita semua maklum ketika itu, negeri Kelantan, Terangganu, Pahang dan termasuk juga di beberapa daerah di Perak telah dilanda banjir.
Sampai sahaja di tanah air, ada beberapa orang daripda rombongan tersebut menelefon ustaz dan mengucapkan terima kasih. Dan mereka berkata "naseb baik aku sabar hari tu '. klau lah balik 25/12 , memang apa2 pun tak dapat diselamtkan.
Ustaz Jawab "ALHAMDUILAH .takda apa2 dah, sebab SABAR yg sebenarnye pada mula2 ditimpa musibah dulu. Ni dah balik tanah air baru nak SABAR "
Baca hadith berikut :
"“Sabar yang sebenarnya ialah sabar pada saat bermula (pertama kali) ditimpa musibah.” (Hadith Riwayat Bukhari)"
Itulah yg dicerikan Ustaz.
so pengajarannya, KENELAH SENTIASA BERSABAR !
-Solat-
Sewaktu sujudlah kita paling hampir dengan Allah. Tu lah minta je apa2.
ustaz bagi analogi,
adik-beradik kita duk jauh kat kL
jiran kita duk sebelah rumah.
mana yg lebih mudah kita minta tolong ???
mesti lah dengan jiran yg dah dekat dengan kita.
Maha suci Allah dari segala perbandingan.
Allah dekat dengan kita senang je kita nak mintak tolong kan ?
Lepas sabar> solat lah.
Seterusnya, Ustaz ada cakap juga,
Solat sunat AFDOL dibuat sendiri2 je , di rumah sendiri..nabi buat macam tu.
kecauli solat Terawih yg solat secara berjemaah yg dibuat oleh khalifah Saidina umar r.a
Tapi, dah adat masyarakat melayu yg mengadakan solat Hajat secara berjemaah di Masjid.
Perkara bukan salah. Tapi perlu diberbetulkan.
Satu lagi,
Sepatutnya solat FARDHU yg jemaah. tapi, yg tu tak ramai pula yg pergi lagi-lagi solat SUBUH. !
Ni ada gambar Ustaz menziarahi mangsa banjir .
YB berkot hitam tuh |
Renungan besama.~~
Think positif ~
pesanan ulamak |
TAQWA |
Insya-Allah |
#PrayForPantaiTimur
WAHU'ALAM.
No comments:
Post a Comment