Monday, 18 January 2016

Alkisah tentang Masalah..

{ Bismillah...}

Assalamualaikum,
Apa khabar semua? Harap semuanya sihat selalu.  

Hari ini, ana nak share apa yg telah didengar di Radio IKIM.FM pagi tadi..

Sebelum itu, ada sebuah kisah yang berkaitan dengan tajuk diatas.


Anda seorang pekerja yang berkerja di sebuah ladang milik tuan tanah ladang tersebut.
Pada suatu hari ada sesuatu yang mustahak yang memerlukan anda untuk bertemu dengan tuan ladang tersebut.

Ketika ingin menghampiri rumah tuan ladang tersebut, tiba-tiba ada seekor serigala yg mengawal rumah tuan ladang tersebut mengaum apabila ternampak anda.

Persoalannya disini, apakah tindakah yang terbaik yg anda perlu lakukan untuk berhadapan dengan situasi seperti itu?

Ada beberapa kaedah yang biasa digunakan...

Yang pertama,
Anda lari sehabis tenaga anda.
Tetapi,
Adakah kelajuan anda itu dapat menandingi kepantasan si serigala itu?

Yang kedua,
Anda mengambil sebatang kayu dan memukul serigala itu sekuat hati.
Tetapi,
Adakah kekuatan yang anda miliki mampu menandingi kekuatan si serigala itu?

Yang ketiga,
Anda berhasrat ingin bergantung kepada sebuah pokok yang terdekat dengan memanjatnya secepat mungkin.
Tetapi,
Adakah tiada risiko bahawa si serigala akan setia menunggu anda dibawah pokok sehingga anda turun?

Huh ! semuanya kaedah diatas ada 'tetapinya'..
Bermaksud...
Anda telah menggunakan kaedah yang anda rasa betul, hakikatnya ianya bukanlah yg TERBAIK.

Anda mesti ingin mengetahui kaedah TERBAIK tersebut kan ?
Nanti ana akan nyatakannya. Sabar ye :P

Oleh itu, kisah tersebut sebagai analogi apabila kita mengahadapi sesuatu masalah @ cabaran@ dugaan dalam kehidupan kita.

Sebagai penjelasannya,
Ramai orang yang menggunakan kaedah pertama, cara tersebut yang membuatkan kita lari dari masalah, hakikatnya, masalah akan mengejar kita walaupun kerana kita tidak dapat menyelesaikannya dengan baik.

Kaedah yg kedua pula, tidak kurang orang yang berminat, cara tersebut juga tidak mampu menyelesaikan masalah kerana kita berhasrat menentang masalah yg hadir hanya dengan kekuatan diri kita yg amat lemah ini.

Tidak dinafikan juga, kaedah ketiga juga sangat popular sekarang ini, ramai yang hanya bergantung kepada sesuatu untuk menyelesaikan sesuatu masalah, seperti kepada ibu bapa dan kawan-kawan sahaja. Tetapi, tidak dapat juga mengatasi masalah yg sedang dilaliu.

Jadi, apakah tindakah yang TERBAIK dalam menyelesikan masalah-masalah yg sedang dihadapi?

Tidak lain dan tidak bukan ialah, kita kembalikan semua permasalah kita kepada Allah yang Maha Mengetahui, Allah Maha Pemurah, Allah yang Maha Penyayang.

Jika dalam kisah diatas, caranya dengan memanggil tuan ladang tersebut supaya si serigala tersebut tidak menyerang kita. kan ?

Kesimpulannya,
Apa-apa sahaja yang terjadi kepada kita baik dari segi masalah rumah tangga, pekerjaan, rezeki, anak-anak, kawan-kawan atau sebagai, mengadulah kepada Allah yang Maha Mendengar.
Ingatlah...



Insya-Allah, Allah akan buka jalan kepada orang beriman jalan keluar dari setiap permasalahn yang dihadapi. yang penting YAKIN. 
YAKINLAH, bantuan Allah sentiasa ada untuk hamba-hambaNya.




Harapnya dapat manfaatnya dari kisah tersebut.
Wallhua'lam.
Assalamualaikum...

No comments:

Post a Comment

Kau suke?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...